Jom Follow ^_~

Monday, August 6, 2012

Jom Masuk Dapur!! - Popia Tiga Bangsa

Yes! Akhirnya tanggal jam 4.30 petang waktu Malaysia, siap juga POPIA TIGA BANGSA a.k.a POPIA NESTUM aku setelah sejam setengah berhempas pulas sampai hapak ketiak sejak jam 3.00 petang waktu Malaysia. Kekekeke. Alah, popia tiga bangsa tu tok aku yang bagi nama. Pasal ingredients untuk "topping" dia tu guna tiga jenis serbuk yang berlainan. Nama popular dia Popia Nestum je ekceli. Bergalok sakan kitorang tiga beradik sambil gulung kulit popia tu tadi. Macam-macam cerita yang keluar. tapi memang happening la citer dia. SO harini aku nak berkongsi resipi dengan korang. Resipi + Gambor. Senang je nak membuatnye. Boleh la korang cuba bila-bila masa free! ^_^


Antara bahan penting yang diperlukan:
Kulit popia (paket besar. selalunya 40-50 pieces)
1 cawan Nestum (blend tak terlalu lumat)
1/3 cawan gula pasir (blend lumat. nak ganti gula icing pun boleh)
1/3 cawan Horlicks (yang ni takyah blend la. haha)
2 Sudu besar tepung gandum dicampur air (untuk dijadikan "gam")
Gunting yang tajam
Bahan-bahan untuk menggoreng (kuali, minyak masak, etc.)

Cara membuatnya:
Mula-mula, korang pisahkan dulu la kulit popia tu antara satu sama lain. Takkan nak gulung beramai-ramai yedak? hahaha. Then gulung satu per satu. Macam aku, aktiviti menggulung ni dilakukan beramai-ramai. Tenaga kerja yang kami guna seramai empat orang iaitu aku, adik perempuan aku, adik teruna aku dan tok aku. Lagi cepat siap. Tapi kalau tangan korang dah pakar bab-bab menggentel/menggulung ni, buat jelah sorang-sorang. Oh ye, nak ingatkan jugak time menggulung tu kalau boleh jangan la bukak kipas. Nanti kering kulit popia korang tu. Kalau dah rosak, sia-sia je.

ni tangan suci adik perempuan aku. maaf, dah berpunya. kekeke :P
Bila dah siap gulung tu, korang lesetkan dengan tepung yang dah dibancuh dengan air tadi. dekat penghujung gulungan kulit popia tu. Untuk kemaskan dia supaya tak terbukak nanti bila korang goreng. Ulang proses yang sama sampailah korang dapat habiskan satu packet kulit popia tu tau. Kena habiskan, sebab satu packet besar popia tu memang compatible dengan topping tu nanti. Bila dah siap gunting, bolehlah digoreng dengan api sederhana. Tapi jangan merah sangat warnanya. Pastikan garing, dan tak terlalu hangus. Lepas tu dah boleh angkat, ketepikan dan sejukkan dulu.

macam kuih gunting pun ada gaya gak kan? hehe
Okay, untuk topping a.k.a serbuk Popia Nestum ni, semua bahan2 yang dah di blend tadi dicampur dan gaul dalam satu bekas yang kering. Oh, nak ingatkan korang. Blend tu, pastikan blender yang korang guna tu betul-betul kering, dan bukan bekas blend blackpepper ke, apa2 yang pedas dan bau yang mencemarkan rasa Popia Nestum korang tu nanti. In case blender korang tu baru lepas blend benda2 alah tu semua, basuh dengan air panas suam, blend air tu dalam blender. Lepas tu insya Allah hilang la bau blackpepper tu. Alright, korang gaul2 jelah bahan2 serbuk tu tadi - gula, nestum dan horlicks. Gula tu, bagi yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan kuantitinya. Takde effect apa2 pun, cuma kurang manis jelah. :)

sorryla warna tak cantik disebabkan kamera henpong yang murahan, kekeke
Okay, bila popia korang tadi dah sejuk atau suam-suam kuku, bolehlah korang gaul dengan serbuk yang dah diadun tadi. Jangan panas-panas tau, sebab nanti akan merosakkan gula+nestum+horlicks tu. Sebab nanti serbuk2 tu boleh mencair disebabkan tahap kepanasan yang melampau. Ehek. Okay, sekarang siaplah sudah resipi kita pada hari ini. Korang yang ada resipi simple-simple n senang nak buat tu meh la share dengan aku. Hihi. Sharing Is Caring, Caring Is Loving :)


Selamat mencuba ye korang! Dari Dapur With Love ^_^


p/s : Adik teruna aku kena paksa jadi model popia nestum. Hahaha. Ramai orang kata kami macam kembar. Yeke? :P