Jom Follow ^_~

Friday, November 30, 2012

ASS OFF.



NO NEED TO TELL ME HOW AND WHEN TO GO. I ALREADY KNOW WHEN TO GET MY ASS OFF THE CHAIR.

Thursday, November 29, 2012

TAKUT.


TAKUT.
Tepat 0011 hari Jumaat. Baru habis menangis. Sedih. Mata masih merah. Panas. Hidung masih tersumbat. Berair. Suara masih serak. Sengau. Pernah tak rasa diri ni begitu tak berguna dan tak berharga di mata orang lain? Pernah tak rasa macam tu? Mungkin kita ambil berat pasal dia. Sebab kita sayang dia. Tapi kekadang kita tak pernah nak jumpa dia, tegur dia on the spot bila dia buat salah. Sampailah satu masa, semua kesalahan dia terkumpul, diceritakan pada yang lain, sampai satu dunia tahu yang dia ada buat salah dulu. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali. Bukan pada seorang, bukan dua orang tapi sudah beberapa orang. Pernah tak? Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur, memperingati sahabatnya di saat sahabatnya itu melakukan kesilapan. Bukannya kumpul kesilapan dia banyak-banyak lepas tu bila dah tak tahan, pergi bukak aib dekat orang lain sampai semua orang tahu kekhilafan yang dia pernah buat dulu. Mungkin dia buat salah, dia tak sedar apa yang dia dah buat. Sebagai seorang sahabat, tak salah untuk jumpa terus, dan tegur apa yang dia buat dengan cara berhemah. Mungkin sesetengah orang, lain cara penyampaian. Tapi aku, jenis yang menerima segala jenis penyampaian asalkan berhemah. Kekadang kita hargai nasihat yang orang bagi. Tapi ada satu perkara yang amat menyedihkan bila kita dapat tahu bahawa orang yang rapat dengan kita selama ni rupanya pendam perasaan tak puas hati terhadap kita. Sedar-sedar, orang lain yang sampaikan. Sedar-sedar perkara tu dah jadi bualan. Sedar-sedar perkara tu dah jadi buah mulut orang. Macam bangkai. Bangkai yang fresh, bila disimpan, dibiarkan lama-lama akan membusuk dan berulat. Macam tu lah perumpamaannya. Macam tu jugak lah perasaannya. Macam luka tembakan yang kecil, lambat sampai hospital, luka tu boleh merebak. Menyebabkan pendarahan yang banyak. Boleh membawa maut.

Kekadang aku takut. Bukan kekadang, tapi baru sekarang aku rasa takut. Mulai rasa takut. Bila orang di sekeliling kita, yang kita sayang seolah-olah betray kita. Betray yang macam mana? Mungkin ada yang anggap itu bukan satu pengkhianatan. Ah, persetankan. Ya, amatlah diakui segala kesilapan. Tapi sekurang-kurangnya, tuan empunya badan terus datang jumpa, cakap dan luahkan rasa tak puas hati. Mungkin ada sesetengah tak berani. Bagi surat mungkin sudah kurang relevan bukan? Pernah je aku bergaduh teruk dengan adik perempuan aku sampai tulis surat dua mukasurat panjangnya. Aku akui, terkadang aku seorang yang sentimental. Aku sensitive. Aku mudah menangis. Tapi aku rela dengar apa terbuku di hati masing-masing sendiri, daripada dengar rasa tak puas hati itu dari mulut orang lain. Itu buat aku sedih. Sumpah sedih. Sangat sedih. Pedih. Terluka. Ada rasa sedikit terhina. Tapi terima kasih. Masih rasa disayangi diatas keperihatinan semua. Ya, perihatin. Terima kasih untuk itu. Tapi masih lagi aku terluka dan sedih. Hanya rakan di bilik itu yang melihat tangisan aku. Hanya mereka yang tahu bagaimana teruk aku menangis. Alhamdulillah aku tidak menghidap asthma. Kalau ada, mungkin aku tak akan berada di sini untuk menaip bebelan yang panjang lebar ini.

Barisan ini barisan kita. Kita punya, kita sayang, kita cipta, kita pelihara. Barisan ini barisan kita. Kita benih, kita semai, kita siram, kita baja, kita jaga. Barisan ini barisan kita. Kita lihat, kita betulkan, kita kemaskan , kita satukan, kita luruskan. Barisan ini barisan kita.

Wednesday, November 28, 2012

PERCAYA.


Dia tak banyak duit. Tapi guna ubat gigi sensodyne. Orang ingat dia berlagak. Tak reti manage duit. Tapi orang tak tahu. Dia ada masalah gigi. Dia dah biasa guna sensodyne. Gigi dia sensitive. Ini bukan iklan. Tapi ini kenyataan. Orang tak tahu time tu ubat gigi itu dijual murah. Orang tak tahu. Mereka tak tahu. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa. Bukan salah mereka. Bukan salah sesiapa.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli dental floss. Orang ingat dia suka membazir. Orang lain ada duit. Tapi tak ‘mengada’ nak guna dental floss pulak. Orang tak tahu dia ada masalah gigi. Orang tak tahu gigi dia hampir rosak. Orang tak tahu gigi dia mula ditumbuhi plaque. Dia tak salahkan mereka. Mereka kaum yang tidak mengetahui. Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli seluar baru. Orang tak tahu seluar lama dia dah koyak. Orang tak tahu dia dah berpuluh-puluh kali menjahit seluarnya yang koyak. Orang tak tahu dia dah penat. Penat jahit seluar yang dah hancur dan hampir rabak. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa. Mereka tak tahu apa yang dia alami. Dia maafkan mereka.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli banyak barang. Orang ingat dia ‘shopping sakan’. Orang tak tahu dia beli barang keperluan. “Huh, keperluan apa je? =_=”. Orang tak tahu. Orang salahkan. Dia tahu. Dia diamkan. Bukan salah mereka. Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa. Dia maafkan.

Dia nampak kasar. Dia nampak agresif. Dia nampak negative. Tapi mereka tak tahu. Dia pendengar yang baik. Dia boleh terima nasihat. Dia boleh terima hakikat. Asalkan berhalus dan berhemah. Orang cakap belakang. Dia diamkan. Dia senyum. Dia menangis. Dalam hati. Tak siapa tahu kecuali dia. Dan penciptaNya. Pencipta mereka juga. Dia tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu. Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.

Dia nampak ‘stonefaced’. Tapi dia juga ada hati. Dia juga ada perasaan. Dia juga ada naluri. Dia ada semua yang mereka ada. Dia sayang mereka. Dia pernah menangis kerana mereka. Dia tahu, dia sentiasa ada mereka. Tapi suatu hari, dia merasakan dia bakal pergi jauh. Tinggalkan mereka. Tapi dia takut mereka akan tinggalkan dia dahulu. Buat dia terkapai-kapai. Sendiri.

Dia menangis lagi. Dalam hati. She needs someone to talk to but seems like nobody can be trusted. Including herself. Melainkan Allah. So she choose to be silence. Cause silence is better. She will never make any noise again. Ever.

“cintai seseorang kerana kekurangannya. Bukan kerana kelebihannya. Kerana suatu hari nanti apabila dia kehilangan semua kehebatannya, hilang juga cinta kita terhadapnya bersama semua kehebatannya.”

“cinta itu dibina atas dasar percaya. Hilang percaya, hilang cinta.”

maaf. dia terbawa. tidak sengaja. maafkan dia.

she can trust nobody except the Almighty Creator. who did that? she doesn't know. she doesn't what to know.

Thursday, November 15, 2012

Melempiaskan Gian.


what a cute situation we have here :3

CRUSH.
Apa tu? Sejenis makanan kah? - yang macam dua orang makhluk comel kat atas ni bualkan? Nekbat basi? Korang pernah makan nekbat? Yang duk area pantai timur semenanjung Malaysia memang confirm tahu apa itu nekbat. Kalau tak tahu korang pergi tukar negeri jela bagus. Hiuhiuhiu~ gelak bapak keji.  Okay nekbat tu sejenis kuih yang macam bahulu tu tapi dia berendam dalam larutan air gula. Hmm, something like that laa. Ya Allahhhh sedapnyaaaaaaaaaa!  http://www.emocutez.com



Crush ni kan, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Prof Madya Ir Dr Noor Azizah Binti Mohamed Nor MBBS, ehem, merupakan satu perasaan yang disimpan terhadap seseorang sejak sekian lama iaitu lebih dari 2 minggu - means, minat yang berpanjangan terhadap seseorang tu - macam kalau tak jumpa or terserempak dengan dia even sehari tu hidup rasa macam upside down je. Pastu kita macam asyik nak stalk dia je, nak tahu apa yang dia buat, nak tahu dia suka what kind of music, dia suka makan apa, hobi dia apa, cara percakapan dia, cara perlakuan dia. Dalam erti kata lain, atau bahasa budak sekolah nye dipanggil secret admire , (amboi adik, zaman sekolah pun dah pandai cakap omputih ek pasal admire admire ni.ehek :P). Kira macam angau la sikit-sikit. Tapi crush ni agak merbahaya la jugak bagi jenis yang obsessive dengan crush dia - ikut je kemana crush dia tu pergi, bagi hadiah bagai kat crush dia - which is ever happened to me when i was in secondary school. Hahaha. Tapi takdela psycho sampai nak ikut kemana je budak tu pergi kan. Just bagi birthday present jelah. And that feeling lasts for two and a half years, which seems sangat gila kan? Oh well, i assume that's just cinta monyet since bila aku fikir balik, aku akan gelakkan diri aku sebab kebodohan zaman tu. *okay malu gila dengan korang sekarang -_-*


BUDAK YANG KUAT DAN GAGAH
Tapi siapa pulak budak yang kuat dan gagah? Siapakah? Adakah si Encik Abang Sayang? Adakah Si Encik Crush yang didambakan? *bluerkkk muntah pink* Adakah adik lelaki kesayangnku? Atau adakah si perwira yang ditunggu-tunggu? haha. Jeng jeng jeng. Nak kasi epik sikit post kali ni kan. Hewhewhew~ (gedik nak mampus!)
Dannn budak yang kuat dan gagah itu adalahhhhhhhhh AKU! Hahahahha. nampak tak cara memuji diri di situ? Amboi bapak la bongkak dan takbur si Jijah ni. Astaghfirullahh. Apa ni jijah? Riak ni namanya. Istighfar, istighfarrrrrr~
Hmmm, takdelah, since nak cakap pasal kuat dan gagah ni, sebab apa aku claim diri aku sendiri sebagai insan yang kuat, gagah perkasa dan sentiasa siap sedia? cewahhh dah macam Pertahanan Awam dah kan. Well, aku kan SiSPA beb! Mestilah kena tough! Hahahha okay lari topik. Berbalik semula cerita tadi. Adoyai merepek pulak eh kau ni Jijah. baik sambung cerita derasssss!! Okay one of the reason kenapa aku ni kuat dan gagah ialah, sebab nama aku AZIZAH=PERKASA. So, NOOR AZIZAH=CAHAYA PERKASA. Haaaa nampak tak kronologi disitu? Kau hado? Tak hado kan? Haaa, kalau tak hado, ekau diam. Kalau hado pun diam gak. Sambung baca post ni. Jangan baca si Jijah ni duk merepek repek macam orang angau sakan  :P
Then, the main point is, aku ni kuat benor crush dengan orang! Haha. Pelik dan menakutkan tapi benar. Crush ni kadang-kadang kejap jelah. Paling lama pun masa selolah dulu kot. Then crush kat orang ti, crush kat orang ni. Extreme tak extereme tu takat stalk profile facebook jelah. Takdelah berani nak buat lebih-lebih. Haaa kalau berani buat laaa. Heh, aku belum cukup berani la nak confess benda-benda sementara ni. Hahahaha. Confess kat blog boleh la. Tapi takleh mention ah sapa kan. Kang ada yang kena friendzone la, unfriend la, block la, bla bla bla. Menyampah dengan semua tu. Minat kat orang, diam diam sudeyhhh. Takyah nak kecoh kecoh. Takyah nak kepochi kepochi. Haaa gitu. Baru cool. Ala-ala artis sikit hidup kan. Penuh misteri dan kontroversi. 

ZZZAAAAASSSSSSSSSSS!!

ps: FFuuhhhhh setelah lama tak menaip. Akhirnya segala gian telah dilempiaskan!