10 January 2013 memang ditunggu sebab tarikh ni hari aku menjawab exam final paper ADS 460. Agak mencabar jugak lah kan sebab subjek ni aku baru amik sem ni dan tak pernah lagi experienced menjawab paper final ADS 460 ni (ehem, past years pun malas buat sebab susah. hehe) tapi dengan ter motivate nya aku dek panggilan dan lambaian dari Kuala Lumpur ~acecehh~ lalu aku study hard n smart la kan citer dia.
Aiz kat KL sekarang, sebab kena jaga aman as a backup line for #KL112 nanti. Haishh bukan nak kata aku ni hardcore dengan gomen, tapi kalau riot riot ni aku tak berapa nak berkenan la. Ha, tapi kalau ceramah agama aku suka la. :)
So, dah tau dah la kan apa yang motivate aku sampai aku put 101% effort untuk paper ni? Hahaha jangan kata tak tau lagi lah kang aku lekuk kan kepala. Kehkeh.Gigih wei buat notes siap tampal tepi katil atas katil semua lah citer dia. Bukak mata, tengok notes. Tutup mata review. Bukak lagi, hapal lagi. ha kau, dah ,macam click click photographer da mata aku ni. Siap warna warni lagi mau tak berpinor bijik mata kau nyahh? Haha, Itu dia nampak tak perbuatan dia tu nampak tak? Haha.
Basically paper semalam agak mudah la bagi aku sebab yang aku buat notes bagaikan angin tu semuaaaa keluar ALHAMDULILLAH syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamaaat katako~ haa, camtulah expression aku. Tapi 1 jelah malangnya 2 soalan aku stuck tapi yang lain alhamdulillah lah, dapat jawab dengan cemerlang gemilang terbilang, negara dan juga bangsa mari buktikan pada dunia Malaysia ku berjayaaa! Hahaha. Terus call mak abis ekzem sebab terus nak gerak KL kan. So malam tadi tido rumah kazen aku the legend yang paling vintage sekali iaitu Kak Amah ataupun Hamoh The Legend. kahkah. Rumahnye kat Wangsa Maju haje dekat haje sonang haje pergi ke sana. Gitulah ceritanya.
So sampai je KL sentral semalam terus solat zuhur lah kan pasal dah masuk waktu. Time tu pun Aiz tengah taklimat dekat Pulapol. So aku gerak sana from KL sentral amik monorail terus pegi Titiwangsa. Turun je aku tengok "aihhh macam familiar tempat ni. macam Pekeliling" kahkah rupanya memang betul pekeliling pun. Noob Jijahhhhh noob *nyorok bawah meja.kahkah. Terus amik teksi pergi Pulapol KL Jalan Semarak. Agak lama la tunggu sebab dia baru habis taklimat kan. Haaa dia sampai je terus ayat pertama yang keluar "kurusnye abang". Hahaha. Nampak tak concern kat situ. Wehhhh sangatlah unbelievable wehhh setahun lebih tak jumpa nyahh last jumpa December 2011 nampak tak? Grrrr rasa nak pelok kat situ jugak dengan baju operasi dia tu. Aww Aww :3
Maka selepas beliau bersalin pakaian maka kami pun berjalan lah dari Pulapol tu menuju ke stesen LRT Damai which is jaaaauhhhh snagat sampai kaki aku nak tercabut. Haaa nampak tak orang jarang workout pun nak tercabut kaki. Dia dah lenguh2 dah. Sampai aku cakap "aii bang, kate fit? hahaha". Comel tak comel tak? Okay tak comel. Tapi dia comel la. Dengan baju Harimau Malaya biru dia tu. No wonder la malam tu aku mimpi ada harimau jinak peluk aku. kehkeh. ini serius , aku betul2 mimpi rimau peluk aku wehh. :3
Beli chip LRT then terus gerak KLCC. Memandangkan dah masuk waktu asar, sampai je KLCC terus pergi Masjid Asy-Syakirin untuk solat asar. Lepas tu merewang2 kat Taman KLCC tu amik2 gambar sampai lupa perut ni dah kebulur gila. Dia pun dari Pagi tak makan. Haha. yelah, setahun lebih wei tak jumpa sapa tak rindu? Then mula terpinga2 nak makan kat mana. Dia pulak dok refuse refuse aku ajak makan kepci. tengah terkial-kial nak beli chip LRT tanpa arah tuju tu, kitorang pun step aside la pasal nak bagi orang lain beli dulu then mamat ni baik kat tanya ,"bro nak pegi mana bro?" aduhhh baiknye hati awak. Yang si Aiz ni speechless so aku lah menjawab "kitorang nak pegi makan tapi taktau nak makan katne" kan dah kasi dia masalah. haha. Ekceli bukan masalah pun just aku taktau nak makan katne sekalin dari dalam KLCC tu. Dia cakap kat luar tu which is at Ampang, ada satu foodcourt. Daaaan berjalan lagi pergi makan, then Solat Maghrib kat masjib Asy-Syakirin, then lepak lagi then baaalik and seeeedih. Wuwuwuwuuuuu.
Tapi sempat amik gambar jugak petang tu. Hurmmmm rinduuu. Bila nak kawennn nieeee? Maaakkk nak kawennnnn.
*aww gedik jijah. ahha
i love you from the past, now, and always. forever :)