Jom Follow ^_~

Sunday, December 11, 2011

@TengkuSophia is fake.

berjalan jalan di news feed Facebook., aku terbaca satu cerita hot. Hot la jugak sampai boleh menggelegak darah aku ni. Aku percaya bukan setakat aku je, tapi dah menaikkan darah umat islam terutamanya rakyat Malaysia sebabnya, dia kutuk kutuk islam, dan juga Malaysia.

 Kes ni dah menarik perhatian aku, dan aku pun apalagi. CSI Kuantanggg terus lah. Dan secara logiknya, kalau dilihat semula pada profile budak perempuan ni, dia ni seolah olah fake je. Sebabnya? Banyak sebab yang dah aku kumpul sepanjang pemerhatian dan CSI Kuantanggg aku dekat status update dia dan reply comments dia.

Yang jelasnya, watak dia ni baru lagi dicipta dan cuba teka? Dia ada seorang kawan, yang bernama @larasatinab di twitter. Dan budak perempuan ni punya oldest post was on 16th November. 
*punya rajin aku scroll wall dia sampai ke oldest post. CSI punya pasal.


kenapa aku cakap si @TengkuSophia itu fake? ini hanyalah pendapat aku sahaja tapi kalau korang semua fikirkan secara logik, benda ni ada benarnya.

#yang pertama, (okay hash tag ni aku sengaja buat. aku tahu dekat blog hash tag tak boleh bertukar warna atau berfungsi. tapi ni blog aku kan? haha. suka hati akulah.)-sambung. okay yang pertama, sebab nama dia TENGKU Sophia. Well hello peeps! Ada ke orang indonesia yang bernama TENGKU? My bad kalau aku tak tahu sekiranya ada dalam kalangan mereka yang bernama TENGKU. tapi setahu aku, takde kan?

#yang kedua, dia guna perkataan-perkataan yang tidak mungkin digunakan oleh orang Indonesia seperti snip di bawah ini.

 -jamban..?
-kau..?
-tak boleh..? (bukanke orang indon cakap 'gak bisa'. 'tak boleh' tu orang Malaysia je yang guna woi.)
-'you muka buruk'..? (mungkin dia tak tahu nak cakap benda ni dalam bahasa indon, so dia mixed it up jadi macam ni. tapi, ada ke indon guna 'you muka buruk'? aku rasa instead of that dia boleh je guna 'wajah loe hodoh banget')

#yang ketiga. Still about those words yang dia gunakan. Jom perhatikan.


- nampak sesat ****** nii..? (ayat yang biasa digunakan oleh rakyat malaysia selepas kemunculan filem Hantu kak Limah Balik Rumah- ''nampak benor menipu nye''. kan? wahahaha. kantoi.)
-muka kau patut jadi BIBIK..?(lagi lah #soMalaysian. haha. wei, orang indon tak guna la ayat macam tu. dan lagi satu BIBIK? wadefak? hanya orang malaysia je yang anggap BIBIK tu adalah orang gaji/pembantu rumah. bagi orang indonesia, BIBIK itu kan bermaksud Makcik?)
-kau DAH tutup usia LA..? (what the hell are 'DAH' and 'LA'? penyamaran kau tak mendia. sila bertaubat.)

#yang ke empat. NEXT.


-masih study at school..?(kau dah hilang idea ye nak gubah ayat tu jadi more indonesian? kasian deh sama loe)

#seterusnya, perkataan ini. perhatikan.


-ye kee..? (hahaha. sumpah lawak. masalahnya ade ke orang indon gune perkataan 'ye ke'. kan? dan ade ke orang indon yang gune huruf 'E' bagi perkataan yang mati dengan huruf A di hujung? you are pathetic.

#yang ke enam. still, menunjukkan ciri ciri kewarganegaraan yang sangat tidak betul. Mengapa? lets check all these out!


-Jesus..? (bukanke orang Indon sebut 'YESUS', bukan Jesus? kan kan kan?
-...ja...ke?....amboi..? (hahaha. ada ke orang indon guna bahasa macam ni? such a loser dohh. go get a teacher la yang boleh kau belajar cakap indon wei)
-..hmm.korang baca la yang aku highlight kan tu.


-ambik..? (yang ni sumpah lawak. ada ke orang indon guna perkataan 'ambik'? )
-bangang..?(seumur hidup aku tak pernah lagi dengar indon cakap 'bangang'. kalau bangsat or goblok tu aku pernah la dengar. kan kan kan?)


-tahu lah aku weyyyy..? (weyyyyyyy ni aku rasa orang malaysia je yang guna weh. memang confirm kau ni faker. -.-' )
-puki..?? (orang indon sebut ke puki? aku rasa paling paling nak mencarut pun dia sebut 'pantat')


ini, kepalsuan semakin nyataaaa:

-perut buncit..? (bukanke kalau dekat indon dia panggil 'gendut'? hahaha. loser.)
-pantas lah rakyat kau sial doh..? (dohh? orang indon guna perkataan doh la wei! waaa. sumpah kau dah maju gila gila gila kan doh? terharu aku doh. fake.)
-biaselah aku kan artis kat fb..? (FB doh. dia guna FB. wuhuhuhu lahahuhuhuu. pandai nya si faker ni cakap indon ye. bahasa bahasa semuanya up to date.)
-kau rambut karat..? (haihh. penat aku nak terangkan. yang pasti orang indon guna ke perkataan tu? -.-' )


-perfume..? (bukanke indon sebut 'parfum' ? )
-sebab itu rakyat kamu pergi school di university indonesia...? (pergi school? university? aku rasa indon tak guna univertity. indon guna UNIVERSITAS.)
-menyampah gila.. ? (HAHAHA. LOL ROTFL. ada pulak orang indon guna ayat 'menyampah gila' pulakkk kan? haha. pleaseee lah wei. cerdik nya kau. agak agak lah nak menipu pun)
-stop curi DRAMA kami, jangan TAYANGKAN drama kami. Bodoh kau sial..? (uffhh. indon tak reti lah wei bercakap macam ni. indon tak cakap Drama, indon cakap 'SINETRON'. ayat lain tu dah boleh detect sendiri kott weh. )

*still updating the newest, latest. keep updating my blog.
Islam agamaku. Allah tuhanku. Malaysia negaraku.

No comments: