kah kah kah.
aku ketawa sendiri.
nampaknya pembaca masa kini lebih gemarkan entry bergenre lucah. bertajuk lucah.
suka melucah rupanya mereka-mereka sekalian.
ish ish ish. (˘̩̩̩_˘̩̩̩ƪ)
Jom Follow ^_~
Sunday, December 2, 2012
Saturday, December 1, 2012
JAHAT.
JAHAT.
Dulu masa takde computer, beriya mintak computer dengan
bapak. Time tu bapak still kerja. Belum bersara lagi. Belum pencen lagi. Masih
mampu belikan kehendak dan kemahuan keluarganya. Masih mampu keluar makan di
luar. Makan agak mewah. Ikan bakar. Macam-macam. Sempena apa? Macam-macam.
Anniversary beliau dengan mak. Birthday mak. Birthday angah. Birthday Ta
kadang-kadang. Birthday aku? Jarang sekali. Aku tak berkira. Sebagai yang
sulung, aku akui aku manja. Aku dilahirkan ketika mereka masih dalam penantian.
10 tahun menunggu. Lahirlah aku. Aku dimanjakan. Diberi sepenuh perhatian.
Disayangi. Dicintai. Aku rasakan itu. Aku rasa.
Dulu masa takde computer, selalu berangan. Nak tulis diary
panjang-panjang, nak menaip panjang-panjang, nak ber sastera panjang-panjang,
nak berkarya panjang-panjang. Sampai jadi orang terkemuka. Al-kisahnya, selepas
bapak pencen. Beliau tak mampu belikan computer mahal-mahal. Lalu aku bertekad.
Nak kumpul duit beli computer, letak satu dekat rumah. Al-kisahnya lagi di ofis
Ciknu (mak saudara aku)ada jual computer second hand. Sebab ofis beliau nak
tukar guna computer baru. Aku bersetuju. Computer jenama HP. Flat screen. Model
lama. Alhamdulillah jadi milik aku. Ohh, milik kami. Lalu aku taip diary yang
pertama dalam computer. Masa tu tengah ber skandal dengan tukang angkat sampah.
Masa tu lepas SPM. Ini betul-betul terjadi, bukan khayalan. Sampailah sekarang
aku masih tak percaya aku pernah ber skandal dengan tukang angkat sampah.
Nampak sangat desperate. Desperate? Oh tidak. Tidak sama sekali.
Bila dah ada computer, tulis macam-macam jadikan diary.
Sampailah PLKN. Eh, bertemu pulak dengan seseorang dekat PLKN. Tak
disengajakan. Al-kisahnya si tukang angkat sampah tadi mulut macam bontot ayam.
Suka bawak cerita. Maka aku pun geram. Kami bercerai talak tiga. Terpaksa jadi
jahat sekejap. Bukan salah aku. Tapi salah dia. Memanglah membara kalau mak
sendiri difitnahnya.
Bila masuk asasi dah pandai blogging. Roommate yang
ajar. Maka waktu itu macam-macam cerita yang keluar dari blogger baru belajar ini. Kisah cinta zaman sekolah, rasa bahagia,
rasa takut, rasa sedih. Macam-macam. Bila dah jadi blogger, macam-macam idea
diperlukan untuk menaip. Kalau takde idea, memang tak tertaip even ada cerita
sedap yang nak sangat dikongsi. Mood pun kena ada. Bila dah jadi blogger,
lama-kelamaan jiwa makin dekat dengan dunia seni. Memang orang seni sejak zaman
sekolah. Aku penyajak sekolah. Tapi
zaman kegemilangan sebagai penyajak cuma sementara. Ada ceritanya yang
tak boleh diceritakan. Susah diceritakan. Sampai degree, aku join kelab
kesenian dan kebudayaan fakulti dibawah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).
Kelab SIMECTRA. SIMECTRA dunia aku sekarang. No 2 after SiSPA. SIMECTRA-
Simfoni Melodi Citra Tari. Aku join band. Sebagai vokalis. Suara sedap? Err tak
sesedap dan semanthop Ziana Zain atau Siti Nurhaliza. Tapi sedang mengasah
untuk jadi sesedap dan standing itu. Nampaknya memerlukan masa yang agak lama
untuk itu. Abaikan.
Bila dah jadi blogger, adalah menjadi satu adat dan tidak
mustahil bila seseorang blogger itu menulis perkara yang sedang beliau alami
dan rasai. Tidak menyalahkan sesiapa, tidak menuding jadi kepada sesiapa. Namun
kadangkala berlaku perkara yang amat menyedihkan. Dimana para pembaca tidak
faham akan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh blogger. Bukan blogger
saja. Semua laman sosial lain pun begitu. Face book umpamanya. Tidak hairanlah
dipanggil laman SO-SIAL. Terkadang hingga menimbulkan benci.
Terkadang hingga
tersalah anggap. Orang jahat umpama malaikat. Orang baik umpama bajingan.
Nampak segala kekhilafan. Nampak segala kejahatan. Sudah hilang rasa hormat.
Sudah hilang kasih sayang. Sudah hilang persahabatan. Sudah hilang semuanya.
Kian pudar. Fading. Bila berlaku
keadaan sebegitu, terkadang yang jahat disanjung tinggi. Yang baik dicaci maki.
Diludah dengan kahak berlendir hijau paling pekat yang pernah keluar dari anak
tekak seorang manusia. Dipandang sinis. Terkadang dipandang pun tidak. Umpama
besar benar dosanya terhadap orang lain. Meski dia telah memohon ampun. Yang
salahnya dia. Yang memaafkan orang lain. Orang lain pula yang campur tangan.
Benci sungguh jika itu terjadi. Umpama kambing hitam. Ya. Umpama kambing hitam.
Sila sembelih dan dagingnya beri makan pada buaya yang sedang kelaparan.
#aku rela jadi lipas perosak yang boleh dibunuh, dipijak
sampai mati terus keluar isi perut, dari jadi kambing hitam yang dicaci maki
dipandang sinis oleh orang sekeliling.
Subscribe to:
Posts (Atom)