Jom Follow ^_~

Sunday, October 31, 2010

warkah cinta untuk si dia

Usai solat Subuh tadi, aku terus melakukan Sujud Syukur ke hadrat Allah.Mengapa?

1.Aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi peluang hidup di atas muka bumi Allah ini untuk berbakti sebagai seorang muslim, anak, cucu, kakak, sepupu, anak saudara, kekasih, etc. di atas muka bumi ini.
2.Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada aku-elaun PLKN, iaitu wang insuran sebanyak RM700.00 yang diclaim oleh aku dulu disebabkan kecederaan di kaki kiriku(crack) ketika bermain futsal.
3.Aku bersyukur kerana masih punya mak dan bapak yang amat menyayangi anak-anaknya, juga seorang nenek yang sedia membantu keluarganya ketika dalam kesempitan(she deserves to called the 'Super Nenek'..hihi)
4.Aku bersyukur kerana masih punya adik-adik yang amat aku sayangi,-mereka juga menyayangi aku(aku tahu itu).
5.Aku bersyukur masih punya saudara-mara,dan kami hidup damai.
6.Aku bersyukur masih punya Si Dia, yang aku cinta.InsyaAllah, hingga akhir nanti(semoga Allah memanjangkan jodoh kami.ameen..)

Sebenarnya ini masih lagi bukan isi utama post aku pada hari ini.Kalau dilihat pada tajuk post aku iaitu 'cinta aku dan dia'...Si dia yang aku maksudkan, readers akan tahu kejap aje lagi. So, harap bersabar. Baiklah, sebenarnya aku rasa hari ini adalah hari yang istimewa sekali. Mengapa?

Alhamdulillah, hari ini genap 6 bulan percintaan kami.Dan aku sangat bersyukur, punya kekasih seperti dia.Hari ini juga, aku tidak malu untuk menyatakan aku sangat mencintai dia.Tulus dari hatiku yang paling dalam.Terima Kasih ya Allah, Kau telah kurniakan aku dia yang amat memahami.So, hari ini aku buat post yang aku kira post yang istimewa.Khas untuk dia.

Warkah CINTA Buat Kekasih*

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Pemilik segala CINTA...


  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Buat Aiz yang paling Jijah sayang.Hati Jijah berbunga bercampur debaran yang tak terhingga waktu Jijah menulis warkah ini untuk Aiz.Mata nie berkaca.Tak tau lah kenapa.Rasa seolah-olah ada sesuatu yang nak keluar dari mata nie.Tapi Jijah tahan.Mungkin Jijah terlalu excited untuk tulis surat nie untuk Aiz, dan tak sabar untuk bagi Aiz baca surat nie.

Aiz, hari nie genap 6 bulan percintaan kita.Mungkin orang lain anggap baru sekejap, dah excited tapi bagi Jijah, tak.Ianya macam satu kejayaan bagi kita sebab mampu bertahan selama ini, InsyaAllah, akan mampu bertahan buat selamanya, dengan izin dariNya.

Dalam tempoh 6 bulan nie, macam-macam benda yang kita lalui bersama.Sejak kita berada di kem, hinggalah sekarang.Walaupun lepas tamat latihan kita dah langsung tak pernah jumpa, namun cinta nie tetap kukuh di hati.Jijah masih ingat kali pertama kita bercakap.Waktu tu kat kem.Kadang-kadang Jijah rasa tak sangka, hubungan kita boleh sejauh nie, tapi Jijah tau, ini semua kuasa Allah.

Dulu, Jijah 'anti' sangat dengan Aiz.Hehe..Sebab insiden kat kem tu lah.."KKJ".Bagi yang tau, tau la..Sejak insiden tu, nak tengok muka Aiz pun tak ingin.Mungkin sebab geram sangat kut.Lama kelamaan, rasa biasa, dan mula lupakan insiden yang berlaku sebab waktu tu hanya berpegang pada prinsip, ''ketua company kena berkerjasama..''.So, Jijah dah pun lupakan insiden tu.Tapi kita tak pernah sekali pun bercakap, even bertegur pun tak pernah. Ingat lagi waktu tu, dalam mesyurat antara squad leader,Jijah laa yang paling diam dan tak pernah langsung bercakap.Hanya tersenyum dan kadang-kadang angguk aje, tanda setuju dengan idea-idea orang lain.Waktu tu still malu-malu.Lepas dah famous ckit, baru laa Jijah start buang perasaan malu untuk bersuara.

Aiz, sepanjang 6 bulan percintaan kita nie, dah banyak sangat perkara yang kita dah lalui bersama.Waktu susah, senang, sedih, gembira..Terima kasih untuk segala-galanya, sayang.Aiz sentiasa ada untuk Jijah waktu Jijah sedih.Aiz pujuk Jijah dan ajar Jijah untuk jadi seorang gadis yang tabah dan kuat.Sebab Jijah kuat menangis.hehe...Terima kasih sangat-sangat untuk itu.Aiz sentiasa buat Jijah ketawa kalau Jijah takde mood.Aiz akan buat lawak, dengan cerita-cerita yang mengarut sampai laa Jijah ketawa.Aiz suka usik Jijah.kadang-kadang Aiz saje nak buat Jijah jelaous dengan cerita pasal kisah perempuan mane ntah, sampaila Jijah terdiam.Tiba-tiba Aiz gelakkan Jijah sebab Aiz dah berjaya buat Jijah cemburu.Aiz, memang Jijah cemburu sangat-sangat kalau cerita tu semua betul.Tapi Jijah percayakan Aiz, dan Jijah tau Aiz takkan buat benda-benda macam tu.Jijah sayang Aiz sangat-sangat.

Tapi Jijah jugak nak minta maaf dengan Aiz sebab Jijah sedar, Jijah nie banyak sangat kekurangan.Tak macam orang lain.Jijah selalu buat Aiz tertunggu-tunggu.Jijah pelupa.Jijah selalu buat Aiz geram, kadang-kadang sakit hati dengan perangai Jijah yang 'melampau'.Jijah selalu tertidur waktu Aiz call.hehe....Kesian Aiz kan..?Jijah minta maaf sangat-sangat sebab semua tu.Tapi Jijah sumpah, Jijah tak pernah pun menduakan aiz, even terniat pun tak pernah.Sebab Jijah sayang ,Jijah cinta Aiz.

Aiz, ingat kan..Aiz selalu tanya soalan macam-kenapa Jijah sayang Aiz?, macam mana Jijah boleh cinta Aiz?, Kenapa Jijah sanggup terima Aiz jadi kekasih?,..Dan banyak lagi..Mungkin sekarang Jijah masih belum boleh bagi jawapannya, tapi, Jijah janji, suatu hari nanti Aiz juga akan tahu jawapannya.Jawapannya ada, cuma tunggu masa aje.Tapi percayalah, takde maksud yang buruk pun.Ingat kan,Jijah selalu cakap pada Aiz, 'cinta tu anugerah Allah.' so, cinta tu takkan datang tanpa izin Allah.

Aiz, Jijah harap hubungan cinta nie akan kekal sampai bila-bila, InsyaAllah.Dan Jijah akan cuba untuk jadi yang terbaik walaupun Jijah tau, Jijah takkan boleh jadi sempurna.Bagi Jijah, Aiz lah yang terbaik, yang pernah Jijah miliki.Terima kasih sebab hadir dalam hidup Jijah, Terima kasih sebab sudi jadi BULAN Jijah..Jijah sayangkan aiz.Jijah cinta Aiz.Jijah harap, hubungan nie kekal....Sampai bila-bila..


thanks sebab bagi Jijah semangat..

thanks jugak sebab bagi Jijah cinta..

Hanya buatmu, Aizuddin bin Ali..
Sayang abg.. 
Assalamualaikum..
Yang Tulus Mencintaimu
,
Jijah





Tuesday, October 26, 2010

15 KELEBIHAn yg ada pada Wanita..

SEMOGA DAPAT JADI
PERINGATAN n PENGAJARAN
BUAT KITA SEMUA*




1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”




9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-Nisa': 1)

diambil dari facebook,Oleh: Muaz Zain

* wahai kaum hawa, sedarlah bhawa Allah telah byk memberikan anugerah kepada mu.. bersyukurlah dan bertakwalah.. kaum hawa mmg mudah utk masuk ke syurga tetapi Nabi pernah bersabda bhawa mereka lah plg byk di nereka.. kita dikurniakan akal, kita fikirlah sama2..




wallahu'alam*

Friday, October 22, 2010

boLeh ke beRcakap ketika azan..????




~ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH~
MENGHORMATI AZAN
JANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN
BERCAKAP KETIKA MENDENGAR AZAN,ALLAH KELUKAN LIDAH KETIKA SAKARATUL MAUT

Aku post note nie bukan sengaja nak menakut2 kan korang or orang yang memang da suka bercakap2 wktu azan..tp nie mmg kebenaran yg dh x dapat disangkal lagi...and aku harap maklumat nie dapat dijadikan pengajaran buat kita semua and harap kita saling berkongsi..so, sesiapa yang nak copy atau share post nie, silakan.x jd masalah bagi aku. (^__~)v

Kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.MENGAPA KEBANYAKAN ORANG YANG NAZAK,HAMPIR AJAL TIDAK DAPAT BERKATA APA-APA?Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik muka yang menahan kesakitan SAKARATUL MAUT.

Diriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud ;"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama ISLAM, kita wajib menghormati azan.Banyak fadhilatnya.Lantas, sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap dua kalimah SYAHADAH.Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut, ALLAh dengan izinNya menjanjikan SYURGA untuk mereka.

Dari itu, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHORMATI AZAN supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa kita sedang dicabut.

"YA ALLAH! Anugerahkanlah kematian akmi dengan kematian yang mulia, LANCARKAN LIDAH KAMI MENGUCAP KALIMAH, "LAAILAAHAILLALLAH..." semasa sakaratulmaut menghampiri kami.AMIN..AMIN..YA RABBAL 'ALAMIN...."
WALLAHU'ALAM...(^__~)v


1 je yg mmpu di ungkap...SUBHANALLAH..

kalau anda orang islam,anda WAJIB baca nie...

Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkanlah....
Xperlu minta izin dah.. (^__~)V

siapa nak jadi cantik- kenapa PEREMPUAN CANTIK PAKAI TUDUNG..??

KHAS untuk wanita-wanita istimewa perhiasan DUNIA....

ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabTAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabSUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabSUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabRAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..
sebabDIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAKDan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbutFirman Allah swt,

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)

"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Renung2kanlah wahai saudara seislamku sekalian....adakah kita/wanita idaman anda(bagi lelaki) adalah wanita yang menjaga auratnya-menjaga maruahnya??wallahu'alam..sekadar untuk berkongsi.Hopefully dapat buat kita berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
Assalamualaikum (^__~)v

Thursday, October 21, 2010

ADA APA PADA WANITA?-kelebihan seorang wanita

JOM KITA LIHAT!!!


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Wallahu'alam.. =)

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Tuesday, October 19, 2010

Wanita SOLEHAH idaman SETIAP LELAKI...

Bila tanya lelaki, apa ciri-ciri wanita yang nak dijadikannya isteri, kebanyakannya akan jawab dengan jawapan-jawapan yang hampir sama iaitu;



  • yang lemah lembut
  • yang cantik rupa paras
  • of course lah yang bertudung
  • yang solehah
  • yang pandai masak
  • yang beriman
  • yang suka akan kanak-kanak
  • yang rajin
hmm..ini lah majoriti jawapan yang kita selalu dengar..tapi macam mana pula dengan jawapan-jawapan katbawah nie..??




Wanita Solehah
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.....

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.  Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.....

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.....

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.....

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.....

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.....

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…....


Kebanyakan wanita inginkan kesempurnaan tetapi, tidak ramai wanita yang sempurna namun, mereka ini cuba untuk menjadi sempurna.Kalau tak, siapa yang nak memperisterikan mereka?Cuba untuk jadi wanita yang solehah, wanita yang menggapai cinta dan redha di dunia mahupun di akhirat.AMIN...


p/s:pernah terdengar pasal cakap-cakap orang yang kadang-kadang buat gadis/wanita bertudung panas hati, tapi sabar aje lahh.... ,"tak semua perempuan yang bertudung tu alim, baik.."
cuma 1 aje yang aku nak cakap, "adakah perempuan yang free hair tu 'beriman'?kalau beriman then kenapa free hair?..and yang bertudung tu belum tentu masuk syurga,tapi yang free hair dah confirm masuk neraka-siksa dedah aurat."...
renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

membakar cinta yang sebenar2 nya di DUNIA dan mendapat redha Allah & Rasul..-sempurnakan HIDUPMU!

Kalau korang rasa belum berkeinginan untuk berubah, tolong keluar segera dari pagi nie sebab nasihat nie hanya untuk yang benar-benar ingin menggapai cinta Allah di dunia...Dan sebarang komen, harap yang datang tulus dari hati korang.Aku hormat korang, so korang pun kena hormat aku kan..?And aku tak kisah sebarang komen sama ada pujian atau kutukan, Yang pasti aku tak mahu ada sebarang perselisihan faham atau makian walau menggunakan bahasa yang agak sarcastic..InsyaAllah....


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHEEM....
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.....

Inilah nasihat dari seorang INSAN ISTIMEWA...Yang mengasuhku sejak kecil,yang menjadi temanku ketika aku sunyi, yang menghiburkan aku ketika aku menangis dek terjatuh dalam menempuh arus hidup yang penuh liku2 ini.. Dia tidak pernah menagih apa2 dari anaknya ini sekalipun menagih kejayaan dari anak-anaknya namun dia sentiasa mendoakan YANG TERBAIK untuk anaknya-"Allah tahu yang terbaik untuk kita,"..Kerana itulah dia tidak pernah mengharap apa-apa balasan atau ganjaran daripada anaknya.

subhanallah..MAHA SUCI ALLAH!

Subuh pagi ini aku dan angah berjemaah bersama INSAN ISTIMEWA itu.Dia adalah permaisuri hatiku.Dia adalah segala-galanya dalam hidup kami-tidak melebihi ALLAH, kerana HANYA ALLAH cinta yang PALING AGUNG.
Setelah solat subuh, dia merenungku dalam-dalam sambilberkata,"kakak, dah baca 'QALBUN SALIM'..?"

QALBUN SALIM / OBOR KEHIDUPAN

Inilah senarai 'bahan' yang MEMBAKAR CINTA dalam JIWA di dunia.Baca dan hayati.Moga-moga menjadi pedoman untuk kita semua.

  • Untuk hubungan dengan Allah..... PELIHARALAH SOLAT! (bukan setakat pura2 baik dgn smua org)
  • Untuk hubungan dengan Rasulullah..... AMALKAN SUNNAH DAN BANYAKKAN SELAWAT! (bukan setakat tau bernasyid tapi tak menghayati)
  • Untuk hubungan sesama manusia..... JAGALAH LIDAH! (bukan rasuah)
  • Untuk mendapat keberkatan hidup..... BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPA! (bukan berbomoh)
  • Untuk mendapat hidayah dari Allah..... CARILAH PANDUAN AL-QURAN! (bukan pura2 alim)
  • Untuk mendapat kemuliaan hidup..... BINALAH AKHLAK YANG MULIA! (bukan publisiti murahan)
  • Untuk mendapat keceriaan wajah..... BANYAKKAN SENYUMAN! (bukan plastic surgery)
  • Untuk mendapat ketenangan jiwa..... BANYAKKAN ZIKRULLAH! (bukan layan lagu2 korea/rock/jiwang karat/melekakan)
  • Untuk terhindar dari keresahan..... JAUHILAH DOSA DAN MAKSIAT! (bukan resah menunggu bf/gf yang sekian lama tak kunjung tiba)
  • Untuk kehidupan yang damai..... JAUHILAH PERMUSUHAN! (bukan setakat tahu menderma utk "tabung keamanan" dunia)
  • Untuk mendapat keluasan rezeki..... BANYAKKAN BERSEDEKAH! (bukan buat 'ibu duit' or main "TOTO")
  • Untuk mendapat kejayaan..... JADILAH INSAN YANG BERTAQWA! (bukan blajar tinggi2 dan jadi bongkak)
  • Untuk dapat keampunan Allah..... BANYAKKAN TAUBAT!
  • Untuk mendapat kasih sayang..... SEBARKAN SALAM DAN KEBAIKAN! (bukan guna minyak pengasih)
  • Untuk mendapat anugerah syurga..... JADILAH HAMBA ALLAH YANG TAAT! (bukan sibuk cari publisiti utk 'anugerah bintang PALING popular'..!!)


Jadi kawan-kawanku, inilah dia QALBUN SALIM / OBOR KEHIDUPAN yang akan buatkan kesempurnaan kita hidup kat atas dunia nie makin bertambah-tambah.Amalkan selalu, semoga kita sama-sama jadi hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa menggapai cintaNya. InsyaAllah....

tiada yang lebih MULIA melainkan ALLAH...