Jom Follow ^_~

Sunday, December 2, 2012

LUCAH.

kah kah kah.
aku ketawa sendiri.

nampaknya pembaca masa kini lebih gemarkan entry bergenre lucah. bertajuk lucah.
suka melucah rupanya mereka-mereka sekalian.

ish ish ish.  (˘̩̩̩_˘̩̩̩ƪ)

Saturday, December 1, 2012

JAHAT.


JAHAT.

Dulu masa takde computer, beriya mintak computer dengan bapak. Time tu bapak still kerja. Belum bersara lagi. Belum pencen lagi. Masih mampu belikan kehendak dan kemahuan keluarganya. Masih mampu keluar makan di luar. Makan agak mewah. Ikan bakar. Macam-macam. Sempena apa? Macam-macam. Anniversary beliau dengan mak. Birthday mak. Birthday angah. Birthday Ta kadang-kadang. Birthday aku? Jarang sekali. Aku tak berkira. Sebagai yang sulung, aku akui aku manja. Aku dilahirkan ketika mereka masih dalam penantian. 10 tahun menunggu. Lahirlah aku. Aku dimanjakan. Diberi sepenuh perhatian. Disayangi. Dicintai. Aku rasakan itu. Aku rasa.

Dulu masa takde computer, selalu berangan. Nak tulis diary panjang-panjang, nak menaip panjang-panjang, nak ber sastera panjang-panjang, nak berkarya panjang-panjang. Sampai jadi orang terkemuka. Al-kisahnya, selepas bapak pencen. Beliau tak mampu belikan computer mahal-mahal. Lalu aku bertekad. Nak kumpul duit beli computer, letak satu dekat rumah. Al-kisahnya lagi di ofis Ciknu (mak saudara aku)ada jual computer second hand. Sebab ofis beliau nak tukar guna computer baru. Aku bersetuju. Computer jenama HP. Flat screen. Model lama. Alhamdulillah jadi milik aku. Ohh, milik kami. Lalu aku taip diary yang pertama dalam computer. Masa tu tengah ber skandal dengan tukang angkat sampah. Masa tu lepas SPM. Ini betul-betul terjadi, bukan khayalan. Sampailah sekarang aku masih tak percaya aku pernah ber skandal dengan tukang angkat sampah. Nampak sangat desperate. Desperate? Oh tidak. Tidak sama sekali.

Bila dah ada computer, tulis macam-macam jadikan diary. Sampailah PLKN. Eh, bertemu pulak dengan seseorang dekat PLKN. Tak disengajakan. Al-kisahnya si tukang angkat sampah tadi mulut macam bontot ayam. Suka bawak cerita. Maka aku pun geram. Kami bercerai talak tiga. Terpaksa jadi jahat sekejap. Bukan salah aku. Tapi salah dia. Memanglah membara kalau mak sendiri difitnahnya.

Bila masuk asasi dah pandai blogging. Roommate yang ajar. Maka waktu itu macam-macam cerita yang keluar dari blogger baru belajar ini. Kisah cinta zaman sekolah, rasa bahagia, rasa takut, rasa sedih. Macam-macam. Bila dah jadi blogger, macam-macam idea diperlukan untuk menaip. Kalau takde idea, memang tak tertaip even ada cerita sedap yang nak sangat dikongsi. Mood pun kena ada. Bila dah jadi blogger, lama-kelamaan jiwa makin dekat dengan dunia seni. Memang orang seni sejak zaman sekolah. Aku penyajak sekolah. Tapi  zaman kegemilangan sebagai penyajak cuma sementara. Ada ceritanya yang tak boleh diceritakan. Susah diceritakan. Sampai degree, aku join kelab kesenian dan kebudayaan fakulti dibawah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Kelab SIMECTRA. SIMECTRA dunia aku sekarang. No 2 after SiSPA. SIMECTRA- Simfoni Melodi Citra Tari. Aku join band. Sebagai vokalis. Suara sedap? Err tak sesedap dan semanthop Ziana Zain atau Siti Nurhaliza. Tapi sedang mengasah untuk jadi sesedap dan standing itu. Nampaknya memerlukan masa yang agak lama untuk itu. Abaikan.

Bila dah jadi blogger, adalah menjadi satu adat dan tidak mustahil bila seseorang blogger itu menulis perkara yang sedang beliau alami dan rasai. Tidak menyalahkan sesiapa, tidak menuding jadi kepada sesiapa. Namun kadangkala berlaku perkara yang amat menyedihkan. Dimana para pembaca tidak faham akan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh blogger. Bukan blogger saja. Semua laman sosial lain pun begitu. Face book umpamanya. Tidak hairanlah dipanggil laman SO-SIAL. Terkadang hingga menimbulkan benci.

Terkadang hingga tersalah anggap. Orang jahat umpama malaikat. Orang baik umpama bajingan. Nampak segala kekhilafan. Nampak segala kejahatan. Sudah hilang rasa hormat. Sudah hilang kasih sayang. Sudah hilang persahabatan. Sudah hilang semuanya. Kian pudar. Fading. Bila berlaku keadaan sebegitu, terkadang yang jahat disanjung tinggi. Yang baik dicaci maki. Diludah dengan kahak berlendir hijau paling pekat yang pernah keluar dari anak tekak seorang manusia. Dipandang sinis. Terkadang dipandang pun tidak. Umpama besar benar dosanya terhadap orang lain. Meski dia telah memohon ampun. Yang salahnya dia. Yang memaafkan orang lain. Orang lain pula yang campur tangan. Benci sungguh jika itu terjadi. Umpama kambing hitam. Ya. Umpama kambing hitam. Sila sembelih dan dagingnya beri makan pada buaya yang sedang kelaparan.

#aku rela jadi lipas perosak yang boleh dibunuh, dipijak sampai mati terus keluar isi perut, dari jadi kambing hitam yang dicaci maki dipandang sinis oleh orang sekeliling.

Friday, November 30, 2012

ASS OFF.



NO NEED TO TELL ME HOW AND WHEN TO GO. I ALREADY KNOW WHEN TO GET MY ASS OFF THE CHAIR.

Thursday, November 29, 2012

TAKUT.


TAKUT.
Tepat 0011 hari Jumaat. Baru habis menangis. Sedih. Mata masih merah. Panas. Hidung masih tersumbat. Berair. Suara masih serak. Sengau. Pernah tak rasa diri ni begitu tak berguna dan tak berharga di mata orang lain? Pernah tak rasa macam tu? Mungkin kita ambil berat pasal dia. Sebab kita sayang dia. Tapi kekadang kita tak pernah nak jumpa dia, tegur dia on the spot bila dia buat salah. Sampailah satu masa, semua kesalahan dia terkumpul, diceritakan pada yang lain, sampai satu dunia tahu yang dia ada buat salah dulu. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali. Bukan pada seorang, bukan dua orang tapi sudah beberapa orang. Pernah tak? Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur, memperingati sahabatnya di saat sahabatnya itu melakukan kesilapan. Bukannya kumpul kesilapan dia banyak-banyak lepas tu bila dah tak tahan, pergi bukak aib dekat orang lain sampai semua orang tahu kekhilafan yang dia pernah buat dulu. Mungkin dia buat salah, dia tak sedar apa yang dia dah buat. Sebagai seorang sahabat, tak salah untuk jumpa terus, dan tegur apa yang dia buat dengan cara berhemah. Mungkin sesetengah orang, lain cara penyampaian. Tapi aku, jenis yang menerima segala jenis penyampaian asalkan berhemah. Kekadang kita hargai nasihat yang orang bagi. Tapi ada satu perkara yang amat menyedihkan bila kita dapat tahu bahawa orang yang rapat dengan kita selama ni rupanya pendam perasaan tak puas hati terhadap kita. Sedar-sedar, orang lain yang sampaikan. Sedar-sedar perkara tu dah jadi bualan. Sedar-sedar perkara tu dah jadi buah mulut orang. Macam bangkai. Bangkai yang fresh, bila disimpan, dibiarkan lama-lama akan membusuk dan berulat. Macam tu lah perumpamaannya. Macam tu jugak lah perasaannya. Macam luka tembakan yang kecil, lambat sampai hospital, luka tu boleh merebak. Menyebabkan pendarahan yang banyak. Boleh membawa maut.

Kekadang aku takut. Bukan kekadang, tapi baru sekarang aku rasa takut. Mulai rasa takut. Bila orang di sekeliling kita, yang kita sayang seolah-olah betray kita. Betray yang macam mana? Mungkin ada yang anggap itu bukan satu pengkhianatan. Ah, persetankan. Ya, amatlah diakui segala kesilapan. Tapi sekurang-kurangnya, tuan empunya badan terus datang jumpa, cakap dan luahkan rasa tak puas hati. Mungkin ada sesetengah tak berani. Bagi surat mungkin sudah kurang relevan bukan? Pernah je aku bergaduh teruk dengan adik perempuan aku sampai tulis surat dua mukasurat panjangnya. Aku akui, terkadang aku seorang yang sentimental. Aku sensitive. Aku mudah menangis. Tapi aku rela dengar apa terbuku di hati masing-masing sendiri, daripada dengar rasa tak puas hati itu dari mulut orang lain. Itu buat aku sedih. Sumpah sedih. Sangat sedih. Pedih. Terluka. Ada rasa sedikit terhina. Tapi terima kasih. Masih rasa disayangi diatas keperihatinan semua. Ya, perihatin. Terima kasih untuk itu. Tapi masih lagi aku terluka dan sedih. Hanya rakan di bilik itu yang melihat tangisan aku. Hanya mereka yang tahu bagaimana teruk aku menangis. Alhamdulillah aku tidak menghidap asthma. Kalau ada, mungkin aku tak akan berada di sini untuk menaip bebelan yang panjang lebar ini.

Barisan ini barisan kita. Kita punya, kita sayang, kita cipta, kita pelihara. Barisan ini barisan kita. Kita benih, kita semai, kita siram, kita baja, kita jaga. Barisan ini barisan kita. Kita lihat, kita betulkan, kita kemaskan , kita satukan, kita luruskan. Barisan ini barisan kita.

Wednesday, November 28, 2012

PERCAYA.


Dia tak banyak duit. Tapi guna ubat gigi sensodyne. Orang ingat dia berlagak. Tak reti manage duit. Tapi orang tak tahu. Dia ada masalah gigi. Dia dah biasa guna sensodyne. Gigi dia sensitive. Ini bukan iklan. Tapi ini kenyataan. Orang tak tahu time tu ubat gigi itu dijual murah. Orang tak tahu. Mereka tak tahu. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa. Bukan salah mereka. Bukan salah sesiapa.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli dental floss. Orang ingat dia suka membazir. Orang lain ada duit. Tapi tak ‘mengada’ nak guna dental floss pulak. Orang tak tahu dia ada masalah gigi. Orang tak tahu gigi dia hampir rosak. Orang tak tahu gigi dia mula ditumbuhi plaque. Dia tak salahkan mereka. Mereka kaum yang tidak mengetahui. Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli seluar baru. Orang tak tahu seluar lama dia dah koyak. Orang tak tahu dia dah berpuluh-puluh kali menjahit seluarnya yang koyak. Orang tak tahu dia dah penat. Penat jahit seluar yang dah hancur dan hampir rabak. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa. Mereka tak tahu apa yang dia alami. Dia maafkan mereka.

Dia tak banyak duit. Tapi dia beli banyak barang. Orang ingat dia ‘shopping sakan’. Orang tak tahu dia beli barang keperluan. “Huh, keperluan apa je? =_=”. Orang tak tahu. Orang salahkan. Dia tahu. Dia diamkan. Bukan salah mereka. Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa. Dia maafkan.

Dia nampak kasar. Dia nampak agresif. Dia nampak negative. Tapi mereka tak tahu. Dia pendengar yang baik. Dia boleh terima nasihat. Dia boleh terima hakikat. Asalkan berhalus dan berhemah. Orang cakap belakang. Dia diamkan. Dia senyum. Dia menangis. Dalam hati. Tak siapa tahu kecuali dia. Dan penciptaNya. Pencipta mereka juga. Dia tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu. Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.

Dia nampak ‘stonefaced’. Tapi dia juga ada hati. Dia juga ada perasaan. Dia juga ada naluri. Dia ada semua yang mereka ada. Dia sayang mereka. Dia pernah menangis kerana mereka. Dia tahu, dia sentiasa ada mereka. Tapi suatu hari, dia merasakan dia bakal pergi jauh. Tinggalkan mereka. Tapi dia takut mereka akan tinggalkan dia dahulu. Buat dia terkapai-kapai. Sendiri.

Dia menangis lagi. Dalam hati. She needs someone to talk to but seems like nobody can be trusted. Including herself. Melainkan Allah. So she choose to be silence. Cause silence is better. She will never make any noise again. Ever.

“cintai seseorang kerana kekurangannya. Bukan kerana kelebihannya. Kerana suatu hari nanti apabila dia kehilangan semua kehebatannya, hilang juga cinta kita terhadapnya bersama semua kehebatannya.”

“cinta itu dibina atas dasar percaya. Hilang percaya, hilang cinta.”

maaf. dia terbawa. tidak sengaja. maafkan dia.

she can trust nobody except the Almighty Creator. who did that? she doesn't know. she doesn't what to know.

Thursday, November 15, 2012

Melempiaskan Gian.


what a cute situation we have here :3

CRUSH.
Apa tu? Sejenis makanan kah? - yang macam dua orang makhluk comel kat atas ni bualkan? Nekbat basi? Korang pernah makan nekbat? Yang duk area pantai timur semenanjung Malaysia memang confirm tahu apa itu nekbat. Kalau tak tahu korang pergi tukar negeri jela bagus. Hiuhiuhiu~ gelak bapak keji.  Okay nekbat tu sejenis kuih yang macam bahulu tu tapi dia berendam dalam larutan air gula. Hmm, something like that laa. Ya Allahhhh sedapnyaaaaaaaaaa!  http://www.emocutez.com



Crush ni kan, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Prof Madya Ir Dr Noor Azizah Binti Mohamed Nor MBBS, ehem, merupakan satu perasaan yang disimpan terhadap seseorang sejak sekian lama iaitu lebih dari 2 minggu - means, minat yang berpanjangan terhadap seseorang tu - macam kalau tak jumpa or terserempak dengan dia even sehari tu hidup rasa macam upside down je. Pastu kita macam asyik nak stalk dia je, nak tahu apa yang dia buat, nak tahu dia suka what kind of music, dia suka makan apa, hobi dia apa, cara percakapan dia, cara perlakuan dia. Dalam erti kata lain, atau bahasa budak sekolah nye dipanggil secret admire , (amboi adik, zaman sekolah pun dah pandai cakap omputih ek pasal admire admire ni.ehek :P). Kira macam angau la sikit-sikit. Tapi crush ni agak merbahaya la jugak bagi jenis yang obsessive dengan crush dia - ikut je kemana crush dia tu pergi, bagi hadiah bagai kat crush dia - which is ever happened to me when i was in secondary school. Hahaha. Tapi takdela psycho sampai nak ikut kemana je budak tu pergi kan. Just bagi birthday present jelah. And that feeling lasts for two and a half years, which seems sangat gila kan? Oh well, i assume that's just cinta monyet since bila aku fikir balik, aku akan gelakkan diri aku sebab kebodohan zaman tu. *okay malu gila dengan korang sekarang -_-*


BUDAK YANG KUAT DAN GAGAH
Tapi siapa pulak budak yang kuat dan gagah? Siapakah? Adakah si Encik Abang Sayang? Adakah Si Encik Crush yang didambakan? *bluerkkk muntah pink* Adakah adik lelaki kesayangnku? Atau adakah si perwira yang ditunggu-tunggu? haha. Jeng jeng jeng. Nak kasi epik sikit post kali ni kan. Hewhewhew~ (gedik nak mampus!)
Dannn budak yang kuat dan gagah itu adalahhhhhhhhh AKU! Hahahahha. nampak tak cara memuji diri di situ? Amboi bapak la bongkak dan takbur si Jijah ni. Astaghfirullahh. Apa ni jijah? Riak ni namanya. Istighfar, istighfarrrrrr~
Hmmm, takdelah, since nak cakap pasal kuat dan gagah ni, sebab apa aku claim diri aku sendiri sebagai insan yang kuat, gagah perkasa dan sentiasa siap sedia? cewahhh dah macam Pertahanan Awam dah kan. Well, aku kan SiSPA beb! Mestilah kena tough! Hahahha okay lari topik. Berbalik semula cerita tadi. Adoyai merepek pulak eh kau ni Jijah. baik sambung cerita derasssss!! Okay one of the reason kenapa aku ni kuat dan gagah ialah, sebab nama aku AZIZAH=PERKASA. So, NOOR AZIZAH=CAHAYA PERKASA. Haaaa nampak tak kronologi disitu? Kau hado? Tak hado kan? Haaa, kalau tak hado, ekau diam. Kalau hado pun diam gak. Sambung baca post ni. Jangan baca si Jijah ni duk merepek repek macam orang angau sakan  :P
Then, the main point is, aku ni kuat benor crush dengan orang! Haha. Pelik dan menakutkan tapi benar. Crush ni kadang-kadang kejap jelah. Paling lama pun masa selolah dulu kot. Then crush kat orang ti, crush kat orang ni. Extreme tak extereme tu takat stalk profile facebook jelah. Takdelah berani nak buat lebih-lebih. Haaa kalau berani buat laaa. Heh, aku belum cukup berani la nak confess benda-benda sementara ni. Hahahaha. Confess kat blog boleh la. Tapi takleh mention ah sapa kan. Kang ada yang kena friendzone la, unfriend la, block la, bla bla bla. Menyampah dengan semua tu. Minat kat orang, diam diam sudeyhhh. Takyah nak kecoh kecoh. Takyah nak kepochi kepochi. Haaa gitu. Baru cool. Ala-ala artis sikit hidup kan. Penuh misteri dan kontroversi. 

ZZZAAAAASSSSSSSSSSS!!

ps: FFuuhhhhh setelah lama tak menaip. Akhirnya segala gian telah dilempiaskan!

Monday, August 6, 2012

Jom Masuk Dapur!! - Popia Tiga Bangsa

Yes! Akhirnya tanggal jam 4.30 petang waktu Malaysia, siap juga POPIA TIGA BANGSA a.k.a POPIA NESTUM aku setelah sejam setengah berhempas pulas sampai hapak ketiak sejak jam 3.00 petang waktu Malaysia. Kekekeke. Alah, popia tiga bangsa tu tok aku yang bagi nama. Pasal ingredients untuk "topping" dia tu guna tiga jenis serbuk yang berlainan. Nama popular dia Popia Nestum je ekceli. Bergalok sakan kitorang tiga beradik sambil gulung kulit popia tu tadi. Macam-macam cerita yang keluar. tapi memang happening la citer dia. SO harini aku nak berkongsi resipi dengan korang. Resipi + Gambor. Senang je nak membuatnye. Boleh la korang cuba bila-bila masa free! ^_^


Antara bahan penting yang diperlukan:
Kulit popia (paket besar. selalunya 40-50 pieces)
1 cawan Nestum (blend tak terlalu lumat)
1/3 cawan gula pasir (blend lumat. nak ganti gula icing pun boleh)
1/3 cawan Horlicks (yang ni takyah blend la. haha)
2 Sudu besar tepung gandum dicampur air (untuk dijadikan "gam")
Gunting yang tajam
Bahan-bahan untuk menggoreng (kuali, minyak masak, etc.)

Cara membuatnya:
Mula-mula, korang pisahkan dulu la kulit popia tu antara satu sama lain. Takkan nak gulung beramai-ramai yedak? hahaha. Then gulung satu per satu. Macam aku, aktiviti menggulung ni dilakukan beramai-ramai. Tenaga kerja yang kami guna seramai empat orang iaitu aku, adik perempuan aku, adik teruna aku dan tok aku. Lagi cepat siap. Tapi kalau tangan korang dah pakar bab-bab menggentel/menggulung ni, buat jelah sorang-sorang. Oh ye, nak ingatkan jugak time menggulung tu kalau boleh jangan la bukak kipas. Nanti kering kulit popia korang tu. Kalau dah rosak, sia-sia je.

ni tangan suci adik perempuan aku. maaf, dah berpunya. kekeke :P
Bila dah siap gulung tu, korang lesetkan dengan tepung yang dah dibancuh dengan air tadi. dekat penghujung gulungan kulit popia tu. Untuk kemaskan dia supaya tak terbukak nanti bila korang goreng. Ulang proses yang sama sampailah korang dapat habiskan satu packet kulit popia tu tau. Kena habiskan, sebab satu packet besar popia tu memang compatible dengan topping tu nanti. Bila dah siap gunting, bolehlah digoreng dengan api sederhana. Tapi jangan merah sangat warnanya. Pastikan garing, dan tak terlalu hangus. Lepas tu dah boleh angkat, ketepikan dan sejukkan dulu.

macam kuih gunting pun ada gaya gak kan? hehe
Okay, untuk topping a.k.a serbuk Popia Nestum ni, semua bahan2 yang dah di blend tadi dicampur dan gaul dalam satu bekas yang kering. Oh, nak ingatkan korang. Blend tu, pastikan blender yang korang guna tu betul-betul kering, dan bukan bekas blend blackpepper ke, apa2 yang pedas dan bau yang mencemarkan rasa Popia Nestum korang tu nanti. In case blender korang tu baru lepas blend benda2 alah tu semua, basuh dengan air panas suam, blend air tu dalam blender. Lepas tu insya Allah hilang la bau blackpepper tu. Alright, korang gaul2 jelah bahan2 serbuk tu tadi - gula, nestum dan horlicks. Gula tu, bagi yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan kuantitinya. Takde effect apa2 pun, cuma kurang manis jelah. :)

sorryla warna tak cantik disebabkan kamera henpong yang murahan, kekeke
Okay, bila popia korang tadi dah sejuk atau suam-suam kuku, bolehlah korang gaul dengan serbuk yang dah diadun tadi. Jangan panas-panas tau, sebab nanti akan merosakkan gula+nestum+horlicks tu. Sebab nanti serbuk2 tu boleh mencair disebabkan tahap kepanasan yang melampau. Ehek. Okay, sekarang siaplah sudah resipi kita pada hari ini. Korang yang ada resipi simple-simple n senang nak buat tu meh la share dengan aku. Hihi. Sharing Is Caring, Caring Is Loving :)


Selamat mencuba ye korang! Dari Dapur With Love ^_^


p/s : Adik teruna aku kena paksa jadi model popia nestum. Hahaha. Ramai orang kata kami macam kembar. Yeke? :P

Monday, July 30, 2012

Islam dihina, kita harus pertahankan!

Baru tadi aku terjumpa satu group ni suruh report page ni untuk hapuskan page ni dekat facebook . nama page tu aku tak sanggup nak cakap. korang boleh tengok kat bawah ni, ada link tu, KLIK SINI .

Then kat situ ada sorang kafir tu mencabar sesiapa saja orang Isalm untuk jawab soalan-soalan ni. Aku dah printscreen, ada banyak soalan dia. So, korang yang tahu dan ada hujah yang padu untuk jawab tolong lah jawab soalan mereka-mereka yang kafir dan jahil ni. Demi Islam, kita berkongsi ilmu, kita berjuang.

Klik gambar untuk besarkan saiz gambar ni.
Jom umat Islam, kita berkongsi Ilmu. Buka mata mereka-mereka ni semua. Allahuakbar!

Sunday, July 15, 2012

Lirik Lagu : Cinta Terluhur - Shahira

Time duduk dalam bas Seranas, balik dari Kompleks PKNS Shah Alam tiba2 aku teringat satu lagu ni. Lagu ni dah lama dah, time aku sekolah menengah, adalah lebih kurang enam tahun lepas camtu. Lagu ni takdelah famous sangat and meletup tapi time tu lagu ni selalu la jugak diputarkan kat corong2 radia. So, aku dengan gigihnya mencari lagu ni dekat youtube dengan harapan jumpa. Alhamdulillah, jumpa. Lepas tu, apa lagi, siap download, dengar puas2. Siap catat lagi liriknye. :)


Cinta Terluhur - Shahira

Tak perlu lagi mencari
Apa ertinya kasih
Bila ada disini

Tak perlu lagi berduka
Khayalan jadi nyata
Kembaraku berakhir sudah

Jalinan teristimewa, diantara aku dan si dia
Asmara membara

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur

Tak pernah pula menduga
Ku merasa bahagia tika hayat masih ada
Kehadiranmu menyubur kesuraman jiwaku
Kegemilangan penuh cahaya

Jalinan teristimewa, diantara aku dan si dia
Asmara membara

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur

Agungnya rasa cinta
Kurnia maha Esa
Mohon tiada hujungnya
Moga ke akhir masa...

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur
Selalu..

Wednesday, July 11, 2012

with or without make up? anda tentukan :)

orang kata, make up atau dalam ejaan melayu nye mekap tu penambah seri kejelitaan wanita.
 ada yang kata mekap tu shows the level of confidence. tak kurang pula yang kata mekap tu penutup cela. semua jawapan tu bergantung pada pendapat individu masing-masing. tak salah nak menyuarakan pendapat. 
betul tak?

bagi aku, mekap tu bukanlah segala-galanya. macam aku. hanya mekap bila rajin je, time ada event ke, macam dinner or etc. kiranya time-time tertentu jelah, bila malas, memang tak la. takde masa kot nak ber-blushing, ber-eye shadow bagai. kalau nak cepat, pastu nak mekap simple, aku just kenakan bedak, liquid or eyeliner pusing (yang AVON tu) pastu lip ice. itu je. aku tak minat pakai lipstick. sebab dia macam erh. hahaha. entah. tak selesa sikit barangkali. tapi kalau time event macam yang aku cakap tadi tu, bolehla.

tapi, perempuan ni kalau bab-bab bermekap, aku rasa tak perlulah nak over sangat sampai orang tengok pun takut. just pakai cam ala-ala kadar je. orang kata apa tu, ''tacap tacap (touch-up) sikit je" kan. haa,
kalau dah over sangat tu, mula lah, blusher pipi kiri terang sangat, kanan pudar sangat, tambah pipi kanan. pastu yang tu terang sangat, yang ni pudar sangat. tambah lagi, tambah lagi. last last jadi macam mak hayam. haa, kau nak? taknak kan? haa, so, bersederhanalah dalam pelbagai perkara :)
me with make-up :)


tadaa! without make-up. not bad kan? :)

Tuesday, July 3, 2012

bahagia itu sentiasa ada. subhanallah :)

melihatkan status kawan kawan aku dekat facebook yang sibuk dan hangat bercerita tentang pernikahan Irma Hasmie dan suaminya Redza, aku jadi tertarik nak tahu, apa yang sweet sangat sampai ada yang mengalirkan airmata bila dengar cerita diorang. mula mula tu ada la jugak aku search kat youtube tapi tak jumpa lah pulak. haha. agak noob disitu ye. aku pun taip la "pernikahan irma hasmie" tapi yang keluar bidio ni pulak. apa apa pun, aku layan jelahh. sweet jugak kisah diorang. jumpa time tunaikan umrah, dekat tanah suci Makkah. tapi perkenalan diorang melalui mak si Redza ni. aihh, banyak pulak aku cerita. nak tahu further story, tengok bidio bawah ni, kisah yang diceritakan oleh Irma sendiri.

Subhanallah, Maha Suci Allah.. sweet sangat sangat kisah diorang. semudah dan sesingkat itu je perkenalan diorang. rasa sejukkk je hati aku dengar cerita diorang. takdelah macam bertahun tahun caouple, pastu putus bodo camtu je ditengah jalan. tapi kalau jodoh panjang tu kira Alhamdulillah la kan. :)
mula-mula tu kecewa ah jugak sebab takdapat tengok bidio nikah diorang, tapi tadi bila aku bukak je blogger dashboard, mata aku tertancap kat satu entry ni, tajuk dia lebih kurang "bahagia.alhamdulillah" macam tu la. ini sudah bagus. salah satu dari blog yang aku follow ada buat entry pasal pernikahan diorang - ekceli bidio je punn. takpelah, so aku pun meringankan jari jemari aku yang dalam proses 'peruncingan' ni meng-click link yang tertera tu. dan, inilah yang aku jumpa.. jeng jeng jeng~ ini sebenarnya bidio pre-wed diorang, after diorang nikah. apa barang buat pre-wed before nikah. harommm tu. kankankan. duk pegang pegang, romentik romentik sana sini. hehe. no offence ek, aku pun bukannye baik sangat. ops. lalalala~ abaikan (sambil buat muka toya =,=) So without further a do,jom tengok yang ni pulak. Ya Allah, sweet nyaaa diorang ni. aku rasa tenanggg je hati ni bila tengok Irma bertudung likup camtu, takde bukak-bukak. moga-moga mereka berdua kekal hingga jannah yang kekal abadi. Aminnnn ;')
Sweet kan? kan? kannn? Sweet sangat sangat. even takde pun scene peluk peluk ke, cakap "kiter sayam awak ketat-ketat" ke, cakap "ailerfyu till my last breath" ke, tapi tetap sweet. kan? pertemuan mereka seolah-olah diatur oleh Allah S.W.T. Benarlah firman Allah dalam salah satu verse dalam kitab suci Al Quran, surah An-Nur ayat 26 yang berbunyi, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". terang-terang dah nampak, kan? Maha Suci Allah, Pemilik Segala Cinta :) Alhamdulillah, at last aku jumpa jugak bidio pernikahan diorang, yang di shoot khas oleh awanstudio Malaysia. sedangkan aku yang menonton ni pun terkelu dan terkedu patah seribu seribu bahasa, jantung berdebar debar dan menyebabkan adrenalin mengalir laju dan darah berderu deru, inikan pula Irma Hasmie yang menanti, dan Redza sendiri yang akan melafazkan akad pada hari pernikahan mereka. (ceit gila formal ayat aku kalah pengacara majlis) Tapi aku suka cara MC tu acarakan majlis, bravo bravo bravo to both of youu, (clap clap ^_^(Y) ) sebab suara suspense meraka adalah salah satu sebab kenapa adrenalin aku mengalir deras macam Bullet Train kat Jepun tu. jom cekidaut :)
meremang bulu roma tengok video ni. bukan sebab seram ke, apa ke, tapi sebab terpegun dengan keindahan yang sedang aku saksikan. two thumbs up (Y) (Y) Subhanallh, ternyata bahagia itu sentiasa ada walaupun seseorang tu sudah tidak lagi berada dalam dunia 'lama' nya, yang dulu pergaulannya tanpa ada batas, dan bebas. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Tahniah buat Irma Hasmie dan Redza, moga bahagia dan kekal abadi hingga ke syurga :)
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خي

Monday, July 2, 2012

encik abang sayang :)

selamat pagi. mula mula nak express my fully gratitude kepada encik Shahrul Rahman yang dah approve friend request aku tadi. hahaha. eksaited rase lepas kena remove haritu. okay, janji lepas ni dah taknak buat kau sentap dah. sorry tau. hehe. even kadang kadang "Sorry seems to be the hardest word" - bak kata lagu yang si falla.lala nyanyi kat aku malam tadi. sumpah awkward gila rasa lepas kau remove aku dari friendlist kau. yelah, selalu ada je DP kau berlegar legar dekat home tu, dekat chat kat tepi tu, tetiba takde pulak. duhh. haha. weyy jangan pikir lain pulak. haha.

encik abang sayang dah tiga minggu dekat PULAPOL Air Hitam. tiga minggu tak ber-meses perasaannya sangat lah awkward memula tu, tapi alah bisa tegal biasa. dapatlah aku adaptkan diri dengan environment bila meses-meses dia dah tak berlegar legar kat screen henpon aku ni. memula tu nangis nangis ah jugak, sebab nyesal selalu ignoreeee je dia. ahh, takdelah bukan ignore, just time tu busy nak prepare dinner lah segala bagai. haa, dahh encik abang sayang tu ter-ketinggalan, ter-cicir pulak kat belakang. nasib baik sempat kutip balik. awak, awak jangan merajuk lama lama tauu nanti kiter rindu. :P

homaigaddd :(

betapa sayangnye dia kat aku, sanggup call beratus kali even tak jawab.
sob sob :'(
ps:time ni fon takde battery.

nasib baiklah encik abang sayang seorang yang memahami, so dia takdelah merajuk lama lama. pehhh, aku dah rasa macam blog wanita hamil dah ni. umpama wanita hamil yang sedang membiasakan diri dengan keadaannya yang sering morning sicknes, nausea, and bla bla bla. hahaha.

aku rasa dah tak mampu nak menaip lama lama dan panjang panjang berjela seperti yang sering di-commit oleh cik falla.lala yang tomey dan ber-curvy itu ye. hahaha. ohhh, siaplah kau. aku dahh tahu apa yang kau buat. JIJAH THE MAK JEMAH ye kau panggil aku? nanti kau. nanti. hahaha.

Sunday, July 1, 2012

hampa.

denggg =,=

malam tadi punyelah semangat aku berjanji dengan si falla.lala yang comel lagi curvy body shape nye selepas consume Herbalife untuk berjoging di stadium UiTM, siap nak terbang dari Melati ke Teratai lagi semata mata semangatnya nak berjoging. last last cancel. kahkahkah. acaner ni nak kurus? haishhh.

Friday, June 22, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi

Hey! Lagu ni wajib dengar, like seriously. Sumpah tak tipu. Memang sedap hingga menjilat jari. At first aku tak tahu pun pasal kewujudan lagi ni tapi bandmates aku selalu bawak lagu ni time jamming. Tak sangka lagi ni famous. I mean, baru nak naik la. Tapi memang tak rugi kalau korang dengar lagu ni. Jom dengar, dan hayati lirik yang sangat-sangat bermakna ni :)



Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Credit Lyrics : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz1yVGAJYPQ

Wednesday, June 20, 2012

jangan pergi.

-dedikasi untuk sisparian. PKS Muda batch September 2011/2012-

Final examination is around the corner. Around six to seven days to go. To start the first paper. Then finished the last paper. Then to start the semester break. Then finished it. To start a new semester again. A new life again. As one of the caliph of Allah on this earth. As a daughter. As a sister. As a friend. As a SiSPARIAN. As a lover.

Title dalam bahasa melayu. Starting entry dalam English. Just nice. Kan? Just being me. Bukan nak tunjuk 'noob' ke , apa ke. Sejak berkawan dengan budak budak ni aku pandai pulak guna perkataan 'noob'. Lol. Selama ni perkataan tu yang paling aku benci. Pape jelah jijah =_=

SiSPA's Glorious Evolutin Night dah settle. FInal exam dah nak dekat. Sekarang ni aku percaya hampir majoriti dari korang tengah sibuk mentelaah. Yedok? Ke main game yang takkan pernah ada ending tu? Kalah, lawan lagi, menang, nak main lagi sebab nak menang lagi. Dan menang, dan menang. Macam tu lah sampai grad. Camtu ke? ke guane?

Kawan-kawan, aku sayang korang. Sumpah aku sayang korang. Betul tak tipu ni. Betul-betul sayang. Dah rasa macam kalau takde korang, aku macam tak boleh hidup. Haaa, exaggerate tak? Aku tak pernah sayang korang macam aku sayang kawan-kawan aku yang lain. Rasa sempurna je bila kita semua kumpul sama-sama, jalan sama-sama pagi-pagi hari sabtu sampai berpeluh-peluh, sampai krem krem kaki, sakit sakit pinggang. Berborak, ketawa dalam baris. Even dalam baris sebenarnya takleh bercakap pun. Ah, tibai dengan semua sekali bantai berborak. Gosip sama-sama, skandal sama-sama. Haha. Yang ni gila.

Sayang korang sangat-sangat. tak terkata sayang ni pada korang. Betul ni. Tak tipu. (okay, mata dah masuk habuk T_T). Tapi hati aku tiba-tiba rasa sedih menjelang final exam ni. Sedih. Sebab aku dengar cerita dan khabar berita yang aku tak ingin nak percaya sebenarnya. SUMPAH aku tak nak percaya. Dan aku tak akan percaya. Iaitu khabar sesetengah dari korang akan tinggalkan baris ni. Tinggalkan barisan ini. Tinggalkan brotherhood yang dah kita cipta sama-sama. Tinggalkan deraian airmata yang pernah tumpah bersama-sama disebabkan rasa kasih sayang dan cinta korang terhadap batch kita, terhadap keluarga SISPA ni? Sanggup ke? Sungguh, aku tak memaksa korang, tapi aku merayu pada korang. There's no turning back after this. Sanggup nak lupakan impian yang kita cipta sama-sama sejak masuk SISPA? Korang, fikirlah masak-masak :'(


best friends are like stars
you don't always see them
but you know they'll always there.

Thursday, June 7, 2012

lagu yang paling tercomel sekali di abad ini (abaikan penggunaan bahasa yang salah)

Hokehhh harinie aku nak share dengan korang korang semua pasal satu lagu ni. Tak sure ada yang tahu lagu ni tapi berdasarkan viewers kat YouTube lagu ni dah mencecah puluhan ribu penonton. Released tahun 2011 tapi cam tak berapa nak famous sangat kat corong-corong radio. Aku pun tak tahulah kenapa kan. Tapi seriously lagu ni memang best and korang wajib tonton video lagu ni. Lirik dan lakonan dia sangat comel. Enjoy the song! :)
Tajuk Lagu : Cuma Aku
Penyanyi : Heliza AF


Wednesday, June 6, 2012

mengata dulang paku serpih.

PAP! sekali kena kat muka aku ni hah. Dok layan lagu hampa hati lah, hancur harapan lah, segala bagai. Tapi tak sedar yang diri sendiri tu dah menghancurkan hati dan harapan orang yang sangat sangat sayangkan aku. Sampai sanggup tak tidur semalam malaman tunggu aku punye pasal. Tapi yang pergi cerdik bin pandai tunggu aku tu kenapa? Kalau dah ngantuk tu tidur ajelah. Yang aku nak tergelak tu, pukul lapan pagi baru terkedek-kedek talipon aku nye suruh semayang Subuh. Heh, aku bangun awal la haini, so aku dah solat. Kihkihkih (pukul tujuh padehal)

Kesian awak, abang tough. Rasa bersalah lah pulak sebab buat macam tu kat awak. Awak dah la nak pergi PULAPOL tak lama lagi. Saya pulak buat awak macam ni. Hurm. Eh tetiba tukar plak kan dari 'aku' jadi 'saya'. Ni lah bale nye, kan dah jadi mereng.

Dengar je lagu sedih-sedih tetiba lagu tu kena balik kat aku. Aku lah yang keras hati, bla bla bla etc. Peh peh peh, sentap kot. PAP! Camtu kena tepek atas dahi ha.

ps: cam takde motif langsung post aku.PAP! kena lagi atas dahi =__='

Monday, May 21, 2012

Kelebihan Bulan Rejab :)

And for the second time I use this PANTUN,
Anak dara ada halqum,
Assalamu'alaikum~
http://www.emocutez.com

Hai readers dan followers yang comel dan hensem! Apa? Kalau tak hensem cemana? Takpe, jangan risau sebab semua yang baca blog saya ni, dah dikira hensem dan comel. Kita semua sama je pada pandangan Allah. Allah tu menilai dalaman, bukan luaran. SO, jangan risau. Anda semua juga comel dan hensem dimata saya :)

Buat pembaca budiman. Hari ini 1 Rejab 1433 hijrah bersaman 22 Mei,2012 masihi. Kita selalu ingat hari ini berapa haribulan masihi, tapi berapa tarikh Islam? Kita selalu lupa. Nasib baiklah semalam aku
(aik? tukat KGD dah? hehe~) teringat, ''ohh, besok satu Rejab! boleh la puasa ni". haa, camtu la lebih kurang citer dia. Kepada yang berpuasa harinie, tahniah diucapkan! Anda semua gagah dimata saya :)





Jangan lupa baca doa kat atas nie tau tau tau! Alhamdulillah, masih diberikan peluang kita untuk berjumpa Rejab, berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pula. InsyaAllah. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. 


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrahDibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.



.: Kelebihan lain bulan Rejab :.


  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


.: Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab :.

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


.: Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab :.
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.



Jangan asyik nak happy, enjoy dan leka je dengan urusan dunia tapi akhirat pulak sebaliknya. Na'udzubillah. Mintak dijauhkan semua tu. Kita sebagai manusia hendaklah memperbaiki diri. Memang betul semua orang ada flaws, tapi kita semua boleh berubah, kan? Aku ingin berubah, dan aku percaya, korang semua pun camtu jugak. Kan?  http://www.emocutez.com


Jangan tunggu tua untuk berubah, kerana mati itu bukan tunggu kita tua. The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. -Hlovate. Seorang lelaki yang membuat keputusan untk berubah pada pukul 12 meninggal pada jam 11. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Saturday, May 12, 2012

i am delighted to be in this brotherhood

awal mula pertama mula, didahului dengan salam.

Anak dara ada halqum,
Assalamualaikum :)

Without further argue, i would like to start our ....arghh! Hahaha. Kau hingat ini presentation kat kelas ke? Hallo, mak jemah pun takde syok sendiri macam kau. Euuwww~ Pelis lahh *tangan ke bahu kepala mendongak langit sambil mata buat2 juling~


Semakin lama aku dalam brotherhood ni, semakin gembira dan ceria aku jadinya. Semakin melupakan masalah-masalah dan hal remeh-temeh yang membebenkan kepala otak aku like problem dengan BF ke etc etc. camtu. Seriously, bila dah jadi macam ni, i mean rapat macam ni, perasaan sayang tu makin kuat hinggakan nak kemana2 pun mesti bersama2. Macam main sama2 - in context of sports la- , then bertugas sama2 and even nak keluar makan pun sama2, siap ajak lagi and offer lagi sesiapa yang nak pergi.
dengar ceramah sama-sama :)

main pun sama-sama :)

 But then bila ada yang taknak pergi, refuse to follow etc. etc, semua dah jadi macam tak berapa nak bersemangat. Haha. Comel je kan? Yelah, sebab masing2 dah macam adik beradik, saling memerlukan. Even benda kecik pun boleh jadi gaduh. But then berbaik semula, macam takde apa2 yang berlaku. And even semakin rapat and kuat bonding antara kami semua. Seriously this is the first time aku rasa yang diri aku sangat-sangat dihargai, maksudnya semua orang saling memerlukan, tak kiralah dari segi apa pun. Even cuti mid sem pun dah rasa macam tak nak balik dah sekarang sebab nak stay sama-sama dengan diorang ni. Walaupun most of them ni ada yang perangai cam sengal-sengal ubi camtu kan. Hahaha. Sorry guys, i just love all of you. Jangan amik hati :)  http://www.emocutez.com

Diorang ni memang macam-macam kerenah. Kadang-kadang sampai tak kering gusi dibuatnya. Even ayat tak kering gusi tu nampak sangat macam menipu kan. Yelah, gusi kan duk dalam mulut, mestilah selalu dibasahi dengan air liur. But then ada pulak peribahasa cakap 'tak kering gusi', memang failed la kan. Haha. Menangis mak jemah bila aku merapu macam ni. Muntah biru agaknya dia.  http://www.emocutez.com

Ha, mula2 siap berebut buai lagi, last2 berkepit gak atas buat kat pejabat! Comel je korang :)

Yang ni snap2 je, aku nampak gigi je. Yang lain tak kelihatan. Haha~
 BTW, kau dah macam maharani dah Khaty oi! :D
Bila salah sorang dah buat gila, semua pun jadi gila nyelah pun adoi kan. Then gelak ramai2. Frankly speaking, i am delighted to be in thie brotherhood :)

PENGSAN...Akibat makan yang terlalu banyak.
 Mee bandung dah tibai, pastu tibai KFC pulak. Memang ahh~ HAHA

TEKUN...Norhidayu Rasidi tekun menghabiskan air milo
 dan berjaya mencatat rekod, 3 minit segelas. Hahaha~

Wednesday, May 9, 2012

antara B A R B I E dan T E D D Y




B A R B I E .
Jadi kegilaan budak2 perempuan. Tak kira kecil atau besar. Yang kecil sangat suka BARBIE sebab BARBIE sangat cantik and boleh tukar2 baju dia. Baju princess, baju fairy. Rambut panjang. Hitam ada, blonde pun ada.  BARBIE mahal. Susah sangatt2 nak dapat. Kalau perempuan yang dah besar sangat adore BARBIE. Sangat adore bodyshape BARBIE yang sangat flawless. BARBIE is flawless. Sangat cantik dan kurus. Tanpa ada benjolan lemak di mana2 bahagian tubuhnya. Sebab itulah BARBIE jadi kegilaan ramai orang.



T E D D Y  B E A R
Disukai oleh budak2. Orang dewasa pun suka jugak. Ada yang comel, ada yang tak berapa nak comel. Ada yang lembut dan fluffy sangat2, ada yang sedap dipeluk. Ada yang warna coklat, ada yang warna hitam. Pink, biru, kuning pun ada. Various colour. Tapi ada sesuatu yang aneh. Teddy bear ni ada satu spirit yang sangat misteri. Ececeh. Dah jadi macam kisah entiti lah pulak ye. Tapi bukan. Ini kisah Teddy Bear. Teddy Bear vs. Barbie Doll.

K E N A P A ?
Hati aku tergerak untuk berbicara tentang perkara ni. Perkara yang ada hubung kait dengan hidup dan mati. Wahh, sangat exaggerate di situ. Takdelah. Mungkin mostly akan anggap apa yang aku nak bicarakan kat sini adalah biased tapi itulah hakikatnya. Eh, bukan hakikat. Cuma pendapat.

Bila aku tanya kawan2 aku which one do they prefer kalau diberi pilihan antara B A R B I E dan T E D D Y, jawapan yang aku terima almost 50%-50%. Tapi kalau tanya aku, of course aku akan pilih teddy bear. Kenapa teddy bear? Sebab dia lembut? Sebab sedap peluk? Sebab 'mewah' kalau dapat teddy bear besar? Tak. Aku takde teddy bear. Aku pernah ada teddy bear rabbit. Warna putih. Comel sangat. Time tu kecik lagi. tapi kazen aku dah curik bawak balik rumah dia. Sampai hancing dan hitam warna dia. Sedih, pedih. Like seriously. Kecewa tu masih berbekas sampai sekarang. Menyesal sebab tak jaga elok-elok.


http://www.emocutez.com


Aku pernah dapat teddy bear yang sangat kecil saiznya - besar dua penumbuk- dari ex buaya-prend aku time form three. Advance kan aku? Mesti tak sangka dengan bodyshape yang takde gaya B A R B I E yang perfect tu, aku boleh dapat buaya-prend. Alah, tengok je entry aku yang lama2, ada je cerita pasal dia. Dia tu pun buaya2 jugak, tapi bodyshape dia lagi best dari aku. Kalah Sean Kingston. Ini kisah benar.

Bila bercakap pasal teddy bear, aku jadi sebak. Manalah mungkin teddy bear boleh kalahkan ke'beautiful'an barbie yang flawless lagi cantik tu kan. Dah lah CUN, KURUS pulak tu. Kalau korang, korang prefer yang macam mana? Yang tembam dan berbonjol sana sini atau yang kurus dan badan berlekuk-lekuk? Hah, tak payah jawab pun aku dah tahu. Jawapannya , "eh, mestilah yang kurus. takkan yang tembam kot. eeeuwww." dengan bangganya, tanpa sedar walau sekelumit rasa kat hati tu, yang diri tu takdelah sesempurna mana jika nak dibandingkan dengan si kurus tadi.

http://www.emocutez.com


Then, bila semua asyik pilih si kurus je, yang tembam takde orang nak lah? Macam tu? Itu SILAP BESAR. Okay, malam ni aku taknak lari topik. Penulisan ini biarlah cool cool dan bersahaja.

Kenapa pilih teddy bear sedangkan barbie lagi cantik? Kenapa pilih barbie sedangkan teddy bear lagi comel? Nampak tak perbezaan penggunaan perkataan CANTIK dan COMEL disitu? Abaikan yang itu.

Bagi aku, teddy bear ni 'makhluk' yang sangat memahami. berbanding barbie. teddy bear selalu jadi peneman seseorang bila ada masalah. Bila menangis je, cari teddy bear buat peluk. Seolah2 semua masalah tu diceritakan pada teddy bear. Seolah2 teddy bear tu dengar masalah kita. Seriously, teddy bear adalah pendengar yang sangat baik dan 'a place to cry' yang sangat baik juga. Bila sejuk, cari teddy bear buat peluk. Teddy bear boleh bagi haba pada kita. Teddy bear takde masalah. Teddy bear sanggup. Bagi aku, teddy bear penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang yang kita dapat rasa sebenarnya. Cuba, kalau kita sayang akan seseorang tu, sayang sangat2, macam parents, adik, and kawan rapat / BFF. Mesti rasa kasih sayang tu dengan pelukan. Kan? Macam tu jugak teddy bear. Full of love. And cares too.



Alhamdulillah, tangisan aku semakin reda.Sebelum menaip entry ini sebenarnya aku menangis bila merenung teddy bear yang aku dah download gambar2 mereka. Renungan teddy bear penuh makna yang tersirat. Penuh dengan ajakan manja, penuh dengan kasih sayang. Innocent face. tak macam barbie yang wajahnya sering tersenyum. Sering mengukir senyuman manis buat semua. Tak kiralah, pada pemiliknya atau bukan. Namun senyuman itu kaku, dan langsung tak memberi apa2 makna bagi aku. Bagi aku lah. Kepada pencinta barbie, jangan marah aku. Ini cuma pendapat aku sahaja.

http://www.emocutez.com

#Barbie sering dapat tempat dihati para peminatnya. Barbie sangat famous. Sampai boleh berlakon jadi princess, fairy, mermaid, etc. etc.
Teddy bear? seingat aku, teddy bear pernah berlakon dalam Toy Story. Tapi sangat sayang sebab beliau bukan watak utama. Yang lebih menyayat hati, teddy bear tu akhirnya dibuang sebab dah buruk. Sadis dan menyedihkan.

Tuesday, May 8, 2012

Pendam -Shahir AF




Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Aku yang mengejar bayang cinta.....


Sumber : liriklagumuzika.com



Sunday, May 6, 2012

cinta itu tidak semestinya memiliki

Walaupun sesuatu yg engkau sukai dalam gengamanmu, kadang ia bisa terlepas juga. Seperti orang yg kita cintai seberapa kuat engkau mencintai, kalau memang tak jodoh ia akan lepas juga.




Sungguh malu rasanya, dengan Rabb..Sang Pemilik Hati ini.
Sungguh malu rasanya, bagaimana menyembunyikan rasa Dari-NYA.
Sungguh malu rasanya, bagaimana menerima cinta yang belum halal untuk hati ini.

Dan jika memang Cinta itu tak bisa memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam dalam hati biarlah ia berkembang dengan INDAH sesuai kehendak-NYA...

Kerana dalam diam tersimpan kekuatan dan harapan ...Hingga mungkin saja ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cinta itu INDAH pada akhirnya.



Ya Allah, Kau jagalah setiap pandangan kami.

Bukankah ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tak akan pernah memutuskan harapan hamba yg berharap pada-Nya??

Jika dia memang bukan milikmu, ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA melalui waktu akan menghapus cinta dalam hatimu, itu dengan memberi rasa yg lebih INDAH dan orang yg tepat ...

Biarkan Cinta itu menjadi memori tersendiri dari sudut hatimu menjadi rahsia antara engkau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...karena tiada yg tahu rencana Rabb...mungkin saja rasa ini ujian yg akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah
untuk dibolak-balikan...

Serahkankan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

Tebarlah cintamu untuknya dan jangan mengharapkan pamrih berupa kebersamaan fisik dengannya.INGATLAH orang yang mencintai kerana ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA itu, jika ia tak bisa bersama dan akhirnya harus melihat ia bersama yg lain, kemudian engkau masih bisa tersenyum padanya dan mengucapkan selamat barakallah kepadanya maka pada dasarnnya engkau telah menang dengan rasa cintamu.


Engkau telah mencintainya dengan sepenuh rasa, ikhlas kerana Allah dan itulah cintasebenar-benarnya cinta.
kerana ...

SEBENAR_BENAR CINTA ADALAH
MANAKALA KITA BAHAGIA MELIHAT
DIA BAHAGIA WALAU KITA TAK BISA
MEMILIKI FISIKNYA DISISI KITA. NAMUN CUKUPLAH CINTANYA TELAH KITA MILIKI DAN KITA BERDO’A SAJA SEMOGA CINTANYA TAK LUNTUR UNTUK KITA.MASIH MAU MENYAMBUNG TALI SILATURAHIM DAN MASIH MAU MENDO’AKAN KITA..insyaAllah..



edited from : facebook
#aku dah mula suka kat kau. thanks ;)  http://www.emocutez.com

Pertama Kali

Pertama kali ku bertemu denganmu,
Hatiku terpaut melihat senyumanmu,
Aku berharap engkau menerimaku,
Kerna aku bersedia menyintai muuuuuu~~

Akanku renang lautan yang berapi,
Membuktikan kehebatannya cinta ini,
Tetapi jika engkau meninggalkan aku,
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini, menangis tak berlaguuuuuuu~

lalalalalala~ http://www.emocutez.com

hihihi. tomey tak? tomey tak?

ok fineee merajukkk dengan korang. ye mamng aku tahu aku tembam dan comel. tapi janganla tipu cakap aku tak comel. sentap hati ai nanti tau tau tau! merajukla camni. setahun tanak update blog. haaaaa. time tu mule la nak meleh airliur cari aku 'ohh jijah yang tembam lagi tomel, tolongla hupdate belog awak tu.kite rindula nak bace belog awak'. http://www.emocutez.com

 haa time tu aku dah malas dah. kalau nak belog, pergi Giant Section 7 beli Cool Blog. laaagi sedap. eh? haha. gewdix nyew titew. lol.

Alaaahai sedapnye lah kalau dapat!
Haaa. Meleleh tak aiyaq liyoq? Hahaha. Slrupppppp~ Haip, haip! Jangan meleleh nanti kena lappy korang nak salahkan aku pulak! Kalau terliyoqq sila pergi cool blog yang berdekatan dan order, dan bayar, dan ambil, dan minum! Sedap tautauatauuuu~

Ceit. Niat nak post entry lain, dah merapu meraban tulis benda lain. Apa yang PERTAMA KALI sebenarnya?

PERTAMA KALI
Sebenarnya nak cerita and kongsi je dengan korang-korang yang aku sayang, cinta dan kasihi sekalian. Hee. baiklah, korang2 yang comel dan kacak, jom mulakan perkongsian ini!

Sebenarnya...ehem. Okay, harinie first time aku bertugas sebagai seorang petugas yang ditugaskan untuk menjalankan tugas sebagai orang yang diberi amanah untuk menjalankan tugas dari orang yang menyuruh aku menjalankan tugas. Aku bertugas untuk jaga 'kaunter' / bilik jubah di DATC. SiSPA ada 9 orang tadi termasuk sorang pegawai. Fuhhh memang penat tak terkata bila tugasan tu dijalankan sambil berdiri dan berurusan dengan ratusan orang. Hermmm. Tak, tak. Aku rasa ribuan orang kot. Orang sangat ramai dan keadaan kat situ panas. Nasib baik aku tak sesak nafas. Dengan uniform nombor 4 tu lagi.

Tapi like seriously memang seronok. Aku mula2 blurr je. Tapi bila lama2 jadi dah terbiasa. Macam penyambut tetamu pun ada gak. Datang je graduan2 yang nak amik jubah aku akan cakap 'jalan terus, masuk pintu sebelah kiri ye'. Haa, entah berapa ratus kali aku ulang dan ulang dan ulang perkataan yang sama pun aku tak tahu. Sampaikan aku rasa macam nak letak je patung aku yang tengah tersenyum kat situ, dengan tangan menunjuk kearah pintu. Hahaha. Kreatif gila kan? Sempat lagi berangan time tu.

Walaupun penat tapi pengalaman jaga 'bilik jubah' ni sangat berharga. And i hope pengalaman sebegini akan disusululi dengan banyak lagi pengalaman2 manis yang lain! :)

#ehem, lirik lagu kat atas tu nampak benor menipunye. 'akanku renang lautan yang berapi membuktikan kehebatannya cinta ini'. mustahil kau nak berenang laut berapi. aku tau. hahahaha. sapa setuju sila angkat daguuuuu :3
http://www.emocutez.com

Saturday, May 5, 2012

The Beauty Of Marching :)

Semalam latihan kawad sampai jam 6 petang. Serious sangat penat. Kitorang dibahagikan ikut group. Group aku dapat dengan Tuan Lan. Beliau ajar dari basic, sampailah cara berjalan dengan sharp, swing tangan baekk punya and paras. Penat tapi aku rasa waktu yang diluangkan semalam adalah sangat berharga. Bukan senang nak dapat group dengan Tuan Lan. Orang2 yang terpilih je kot. So aku rasa sangat beruntung. Walaupun kitorang dah tahu basic kawad tu macam mana, tapi takde salahnya kitorang belajar dari mula2 sedia, senang diri, rehatkan diri, and etc tu semua. Tak rugi pun.

Punyalah sorang2 semangat berkawad. Aku yang mengantuk tu sampai hilang mengantuk. Haha. Magic kan? That's it. Bak kata Tuan Lan, 'The Beauty of Marching' tu kita akan nampak bila istilah KAWAD tu sendiri kita apply kan betul2 dalam kawad yang kita buat. Eh? Betul ke tak ayat aku. Malu je dengan student APB. Hahaha. APTB~ (apa pon tak bolehh)

Punyelah semangat kawad semalam sampai lebam kot tangan aku. Mana tak nye, dah syok sangat swing tangan sampai 'ter' tumbuk orang sebelah. hahaha. Biru kot tangan aku. Tangan Wanie pun dah kemerahan semalam. Pergh. 'kemerahan' tu. Ayat nak gempak je.

#semalam tengok 'dia' kawad. lawak plus comel sangatttt. hahahaha. taktau kenapa tapi cam tak kena je. hihi aku gelak dari jauh je tengok dia. :'D

Tuesday, May 1, 2012

Aku Jatuh Cinta :')

Banyak yang kami dah lalui sebenarnya sepanjang Kursus Kepimpinan Dan Pentadbiran tempoh hari. Kalau nak cerita semua, agaknya memang sebulan pun tak habis aku menaip entry ni. Berjela-jela jadinya. Hmm, kalau dah berjela-jela sangat nanti aku mudah hangat2 tahi ayam. Pastu tak post pun apa2 kat blog. So humiliating T_T

Jatuh cinta. Ya, aku jatuh cinta lagi kali ni. Bukan dengan haiwan. Bukan dengan apa2 objek. Bukan juga dengan ‘crush’ baru. Bukan dengan ‘klon’ Aizuddin Ali. Bukan. Jatuh cinta ni perasaan dia sangat sangat aneh. Aku tak pernah rasa perasaan yang sangat hebat ni meskipun aku ada pengalaman bercintun. Cehhh~

Aku mula rasakan perasaan tu bersarang dalam jiwa aku pada satu tengahari. Panas sangat2 hari tu. Aku pun tak tahu kenapa. Dengan baju no. 4 yang tebal tu. Pergh. Membara2 panasnya. Pada tengahari yang panas tu lah jugak aku menangis teresak2. Puas Yaya pujuk aku, tapi aku tak boleh berhenti menangis. Aku menangis BUKAN sebab cuaca yang terlalu panas. BUKAN sebab hari tu aku terlalu penat. BUKAN sebab... err, aku rasa cam nak ter ulang je ayat kat atas tu -_____-
Cinta mula berputik. Sayang mula terasa pada mereka-mereka yang berada di sekeliling aku. Sayang yang sangat lain. Sayang yang tak pernah aku rasa sebelum ni.


Malam tu betul-betul menguji kitorang termasuk aku. Dan malam tu jugak aku benar-benar terhutang budi dengan sorang hamba Allah ni. Like seriously. Tanpa dia, aku akan jadi orang yang hilang arah tuju, orang yang hilang pedoman. (eh, Takdelah sampai hilang pedoman. Exaggerate je lebih aku ni =_________= )
Macam-macam kes timbul time ro-call malam tu. Penghulu dan penghuluwati dipanggil. Tiba2 tanya pasal telur. Barang amanah kitorang. Ya Allah, telur kat atas! Ramai yang tinggal telur tu kat atas. Tuan Hazwan beri masa 2 minit je untuk lari amik telur. Bayangkanlah. Tingkat 5 kot. mustahil dalam masa 2 minit kami semua boleh barlari dan panjat tangga,buka bilik, bukan beg amik telur. Aku berlari tanpa fikir apa2. bilik aku still 3 orang yang ada telur. Room mate aku 2 orang naik atas. Aku pesan kat diorang, turunkan beg aku. Sangatlah tak larat kalau aku nak panjat tangga. Memang pengsan agaknya kalau aku yang panjat T_T
Tengoklah, betapa lemahnya penghuluwati korang. Adoiyai. Kan dah kantoi T_T

Aku ambil telur aku dalam beg. Beg aku yang berisi purse dan macam2 lagi barang berharga tu aku tinggalkan je kat tempat kitorang selalu berkumpul. Mudah-mudahan tak hilang. Allah ada untuk jaga beg aku. Tawakkal jelah time tu. Insiden sedih bila telur aku dipijak oleh sorang pegawai. Aku dah tak berapa pasti siapa. Mental kitorang benar2 diuji. Diuji dengan kisah uniform yang berkait dengan telur dan amanah. Terselit kasih sayang malam itu. Kasih sayang yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasih sayang yang digambarkan dengan tangisan. Tangisan aku yang tak henti-henti. Aku menangis bukan sebab takut. Bukan sebab kasihan. Bukan sebab marah. Tapi sebab sayang. Sangat sayang pada organisasi ini. Sangat sayang pada mereka semua. Tak kiralah, mereka pernah sakitkan hati aku ke, apa ke. Rasa sakit hati tu dah takde. Ynag ada cuma rasa sayang  pada mereka semua. Ya Allah, hebatnya perasaan ini. Tangisan aku makin kuat bila dua daripada kami sanggup dihukum  kerana kesalahan yang kami semua lakukan. 500 pumping terlalu banyak. 'Ya Allah, banyaknyaaaaaaaa...' aku merintih sambil menangis. Yang lain semua berbisik untuk tenangkan aku. Tapi tangisan ni tak berhenti. Apap pun yang terjadi, kami semua kena bersama-sama hadapi.

Malam tu, kami pumping bersama-sama. Yang dua orang tu dah lemah sangat-sangat. Ya Allah. Sakitnya mereka. Aku dapat rasakan kesakitan yang mereka tanggung. Sungguh. Humanity aku tersentuh. Sebagai seorang manusia, sahabat dan leader pada hari itu.

Ujian itu amat menguji aku, amat menguji kami. Malam tu, aku benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta dengan mereka semua. Ya. Tidak ada bezanya mereka semua di mata aku. Mereka adalah sahabat yang paling sejati. Brotherhood, sisterhood mula dirasai. Keringat, darah dan airmata ini berbaloi untuk itu semua. Aku sayang mereka. Aku sayang SiSPA. Aku jatuh cinta :)

aku sayang korang semua :')