Jom Follow ^_~

Friday, February 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME~ surat dari seorang ibu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hari ini genap 19 tahun aku dilahirkan.
Genap 19 tahun usia ku sejak mak melahirkan aku setelah 10 tahun mak dan bapak berikhtiar untuk mendapatkan permata cinta mereka.
Genap 19 tahun aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah yang Maha Agung ini.
Genap 19 tahun aku menjadi hamba Allah di atas muka bumi ini.
Genap 19 tahun  aku menyuap rezeki ke mulutku dengan izinNya.
Genap 19 tahun aku menjadi permata mak dan bapak.
Genap 19 tahun aku menikmati semua anugerah kurniaan Allah SWT.

ALHAMDULILLAH!

Ya Allah, hambaMu ini sangat bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanMu.
Mak, kakak bersyukur kerana mak adalah mak kakak.Kakak sayang mak.
Mak, terima kasih sebab jadi orang yang pertama wish birthday pada kakak.
Mak, terima kasih sebab jadi orang yang pertama bagi hadiah birthday untuk kakak.
Mak, terima kasih untuk hadiah itu, mak.Kakak sangat hargai hadiah pemberian mak.
Mak, terima kasih untuk surat itu, mak.yang menjadi pembakar semangat untuk kakak.
Mak, terima kasih untuk segalanya.


Surat dari mak, buat kakak. (sempena hari lahirmu yang ke-19)

Assalamualaikum kakak,

   Selamat menyambut hari lahir yang ke 19. Semoga diberkati Allah umur yang selebehnya. Walau pun lagi 4 hari tapi tak pa lah. Mak harap kakak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih teliti di zaman yang amat2 mencabar ini. Jika sedar dari mana kita datang, di mana kita berada sekarang dan ke mana kita akhirnya, inshaAllah kita tak akan melaku kan kesilapan. Ingatlah dimana saja kita berada, kita tetap hamba kepada Allah, Allah sentiasa memerhatikan kita. Jangan buat apa yang Allah larang. Jika kita didatangi masaalah, mintalah pertolongan dari Allah kerana Allah sahaja yang dapat menolong kita. Jangan tinggal zikir dan baca Quran. Baca lah tiap2 hari. Wajibkan diri kita amalan berzikir walau di mana kita berada.

   Kakak, ingat pesan mak baik2. Jika mak pergi dulu, tolong jaga adik2. Bimbing lah mereka sepertimana mak bimbing kakak dari dalam perot hinggalah kakak dapat mengenal dunia. Maafkan mak kerana mak tak dapat memberi kemewahan untuk kakak, kerana mak tak mampu. Akhir kata, anggaplah kata-kata di dalam buku ini, kata2 dari mak.

IKHLAS DARI MAK,
Saadiah.


saat membuka hadiah

berdebar nih...

okey, keluarkan dulu..

dah nampak!

buat kakak, dari mak..

hmm.. :)

this is it! dengan surat..

TERIMA KASIH, mak.. *(^_~)

Thursday, February 3, 2011

hari nie, aku hampir di SANTAP oleh makhluk TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!


Hari ini aku dan sepupu aku nyaris di santap oleh binatang-binatang yang bertopengkan menusia.when I mentioned ‘’binatang-binatang’’, I mean it! hisyy..bila ingat balik, memang seram....nak tahu tak cerita nya..?jom aku ceritakan kat korang..agar jadi pengajaran buat para wanita sama ada anak dara atau mak dara even nenek dara pun kena berhati-hati sekarang....bukan boleh percaya sangat depa semua nih.dalam 1000, hanya 5 yang boleh betul-betul di percayai.ingat lahh! This is how the story goes...

Jam 2 petang aku berjumpa dengan Dania, sepupuku (bukan nama sebenar) di salah sebuah shopping mall yang terkemuka di ibu negeri Pahang. Sejak pagi memang aku dah janji nak pergi ‘karok’ sama-sama dengan dia.... karok tu, dalam erti kata lain karaoke la..So, kami pun pergi la, ke 2nd floor, tempat karaoke ‘jamban’ AKA karaoke box kat situ.my cousin nie dari tadi dok sms dengan sape ntah.aku ignore aje lah dia sebab aku dah sedia maklum dengan sifat semulajadi dia yang suka sangat FLIRT. Pantang ade lelaki ‘ushar’, memang WAJIB dia layan...and the worst is, siap bagi no fon and no aku pernah kena jual dengan dia.eeiii...sakit nye hati aku.okey lah, back to the main story.

Once kami sampai kat kaunter tu, tiba2 ada satu pergaduhan terjadi, so kami pun ape lagi...angkat kaki la dari tempat tu. Gila ape nak tayang muka. Jap lagi silap haribulan dengan aku aku kena angkut balai.tido lokap lerr jawabnye. Dipendekkan cerita, lepas pergaduhan kat situ reda, kami pun pergi semula ke sana untuk tempah satu box. Kami dapat bilik.No 17.Sound boleh tahan. Mic pun echo gempak. Singgit satu lagu. TERBAEK ah! Tapi memang  takleh la lawan dengan karaoke yang bayar RM30 sejam tu kan..ahaha. kami pun menyanyi lah. Dengan syokk nyer.

Suddenly  dania nie told me that she asked one of her ‘’scandal’’ come and accompany us.I said’tak payah la! Menyemak aje..’’ then she replied, ‘’takpe, takpe.dia sporting.’’
A few minutes later, Dania goncang2 badan aku.aku pun rasa pelik sebab muka dia Nampak cuak. ‘’kenapa?’’ aku tanya. ‘’gemok nyeerrrr!’’ she said. Aku pun ketawa laa berdeka-dekah..rupanya tak pernah jumpa lagi sebelum nie.ahahaha. okey la.habis kisah tu.

Jeng jeng jeng..ini lah masa nya.okey.let’s do this in the simplest way. (^_~)v

Waktu aku tengah syok nyanyi tuh, datang la 3 orang mamat nih (sOLja i guess, based on their hairstyle)..berdiri di depan bilik kami.then one of them buka pintu bilik tu and said,”nama siapa ni” (dalam bahasa baku).aku hanya diam tapi si Dania nih FLIRT sgt bgtau laa nama dia.siap mintak no plak tu.secara tiba2 ja.datang dating terus mintak nombor.GILA!

Lepas nyanyi aku bercadang untuk basahkan tekak . perut sekali kat Sri Affa Food Court yang terletak di ground floor shopping mall tu.waktu aku tengah makan tu la Dania borak dengan mamat ni dalam fon.dia ‘kencing’ mamat tu, dia cakap hari nie bufday dia. So, apa lagi,  dia mintak hadiah la.si mamat ni cakap,boleh tapi nak bagi hadiah dua ringgit.CEIT! baik tak payah ka.tapi in order to get the present, lepas makan tu aku and Dania pergi lah.konon nak berjumpa dengan si anonymous ni tadi.

Beli aiskrim Flavour Twist Green Apple kat kiosk McDonald kejap. Then met the anonymous. Memandangkan aku masih belum solat asar, and on that time asar baru masuk, aku pun ajak Dania went to the nearest surau. The anonymous ikut...ok fine. After solat, he’s still in front of the surau, (CEIT! Bukan nak solat sama!) waiting for Dania. Then we walked back towards the shopping mall. Naik escalator, till the 2nd floor. He gave Dania the ‘Darul Ansar’ plastic bag.dalam tu ada surah yassin.tiba tiba hati aku terdetik, ‘macam ada something wrong dengan mamat nih’. Before that, dia ade pelawa kami air vitagen. He handed us the little bottle but Dania refused. Dia cakap, bagi aku.tapi aku pun tak nak. Sebab tiba tiba aku teringat kisah ‘’suntik’’ air dengan some kind of drug that can cause someone unconscious for a few hours.”bahaya nih” bisik hati aku.

Then dia ajak makan. Dania asked him ,”awak belanja ker,” guess what was his answer..? he just smiled and main angkat angkat bahu pulak. CEIT! Ingat kita ni budak-budak ke haaa..  so, Dania pun bercadang untuk ikut aje la dia. Sampai kat kedai tu, xde satu pun meja kosong. Tiba-tiba the anonymous berjalan ke satu sudut. Kitorang follow. Alangkah terkejotnya aku bila tengok ada 3 orang lagi geng dia sedang menunggu kat meja tuh. The anonymous sat. Dania hanya membuntuti dia tanpa fikir panjang. Duduk kat sebelah dia. I felt that something was wrong there...dengan rasa tak sedap hati tu lah, aku ambil keputsan untuk call my Teddy although dia jauh, tapi aku tahu, dia still boleh jaga aku.. aku ceritakan semuanya pada my Teddy. After a few minutes, dengan suara yang macam dah nak menangis, Teddy ask me to go home.he said, “sayang, awak balik sekarang.cepat. panggil Dania tu sekali.”.

Aku panggil Dania and suruh dia bercakap sendiri dengan my Teddy. After kena ‘basuh’ dengan my Teddy, Dania dengan sendiri nya cakap pada aku, ‘Azizah, cepat la balik.cakap kat diorang bapak kau call suruh balik sekarang,”. Aku pun ape lagi. Terus pergi kat diorang dengan hati kecut nih, cakap ,”sorry guys, kitorang kena balik.ayah dah call suruh balik SEKARANG.”

Guess what? Wajah diorang sorang-sorang berubah. Lain gila. And diorang berpandangan sesame sendiri. seolah olah terkejut dan tak mahu melepaskan kitorang balik. Aku pun ape lagi...terus blah dengan Dania dari situ..lari punya lari, sampai la kat luar shopping complex tu.

ALHAMDULILLAH.... diorang tak follow...kalau tak, aku tak tahu lah ape yang akan jadi..hmm... end of the story. The moral is, walau seseorang tu tunjuk baik walau macam mana pun, jangan laaa mudah percaya yek, wahai kaum HAWA sekalian.

 Allah telah melindungi saya.. :)
http://www.emocutez.com