Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ini genap 19 tahun aku dilahirkan.
Genap 19 tahun usia ku sejak mak melahirkan aku setelah 10 tahun mak dan bapak berikhtiar untuk mendapatkan permata cinta mereka.
Genap 19 tahun aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah yang Maha Agung ini.
Genap 19 tahun aku menjadi hamba Allah di atas muka bumi ini.
Genap 19 tahun aku menyuap rezeki ke mulutku dengan izinNya.
Genap 19 tahun aku menjadi permata mak dan bapak.
Genap 19 tahun aku menikmati semua anugerah kurniaan Allah SWT.
ALHAMDULILLAH!
Ya Allah, hambaMu ini sangat bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanMu.
Mak, kakak bersyukur kerana mak adalah mak kakak.Kakak sayang mak.
Mak, terima kasih sebab jadi orang yang pertama wish birthday pada kakak.
Mak, terima kasih sebab jadi orang yang pertama bagi hadiah birthday untuk kakak.
Mak, terima kasih untuk hadiah itu, mak.Kakak sangat hargai hadiah pemberian mak.
Mak, terima kasih untuk surat itu, mak.yang menjadi pembakar semangat untuk kakak.
Mak, terima kasih untuk segalanya.
Surat dari mak, buat kakak. (sempena hari lahirmu yang ke-19)
Assalamualaikum kakak,
Selamat menyambut hari lahir yang ke 19. Semoga diberkati Allah umur yang selebehnya. Walau pun lagi 4 hari tapi tak pa lah. Mak harap kakak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih teliti di zaman yang amat2 mencabar ini. Jika sedar dari mana kita datang, di mana kita berada sekarang dan ke mana kita akhirnya, inshaAllah kita tak akan melaku kan kesilapan. Ingatlah dimana saja kita berada, kita tetap hamba kepada Allah, Allah sentiasa memerhatikan kita. Jangan buat apa yang Allah larang. Jika kita didatangi masaalah, mintalah pertolongan dari Allah kerana Allah sahaja yang dapat menolong kita. Jangan tinggal zikir dan baca Quran. Baca lah tiap2 hari. Wajibkan diri kita amalan berzikir walau di mana kita berada.
Kakak, ingat pesan mak baik2. Jika mak pergi dulu, tolong jaga adik2. Bimbing lah mereka sepertimana mak bimbing kakak dari dalam perot hinggalah kakak dapat mengenal dunia. Maafkan mak kerana mak tak dapat memberi kemewahan untuk kakak, kerana mak tak mampu. Akhir kata, anggaplah kata-kata di dalam buku ini, kata2 dari mak.
IKHLAS DARI MAK,
Saadiah.
saat membuka hadiah |
berdebar nih... |
okey, keluarkan dulu.. |
dah nampak! |
buat kakak, dari mak.. |
hmm.. :) |
this is it! dengan surat.. |
TERIMA KASIH, mak.. *(^_~) |
No comments:
Post a Comment