Jom Follow ^_~

Sunday, April 22, 2012

sebab-sebab blog korang terbengkalai

Assalamualaikum. hai korang! dah breakfast? lunch? or brunch? or dinner? emm, how about supper? hihi. kalau belum, sila makan kenyang-kenyang dulu lepas tu baru sambung balik baca entry ini. jika tidak, anda akan....err, anda akan apa yek? aku pun dah lupa sebenarnya. haha. okay tak lawak.

Hokay, people, let's we start before i gone too lazy to type this entry. HOHO. Actually time cuti mid-semester ni la time yang aku paaaaaaaaaaaaaaling LEISURE untuk meng-update blog aku yang dah terbengkalai berbulan-bulan lamanya. kalau kes rumah tu, memang dah berhantu+bersawang gamaknya sebab dah tinggal lama sangat!


Eh, cantik la pulak rumah tinggal ni. Ngehehe :P

Rumah tinggal. Buruk tapi cantik. Eh? camno tu? Macam gambar kat atas ini lah - sila mengerti T_T
Kiranya rumah ni diumpamakan macam blog korang yang sangat NICE tu, tapi dah lama tak ber-update. ha, camni lah gayenye. Cantik tapi bersawang. :)

Banyak faktor sebenarnya blog korang termasuk blog aku ni bersawang. Sebab tu lah blog-blog tinggal dan tak selalu update ni tak setanding dengan blog Encik Ayam , blog kak Tiara, dan blog-blog pemes yang lain. Okay, sila lihat blog mereka yang simple tapi entry-entry mereka sangat ohhsemmmm. Hihi. Kenapa Ayam? Kenapa kak Tiara? sebab... err, nak ngaku nih, Ayam tu sama UiTM Shah Alam dengan aku,- tapi dia tak kenal aku pun. Haha. Sob Sob T_T. Andddd kak Tiara yang comel molek plus comel momel putih melepak macam princess tu ialahhhh..jeng jeng jeng...Beliau ialah dua pupu aku. Sila percayaaaaaa pleaseeee T_T. Bapak beliau iaitu Uncle Jaluddin Bin Sudiran merupakan sepupu mak aku. Weeehooo. hek hek hek - gelak keji terkedek-kedek.

 Okay stop merepek. Sambung sambung. Faktor-faktor tu sama ada kita semua sedar atau tak. Kiranya aku ni baru ter sedar lah ni kan. haha. okay tak lawakkkk! tolong jangan  gelak, jijah =..=''

1. Time nak menulis entry tu lah, boyfriend or girlpren nak call pastu start la nak bergayut berjam-jam sampai lupa apa yang nak ditulis kat blog.

2. Time nak menge-post entry tu tiba2 je wifi or broadband jadi lembab macam siput khinzir sampai buat korang rasa nak mencarut, pastu jerit khinzirrrrrr~ tu kuat-kuat.

3. ..sambungan yang atas nie, lepas korang jerit 'khinzirrrrr' kuat2 terus link tu broken, dan automatically korang punya entry tu terus save as draft. Dan korang bengang lalu meninggalkan blog korang terkapai-kapai kelemasan di lautan antartika yang dikelilingi ikan jaws kelaparan yang berduyun-duyun. -Okay itu tipu.

4. ...sambungan yang atas lagi, lepas tu korang terus tak bukak-bukak dah blog korang untuk di update - pah ceroh - sebab korang dah bizi dengan kekasih baru iaitu BBM, Facebook, Twitter dan laman So-Sial yang lain. Kih kih.

5. Time nak menulis entry tu lah korang baru teringat "eh, lecturer/cikgu ada bagi homework kat kelas tadi, kena submit besok ni". ha, lebih kurang macam tu.

6. Korang tak tahu nak bubuh tajuk apa untuk entry korang tu. isi nya dah duk dalam kepala, tapi tak tahu apa tajuk yang sesuai. Lepas tu korang duk taip tajuk dulu. Bila rasa tajuk tu tak sesuai, korang backspace, lepas tu tulis lagi, dan backspace, dan lagi, dan backspace. Sampai akhrinya korang fed-up dan terus hilang mood nak tulis entry.

7. Korang lupa password blog korang. Pastu korang buat blog baru. Then lupa lagi. Then buat lagi, then lupa lagi, then buat lagi, dan lagi, dan lupa dan lupa. Haaa, maksudnya korang kena jumpa doktor ni. Hahaha

8. Korang fikir banyak kali sebab takut orang lain ciplak entry korang. hehe. ala, apa salahnya. Sharing is caring kan? hihi

err banya lagi tapi orang dah azan. Nak solat asar dulu. Hihi. yang lain2 tu korang tambah2 la apa yang patut. Kurang gula ke, asam ke, minyak ke, serai ke, belacan ke............apa2 jelah yang kurang. Bai!

#saya harap kak tiara yang tomel momel putih melepak macam princess tu baca blog saya. kalau tak baca, saya nanges. hihi. wuwuwuwuuu T_T

4 comments:

Tiara Fazlin said...

hello dua pupu!! kite baca blog awak laaaaah! hehehe eh part bagi tajuk tu sangat betul..T__T

bUngA_buLan said...

hihi. yeayyyy kak tiawwa bace blog kite lahhh. ha'ah kan...time type tajuk tu . haha. sedih betoll T_T

Ayeem Jemain said...

awwww... terima kasih menyelitkan nama. uitm? tak tegur sape suruh. hahaha

bUngA_buLan said...

hihi. welcomeee abam ayeem! ala, kite bukan FSKM T_T
kite kat fac atas bukit nuuuh FSPPP - Sains Polisi. hee :D