18 tanda bahawa si dia benar2 mencintai koranG!!
Jatuh cinta itu sangat indah.. biar siang, mahupun pada waktu malam, takkan ada bezanya… seminit ibarat setahun(kalau tunggu dia reply our text messages)… Tapi, korang nak tahu tak, kenapa dia still in love with all of you??Mungkin ini boleh dijadikan rujukan buat korang yang sedang rasa dicinta atau still ragu2 tentang kejujuran cinta si dia..hehehe
1. Seseorang yang mencintai korang, takkan boleh memberikan alasan mengapa dia mencintai korang. Dia hanya tahu, dimata dia, koranglah satu satunya…
2. Seseorang yang mencintai korang, sebenarnya selalu buat korang marah, gila, annoyed, stress. Tapi korang tak pernah tau something,even all shits yang dah dia buat, yang dia lakukan adalah untuk kebaikan korang…
3. Seseorang yang mencintai korang, jarang memuji korang, tetapi di dalam hatinya korang adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu…
4. Seseorang yang mencintai korang, akan marah-marah atau mengeluh kalau korang tak reply text messages diorang,sebab dia betul-betul care and dia tak nak something bad happened to you…
5. Seseorang yang mencintai korang, hanya menjatuhkan airmatanya dihadapan korang. Waktu korang cuba pujuk diorang, korang berjaya buat dia terharu, dimana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk korang…
6. Seseorang yang mencintai korang, akan mengingat setiap ungkapan perkataan yg korang ucapkan, mahupun yang tidak sengaja,even sebaris ayat yang pendek dan dia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya…
7. Seseorang yang mencintai korang, takkan berani dan sanggup berjanji dengan semudah itu saje, sebab dia tak nak and tak sanggup mungkir janji. Dia nak korang percayakan dia dan dia nak berikan korang life yang happily ever after.. (^_~)
8. Seseorang yang mencintai korang, mungkin tak mampu ingat kejadian atau special moments, as example anniversary korang or even your birthday, tapi dia yakin yang setiap detik dalam hidupnya, dia mencintai korang..
9. Seseorang yang mencintai korang, tidak akan ungkapkan “Aku Mencintaimu” dengan mudah, sebab segalanya yang dia lakukan untuk korang adalah untuk menunjukkan bahawa dia memang mencintai korang, dan, dia hanya akan ungkapkan “I LOVE YOU” pada time yang special, sebab dia tak nak korang salah faham, dan dia nak korang tahu bahawa dia mencintai korang…
10. Seseorang yang benar - benar mencintai korang, akan merasa bahawa sesuatu harus diucapkan sekali saja, dia menganngap yang korang betul2 memahami dirinya. Kalau terlalu banyak yang dia ucapkan, dia akan merasakan tidak ada yang akan membuat dia bahagia dan tersenyum…
11. Seseorang yang mencintai korang, akan pergi ke bus stand untuk menjemput korang.Guess what?? Dia tak akan bawak seikat mawar dan panggil korang ‘sayang’ macam yang korang harapkan. Tapi,dia akan tolong korang angkat semua barang2 korang sambil bertanya : “Kenapa awak nampak makin gemuk/kurus dalam waktu sebegitu cepat?” Dengan hatinya yang tulus…
12. Seseorang yang mencintai korang takkan call korang waktu korang tengah marah, tapi dia akan text korang after a few hours-yakni bila korang da chill down. Jika korang menanyakan : kenapa dia lambat call, dia akan berkata : time korang marah, explanation and kata2 dia semua hanyalah sampah. Tapi, time korang da cool down and chill, baru lah segala penjelasan diorang akan korang terima…
13. Seseorang yang mencintai korang, akan selalu menyimpan semua benda - benda yang telah korang berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘I LOVE YOU’ ada sentiasa ada kat dalam dompetnya…
14. Seseorang yang mencintai korang, jarang mengucapkan kata - kata manis. Namun, keperihatinan mereka terhadap korang dah melambangkan segala-galanya bahawa koranglah insan yang sangat dicintai mereka…
15. Seseorang yang mencintai korang, akan selalu berusaha membuat korang tersenyum dan tertawa walau kadang-kadang terpaksa buat benda-benda yang agak ‘shit’!…
16. Seseorang yang mencintai korang, akan mengubat hati korang yang pernah dilukai dengan parah sekali kerana cinta dan akan jaga hati korang dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan percayalah, dia akan cuba sedaya-upaya nya untuk memberikan yang terbaik buat korang walau kadang-kadang harus menyakiti hatinya sendiri…
17. Seseorang yang mencintai korang, akan rela melepaskan korang pergi kalau korang tak bahagia bersama dia.Jangan tak tau ye, dia jugak akan bahagia walaupun korang yang sangat dicintainya bahagia di samping orang lain…
18. Seseorang yg mencintai korang, takkan banyak cakap, dia akan buktikan cintanya melalui segala tindak-tanduk nya terhadap korang, lebih-lebih lagi kalau dia adalah seorang lelaki..!!
So...Camner??Puas hati takk?Haah! Skarang korang fikir2 kan lah...Adakah korang dah bertemu dengan cinta yang sejati?
Good luck yea...!! (^_~)
No comments:
Post a Comment