Dia tak banyak duit. Tapi guna ubat gigi sensodyne. Orang
ingat dia berlagak. Tak reti manage duit. Tapi orang tak tahu. Dia ada masalah
gigi. Dia dah biasa guna sensodyne. Gigi dia sensitive. Ini bukan iklan. Tapi
ini kenyataan. Orang tak tahu time tu ubat gigi itu dijual murah. Orang tak
tahu. Mereka tak tahu. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa. Bukan
salah mereka. Bukan salah sesiapa.
Dia tak banyak duit. Tapi dia beli dental floss. Orang ingat
dia suka membazir. Orang lain ada duit. Tapi tak ‘mengada’ nak guna dental
floss pulak. Orang tak tahu dia ada masalah gigi. Orang tak tahu gigi dia
hampir rosak. Orang tak tahu gigi dia mula ditumbuhi plaque. Dia tak salahkan mereka. Mereka kaum yang tidak mengetahui.
Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.
Dia tak banyak duit. Tapi dia beli seluar baru. Orang tak
tahu seluar lama dia dah koyak. Orang tak tahu dia dah berpuluh-puluh kali menjahit
seluarnya yang koyak. Orang tak tahu dia dah penat. Penat jahit seluar yang dah
hancur dan hampir rabak. Dia tak salahkan mereka. Dia tak salahkan sesiapa.
Mereka tak tahu apa yang dia alami. Dia maafkan mereka.
Dia tak banyak duit. Tapi dia beli banyak barang. Orang
ingat dia ‘shopping sakan’. Orang tak tahu dia beli barang keperluan. “Huh,
keperluan apa je? =_=”. Orang tak tahu. Orang salahkan. Dia tahu. Dia diamkan.
Bukan salah mereka. Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa. Dia maafkan.
Dia nampak kasar. Dia nampak agresif. Dia nampak negative.
Tapi mereka tak tahu. Dia pendengar yang baik. Dia boleh terima nasihat. Dia
boleh terima hakikat. Asalkan berhalus dan berhemah. Orang cakap belakang. Dia
diamkan. Dia senyum. Dia menangis. Dalam hati. Tak siapa tahu kecuali dia. Dan
penciptaNya. Pencipta mereka juga. Dia tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu.
Bukan salah mereka. Bukan juga salah dia.
Dia nampak ‘stonefaced’.
Tapi dia juga ada hati. Dia juga ada perasaan. Dia juga ada naluri. Dia ada
semua yang mereka ada. Dia sayang mereka. Dia pernah menangis kerana mereka.
Dia tahu, dia sentiasa ada mereka. Tapi suatu hari, dia merasakan dia bakal pergi
jauh. Tinggalkan mereka. Tapi dia takut mereka akan tinggalkan dia dahulu. Buat
dia terkapai-kapai. Sendiri.
Dia menangis lagi. Dalam hati. She needs someone to talk to
but seems like nobody can be trusted. Including herself. Melainkan Allah. So
she choose to be silence. Cause silence is better. She will never make any noise
again. Ever.
“cintai seseorang kerana kekurangannya. Bukan kerana
kelebihannya. Kerana suatu hari nanti apabila dia kehilangan semua
kehebatannya, hilang juga cinta kita terhadapnya bersama semua kehebatannya.”
“cinta itu dibina atas dasar percaya. Hilang percaya, hilang
cinta.”
maaf. dia terbawa. tidak sengaja. maafkan dia.
she can trust nobody except the Almighty Creator. who did that? she doesn't know. she doesn't what to know.
maaf. dia terbawa. tidak sengaja. maafkan dia.
she can trust nobody except the Almighty Creator. who did that? she doesn't know. she doesn't what to know.
No comments:
Post a Comment