TAKUT.
Tepat 0011 hari Jumaat. Baru habis menangis. Sedih. Mata
masih merah. Panas. Hidung masih tersumbat. Berair. Suara masih serak. Sengau. Pernah
tak rasa diri ni begitu tak berguna dan tak berharga di mata orang lain? Pernah
tak rasa macam tu? Mungkin kita ambil berat pasal dia. Sebab kita sayang dia.
Tapi kekadang kita tak pernah nak jumpa dia, tegur dia on the spot bila dia
buat salah. Sampailah satu masa, semua kesalahan dia terkumpul, diceritakan
pada yang lain, sampai satu dunia tahu yang dia ada buat salah dulu. Bukan
sekali, bukan dua kali tapi banyak kali. Bukan pada seorang, bukan dua orang
tapi sudah beberapa orang. Pernah tak? Seorang sahabat yang baik adalah sahabat
yang sentiasa menegur, memperingati sahabatnya di saat sahabatnya itu melakukan
kesilapan. Bukannya kumpul kesilapan dia banyak-banyak lepas tu bila dah tak
tahan, pergi bukak aib dekat orang lain sampai semua orang tahu kekhilafan yang
dia pernah buat dulu. Mungkin dia buat salah, dia tak sedar apa yang dia dah
buat. Sebagai seorang sahabat, tak salah untuk jumpa terus, dan tegur apa yang
dia buat dengan cara berhemah. Mungkin sesetengah orang, lain cara penyampaian.
Tapi aku, jenis yang menerima segala jenis penyampaian asalkan berhemah.
Kekadang kita hargai nasihat yang orang bagi. Tapi ada satu perkara yang amat
menyedihkan bila kita dapat tahu bahawa orang yang rapat dengan kita selama ni
rupanya pendam perasaan tak puas hati terhadap kita. Sedar-sedar, orang lain
yang sampaikan. Sedar-sedar perkara tu dah jadi bualan. Sedar-sedar perkara tu
dah jadi buah mulut orang. Macam bangkai. Bangkai yang fresh, bila disimpan,
dibiarkan lama-lama akan membusuk dan berulat. Macam tu lah perumpamaannya.
Macam tu jugak lah perasaannya. Macam luka tembakan yang kecil, lambat sampai hospital,
luka tu boleh merebak. Menyebabkan pendarahan yang banyak. Boleh membawa maut.
Kekadang aku takut. Bukan kekadang, tapi baru sekarang aku
rasa takut. Mulai rasa takut. Bila orang di sekeliling kita, yang kita sayang
seolah-olah betray kita. Betray yang macam mana? Mungkin ada yang
anggap itu bukan satu pengkhianatan. Ah, persetankan. Ya, amatlah diakui segala
kesilapan. Tapi sekurang-kurangnya, tuan empunya badan terus datang jumpa,
cakap dan luahkan rasa tak puas hati. Mungkin ada sesetengah tak berani. Bagi
surat mungkin sudah kurang relevan bukan? Pernah je aku bergaduh teruk dengan
adik perempuan aku sampai tulis surat dua mukasurat panjangnya. Aku akui,
terkadang aku seorang yang sentimental. Aku sensitive. Aku mudah menangis. Tapi
aku rela dengar apa terbuku di hati masing-masing sendiri, daripada dengar rasa
tak puas hati itu dari mulut orang lain. Itu buat aku sedih. Sumpah sedih.
Sangat sedih. Pedih. Terluka. Ada rasa sedikit terhina. Tapi terima kasih.
Masih rasa disayangi diatas keperihatinan semua. Ya, perihatin. Terima kasih
untuk itu. Tapi masih lagi aku terluka dan sedih. Hanya rakan di bilik itu yang
melihat tangisan aku. Hanya mereka yang tahu bagaimana teruk aku menangis.
Alhamdulillah aku tidak menghidap asthma.
Kalau ada, mungkin aku tak akan berada di sini untuk menaip bebelan yang
panjang lebar ini.
Barisan ini barisan kita. Kita punya, kita sayang, kita
cipta, kita pelihara. Barisan ini barisan kita. Kita benih, kita semai, kita siram, kita baja, kita
jaga. Barisan ini barisan kita. Kita lihat, kita betulkan, kita kemaskan , kita
satukan, kita luruskan. Barisan ini barisan kita.
No comments:
Post a Comment