JANUARI
§ Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
§ Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
§ Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
§ Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
§ Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
§ Pandai mengambil hati orang lain.
§ Pendiam kecuali telah dirangsang.
§ Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
§ Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
§ Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
§ Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
§ Cukup sayang pada kanak-kanak.
§ Suka duduk di rumah.
§ Setia pada segala-galanya.
§ Perlu belajar kemahiran bersosial.
§ Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
§ Berfikiran abstrak.
§ Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
§ Bijak dan pintar
§ Berpewatakan yang mudah berubah.
§ Mudah menawan orang lain.
§ Agak pendiam.
§ Pemalu dan rendah diri.
§ Jujur dan setia pada segalanya.
§ Keras hati untuk mencapai matlamat.
§ Tidak suka dikongkong.
§ Mudah memberontak apabila dikongkong.
§ Suka kegiatan yang lasak.
§ Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
§ Mudah mempamerkan marahnya.
§ Tidak suka benda yang remeh-temeh.
§ Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
§ Sangat berani dan suka memberontak.
§ Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
§ Pemerhatian yang tajam.
§ Suka hiburan dan sukan.
§ Suka benda yang bersifat seni.
§ Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
§ Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
§ Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
§ Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
§ Berpesonaliti menarik dan menawan.
§ Mudah didampingi.
§ Sangat pemalu dan pemendam rasa.
§ Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
§ Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
§ Suka pada kedamaian.
§ Sangat peka pada orang lain.
§ Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
§ Tidak cepat marah dan sangat amanah.
§ Tahu membalas dan mengenang budi.
§ Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
§ Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
§ Suka berangan-angan.
§ Suka melancong.
§ Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
§ Kelam kabut dalam memilih pasangan.
§ Suka dengan hiasan rumahtangga.
§ Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
§ Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
§ Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
§ Sangat aktif dan dinamik.
§ Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
§ Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
§ Punya daya mental yang sangat kuat.
§ Suka diberi perhatian.
§ Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
§ Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
§ Sangat berani dan tiada perasaan takut.
§ Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
§ Emosi cepat terusik.
§ Cuba kawal perasaan.
§ Kecenderungan bersifat pendendam.
§ Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
§ Kuat daya ingatan.
§ Gerak hati yang sangat kuat.
§ Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
§ Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
§ Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
§ Keras hati & tegas.
§ Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
§ Pemikiran yang tajam.
§ Mudah marah apabila tidak dikawal.
§ Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
§ Perasaan yang amat mendalam.
§ Cantik dari segi mental & fizikal.
§ Tidak perlu dimotivasikan.
§ Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
§ Mudah dipujuk.
§ Bersikap sistematik (otak kiri).
§ Suka berangan.
§ Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
§ Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
§ Daya khayalan yang tinggi.
§ Permikiran yang tajam.
§ Pandai berdebat.
§ Fizikal yang baik.
§ Kelemahan sistem pernafasan.
§ Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
§ Tidak berapa suka duduk di rumah.
§ Tidak boleh duduk diam.
§ Tidak punya ramai anak.
§ Rajin dan bersemangat tinggi.
§ Agak boros
JUN
§ Berfikiran jauh & berwawasan.
§ Mudah ditawan kerana sikap baik.
§ Berperangai lemah lembut.
§ Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
§ Idea yang terlalu banyak di kepala.
§ Bersikap sensitif.
§ Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
§ Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
§ Bersikap suka menangguh-nangguh.
§ Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
§ Cepat marah & cepat sejuk.
§ Suka bercakap & berdebat.
§ Suka buat lawak & bergurau.
§ Otaknya cerdas berangan-angan.
§ Mudah berkawan & pandai berkawan.
§ Seorang yang sangat tertib.
§ Pandai mempamerkan sikap.
§ Mudah kecil hati.
§ Mudah kena selsema.
§ Suka berkemas.
§ Cepat rasa bosan.
§ Sikap terlalu memilih & cerewet.
§ Kurang mempamerkan perasaan.
§ Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
§ Suka pada barang yang berjenama.
§ Mudah menjadi eksekutif.
§ Kedegilan yang tidak terkawal.
§ Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
§ Sangat suka didamping.
§ Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
§ Agak pendiam kecuali dirangsang.
§ Ada harga dan maruah diri.
§ Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
§ Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
§ Sangat menjaga hati orang lain.
§ Sangat peramah.
§ Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
§ Berjiwa sentimental.
§ Jarang berdendam.
§ Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
§ Tidak suka benda remeh-temeh.
§ Membimbing cara fizikal dan mental.
§ Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
§ Layanan yang serupa terhadap semua orang.
§ Tinggi daya simpati.
§ Pemerhatian yang tajam.
§ Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
§ Mudah dan rajin belajar.
§ Suka muhasabah diri.
§ Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
§ Suka mendiamkan diri.
§ Suka duduk di rumah.
§ Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
§ Tidak agresif kecuali terpaksa.
§ Lemah dari segi kesihatan perut.
§ Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
§ Minta disayangi.
§ Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
§ Terlalu mengambil berat.
§ Rajin dalam membuat kerja
OGOS
§ Suka berlawak.
§ Mudah tertawan padanya.
§ Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
§ Berani dan tidak tahu takut.
§ Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
§ Pandai memujuk orang lain.
§ Terlalu pemurah & bersikap ego.
§ Nilai harga diri yang sangat tinggi.
§ Dahagakan pujian.
§ Semangat juang yang luar biasa.
§ Cepat marah & mudah mengamuk.
§ Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
§ Sangat cemburu.
§ Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
§ Cepat berfikir.
§ Fikiran yang berdikari.
§ Suka memimpin & dipimpin.
§ Sifat suka berangan.
§ Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
§ Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
§ Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
§ Belajar untuk bertenang.
§ Sikap kelam kabut.
§ Romantik, pengasih dan penyayang.
§ Suka mencari kawan
SEPTEMBER
§
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
§ Sangat cermat, teliti & teratur.
§ Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
§ Pendiam tapi pandai bercakap.
§ Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
§ Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
§ Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
§ Sangat sensitif yang tidak diketahui.
§ Seorang yang banyak berfikir.
§ Daya pentaakulan yang baik.
§ Otak bijak & mudah belajar.
§ Suka mencari maklumat.
§ Kawal diri dari terlalu mengkritik.
§ Pandai mendorong diri sendiri.
§ Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
§ Suka sukan, hiburan & melancong.
§ Kurang menunjukkan perasaannya.
§ Terluka hatinya sangat lama disimpan.
§ Terlalu memilih pasangan.
§ Sukakan benda yang luas.
§ Bersistematik
OKTOBER
§ Suka berbual.
§ Suka orang yang sayang padanya.
§ Suka ambil jln tengah.
§ Sangat menawan & sopan santun.
§ Kecantikan luar & dalam.
§ Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
§ Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
§ Sentiasa berkawan.
§ Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
§ Cepat marah.
§ Macam pentingkan diri sendiri.
§ Tidak menolong orang kecuali diminta.
§ Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
§ Tidak suka terima pandangan orang lain.
§ Emosi yang mudah terusik.
§ Suka berangan & pandai bercakap.
§ Emosi yang kelam kabut.
§ Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
§ Suka melancong, bidang sastera & seni.
§ Pengasih, penyayang & lemah lembut.
§ Romantik dalam percintaan.
§ Mudah terusik hati & cemburu.
§ Ambil berat tentang orang lain.
§ Suka kegiatan luar.
§ Seorang yang adil.
§ Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
§ Mudah patah semangat
NOVEMBER
§ Banyak idea dalam perkara.
§ Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
§ Berfikiran kehadapan.
§ Berfikiran unik dan bijak.
§ Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
§ Pemikiran yang tajam.
§ Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
§ Sesuai jadi seorang doktor.
§ Cermat dan teliti.
§ Personaliti yang dinamik.
§ Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
§ Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
§ Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
§ Terlalu degil dan keras hati.
§ Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
§ Tak suka marah kecuali digugat.
§ Mudah ambil berat terhadap orang lain.
§ Pandai muhasabah diri.
§ Cara berfikir yang lain dari orang lain.
§ Otak yang sangat tajam.
§ Pandai mendorong diri sendiri.
§ Tidak hargai pujian.
§ Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
§ Cuba sampai berjaya.
§ Badan yang sasa.
§ Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
§ Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
§ Suka duduk d irumah.
§ Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
§ Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
§ Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
§ Bercita-cita tinggi.
§ Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
§ Sangat setia dan pemurah.
§ Bersifat patriotik.
§ Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
§ Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
§ Bercita-cita tinggi.
§ Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
§ Seronok bila didampingi.
§ Suka bercampur dengan orang.
§ Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
§ Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
§ Tidak pandai berpura-pura.
§ Cepat marah.
§ Perangai yang mudah berubah-ubah.
§ Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
§ Benci pada kongkongan.
§ Suka berlawak.
§ Pandai buat lawak dan berfikiran logik
so, just evaluate who actually you are~ (^_~)*
credits to: syu honeybee~
No comments:
Post a Comment