Jom Follow ^_~

Monday, July 30, 2012

Islam dihina, kita harus pertahankan!

Baru tadi aku terjumpa satu group ni suruh report page ni untuk hapuskan page ni dekat facebook . nama page tu aku tak sanggup nak cakap. korang boleh tengok kat bawah ni, ada link tu, KLIK SINI .

Then kat situ ada sorang kafir tu mencabar sesiapa saja orang Isalm untuk jawab soalan-soalan ni. Aku dah printscreen, ada banyak soalan dia. So, korang yang tahu dan ada hujah yang padu untuk jawab tolong lah jawab soalan mereka-mereka yang kafir dan jahil ni. Demi Islam, kita berkongsi ilmu, kita berjuang.

Klik gambar untuk besarkan saiz gambar ni.
Jom umat Islam, kita berkongsi Ilmu. Buka mata mereka-mereka ni semua. Allahuakbar!

Sunday, July 15, 2012

Lirik Lagu : Cinta Terluhur - Shahira

Time duduk dalam bas Seranas, balik dari Kompleks PKNS Shah Alam tiba2 aku teringat satu lagu ni. Lagu ni dah lama dah, time aku sekolah menengah, adalah lebih kurang enam tahun lepas camtu. Lagu ni takdelah famous sangat and meletup tapi time tu lagu ni selalu la jugak diputarkan kat corong2 radia. So, aku dengan gigihnya mencari lagu ni dekat youtube dengan harapan jumpa. Alhamdulillah, jumpa. Lepas tu, apa lagi, siap download, dengar puas2. Siap catat lagi liriknye. :)


Cinta Terluhur - Shahira

Tak perlu lagi mencari
Apa ertinya kasih
Bila ada disini

Tak perlu lagi berduka
Khayalan jadi nyata
Kembaraku berakhir sudah

Jalinan teristimewa, diantara aku dan si dia
Asmara membara

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur

Tak pernah pula menduga
Ku merasa bahagia tika hayat masih ada
Kehadiranmu menyubur kesuraman jiwaku
Kegemilangan penuh cahaya

Jalinan teristimewa, diantara aku dan si dia
Asmara membara

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur

Agungnya rasa cinta
Kurnia maha Esa
Mohon tiada hujungnya
Moga ke akhir masa...

Dunia pejamkan matamu
Pada kasihkan curahkan hanya padanya sepenuh jiwa
Kekasih bukalah hatimu
Kan terbinalah seteguh yang kau dambakan
Cinta terluhur
Selalu..

Wednesday, July 11, 2012

with or without make up? anda tentukan :)

orang kata, make up atau dalam ejaan melayu nye mekap tu penambah seri kejelitaan wanita.
 ada yang kata mekap tu shows the level of confidence. tak kurang pula yang kata mekap tu penutup cela. semua jawapan tu bergantung pada pendapat individu masing-masing. tak salah nak menyuarakan pendapat. 
betul tak?

bagi aku, mekap tu bukanlah segala-galanya. macam aku. hanya mekap bila rajin je, time ada event ke, macam dinner or etc. kiranya time-time tertentu jelah, bila malas, memang tak la. takde masa kot nak ber-blushing, ber-eye shadow bagai. kalau nak cepat, pastu nak mekap simple, aku just kenakan bedak, liquid or eyeliner pusing (yang AVON tu) pastu lip ice. itu je. aku tak minat pakai lipstick. sebab dia macam erh. hahaha. entah. tak selesa sikit barangkali. tapi kalau time event macam yang aku cakap tadi tu, bolehla.

tapi, perempuan ni kalau bab-bab bermekap, aku rasa tak perlulah nak over sangat sampai orang tengok pun takut. just pakai cam ala-ala kadar je. orang kata apa tu, ''tacap tacap (touch-up) sikit je" kan. haa,
kalau dah over sangat tu, mula lah, blusher pipi kiri terang sangat, kanan pudar sangat, tambah pipi kanan. pastu yang tu terang sangat, yang ni pudar sangat. tambah lagi, tambah lagi. last last jadi macam mak hayam. haa, kau nak? taknak kan? haa, so, bersederhanalah dalam pelbagai perkara :)
me with make-up :)


tadaa! without make-up. not bad kan? :)

Tuesday, July 3, 2012

bahagia itu sentiasa ada. subhanallah :)

melihatkan status kawan kawan aku dekat facebook yang sibuk dan hangat bercerita tentang pernikahan Irma Hasmie dan suaminya Redza, aku jadi tertarik nak tahu, apa yang sweet sangat sampai ada yang mengalirkan airmata bila dengar cerita diorang. mula mula tu ada la jugak aku search kat youtube tapi tak jumpa lah pulak. haha. agak noob disitu ye. aku pun taip la "pernikahan irma hasmie" tapi yang keluar bidio ni pulak. apa apa pun, aku layan jelahh. sweet jugak kisah diorang. jumpa time tunaikan umrah, dekat tanah suci Makkah. tapi perkenalan diorang melalui mak si Redza ni. aihh, banyak pulak aku cerita. nak tahu further story, tengok bidio bawah ni, kisah yang diceritakan oleh Irma sendiri.

Subhanallah, Maha Suci Allah.. sweet sangat sangat kisah diorang. semudah dan sesingkat itu je perkenalan diorang. rasa sejukkk je hati aku dengar cerita diorang. takdelah macam bertahun tahun caouple, pastu putus bodo camtu je ditengah jalan. tapi kalau jodoh panjang tu kira Alhamdulillah la kan. :)
mula-mula tu kecewa ah jugak sebab takdapat tengok bidio nikah diorang, tapi tadi bila aku bukak je blogger dashboard, mata aku tertancap kat satu entry ni, tajuk dia lebih kurang "bahagia.alhamdulillah" macam tu la. ini sudah bagus. salah satu dari blog yang aku follow ada buat entry pasal pernikahan diorang - ekceli bidio je punn. takpelah, so aku pun meringankan jari jemari aku yang dalam proses 'peruncingan' ni meng-click link yang tertera tu. dan, inilah yang aku jumpa.. jeng jeng jeng~ ini sebenarnya bidio pre-wed diorang, after diorang nikah. apa barang buat pre-wed before nikah. harommm tu. kankankan. duk pegang pegang, romentik romentik sana sini. hehe. no offence ek, aku pun bukannye baik sangat. ops. lalalala~ abaikan (sambil buat muka toya =,=) So without further a do,jom tengok yang ni pulak. Ya Allah, sweet nyaaa diorang ni. aku rasa tenanggg je hati ni bila tengok Irma bertudung likup camtu, takde bukak-bukak. moga-moga mereka berdua kekal hingga jannah yang kekal abadi. Aminnnn ;')
Sweet kan? kan? kannn? Sweet sangat sangat. even takde pun scene peluk peluk ke, cakap "kiter sayam awak ketat-ketat" ke, cakap "ailerfyu till my last breath" ke, tapi tetap sweet. kan? pertemuan mereka seolah-olah diatur oleh Allah S.W.T. Benarlah firman Allah dalam salah satu verse dalam kitab suci Al Quran, surah An-Nur ayat 26 yang berbunyi, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". terang-terang dah nampak, kan? Maha Suci Allah, Pemilik Segala Cinta :) Alhamdulillah, at last aku jumpa jugak bidio pernikahan diorang, yang di shoot khas oleh awanstudio Malaysia. sedangkan aku yang menonton ni pun terkelu dan terkedu patah seribu seribu bahasa, jantung berdebar debar dan menyebabkan adrenalin mengalir laju dan darah berderu deru, inikan pula Irma Hasmie yang menanti, dan Redza sendiri yang akan melafazkan akad pada hari pernikahan mereka. (ceit gila formal ayat aku kalah pengacara majlis) Tapi aku suka cara MC tu acarakan majlis, bravo bravo bravo to both of youu, (clap clap ^_^(Y) ) sebab suara suspense meraka adalah salah satu sebab kenapa adrenalin aku mengalir deras macam Bullet Train kat Jepun tu. jom cekidaut :)
meremang bulu roma tengok video ni. bukan sebab seram ke, apa ke, tapi sebab terpegun dengan keindahan yang sedang aku saksikan. two thumbs up (Y) (Y) Subhanallh, ternyata bahagia itu sentiasa ada walaupun seseorang tu sudah tidak lagi berada dalam dunia 'lama' nya, yang dulu pergaulannya tanpa ada batas, dan bebas. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Tahniah buat Irma Hasmie dan Redza, moga bahagia dan kekal abadi hingga ke syurga :)
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خي

Monday, July 2, 2012

encik abang sayang :)

selamat pagi. mula mula nak express my fully gratitude kepada encik Shahrul Rahman yang dah approve friend request aku tadi. hahaha. eksaited rase lepas kena remove haritu. okay, janji lepas ni dah taknak buat kau sentap dah. sorry tau. hehe. even kadang kadang "Sorry seems to be the hardest word" - bak kata lagu yang si falla.lala nyanyi kat aku malam tadi. sumpah awkward gila rasa lepas kau remove aku dari friendlist kau. yelah, selalu ada je DP kau berlegar legar dekat home tu, dekat chat kat tepi tu, tetiba takde pulak. duhh. haha. weyy jangan pikir lain pulak. haha.

encik abang sayang dah tiga minggu dekat PULAPOL Air Hitam. tiga minggu tak ber-meses perasaannya sangat lah awkward memula tu, tapi alah bisa tegal biasa. dapatlah aku adaptkan diri dengan environment bila meses-meses dia dah tak berlegar legar kat screen henpon aku ni. memula tu nangis nangis ah jugak, sebab nyesal selalu ignoreeee je dia. ahh, takdelah bukan ignore, just time tu busy nak prepare dinner lah segala bagai. haa, dahh encik abang sayang tu ter-ketinggalan, ter-cicir pulak kat belakang. nasib baik sempat kutip balik. awak, awak jangan merajuk lama lama tauu nanti kiter rindu. :P

homaigaddd :(

betapa sayangnye dia kat aku, sanggup call beratus kali even tak jawab.
sob sob :'(
ps:time ni fon takde battery.

nasib baiklah encik abang sayang seorang yang memahami, so dia takdelah merajuk lama lama. pehhh, aku dah rasa macam blog wanita hamil dah ni. umpama wanita hamil yang sedang membiasakan diri dengan keadaannya yang sering morning sicknes, nausea, and bla bla bla. hahaha.

aku rasa dah tak mampu nak menaip lama lama dan panjang panjang berjela seperti yang sering di-commit oleh cik falla.lala yang tomey dan ber-curvy itu ye. hahaha. ohhh, siaplah kau. aku dahh tahu apa yang kau buat. JIJAH THE MAK JEMAH ye kau panggil aku? nanti kau. nanti. hahaha.

Sunday, July 1, 2012

hampa.

denggg =,=

malam tadi punyelah semangat aku berjanji dengan si falla.lala yang comel lagi curvy body shape nye selepas consume Herbalife untuk berjoging di stadium UiTM, siap nak terbang dari Melati ke Teratai lagi semata mata semangatnya nak berjoging. last last cancel. kahkahkah. acaner ni nak kurus? haishhh.