1.Aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi peluang hidup di atas muka bumi Allah ini untuk berbakti sebagai seorang muslim, anak, cucu, kakak, sepupu, anak saudara, kekasih, etc. di atas muka bumi ini.
2.Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada aku-elaun PLKN, iaitu wang insuran sebanyak RM700.00 yang diclaim oleh aku dulu disebabkan kecederaan di kaki kiriku(crack) ketika bermain futsal.
3.Aku bersyukur kerana masih punya mak dan bapak yang amat menyayangi anak-anaknya, juga seorang nenek yang sedia membantu keluarganya ketika dalam kesempitan(she deserves to called the 'Super Nenek'..hihi)
4.Aku bersyukur kerana masih punya adik-adik yang amat aku sayangi,-mereka juga menyayangi aku(aku tahu itu).
5.Aku bersyukur masih punya saudara-mara,dan kami hidup damai.
6.Aku bersyukur masih punya Si Dia, yang aku cinta.InsyaAllah, hingga akhir nanti(semoga Allah memanjangkan jodoh kami.ameen..)
Sebenarnya ini masih lagi bukan isi utama post aku pada hari ini.Kalau dilihat pada tajuk post aku iaitu 'cinta aku dan dia'...Si dia yang aku maksudkan, readers akan tahu kejap aje lagi. So, harap bersabar. Baiklah, sebenarnya aku rasa hari ini adalah hari yang istimewa sekali. Mengapa?
Alhamdulillah, hari ini genap 6 bulan percintaan kami.Dan aku sangat bersyukur, punya kekasih seperti dia.Hari ini juga, aku tidak malu untuk menyatakan aku sangat mencintai dia.Tulus dari hatiku yang paling dalam.Terima Kasih ya Allah, Kau telah kurniakan aku dia yang amat memahami.So, hari ini aku buat post yang aku kira post yang istimewa.Khas untuk dia.
Warkah CINTA Buat Kekasih*
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Pemilik segala CINTA...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Buat Aiz yang paling Jijah sayang.Hati Jijah berbunga bercampur debaran yang tak terhingga waktu Jijah menulis warkah ini untuk Aiz.Mata nie berkaca.Tak tau lah kenapa.Rasa seolah-olah ada sesuatu yang nak keluar dari mata nie.Tapi Jijah tahan.Mungkin Jijah terlalu excited untuk tulis surat nie untuk Aiz, dan tak sabar untuk bagi Aiz baca surat nie.
Aiz, hari nie genap 6 bulan percintaan kita.Mungkin orang lain anggap baru sekejap, dah excited tapi bagi Jijah, tak.Ianya macam satu kejayaan bagi kita sebab mampu bertahan selama ini, InsyaAllah, akan mampu bertahan buat selamanya, dengan izin dariNya.
Dalam tempoh 6 bulan nie, macam-macam benda yang kita lalui bersama.Sejak kita berada di kem, hinggalah sekarang.Walaupun lepas tamat latihan kita dah langsung tak pernah jumpa, namun cinta nie tetap kukuh di hati.Jijah masih ingat kali pertama kita bercakap.Waktu tu kat kem.Kadang-kadang Jijah rasa tak sangka, hubungan kita boleh sejauh nie, tapi Jijah tau, ini semua kuasa Allah.
Dulu, Jijah 'anti' sangat dengan Aiz.Hehe..Sebab insiden kat kem tu lah.."KKJ".Bagi yang tau, tau la..Sejak insiden tu, nak tengok muka Aiz pun tak ingin.Mungkin sebab geram sangat kut.Lama kelamaan, rasa biasa, dan mula lupakan insiden yang berlaku sebab waktu tu hanya berpegang pada prinsip, ''ketua company kena berkerjasama..''.So, Jijah dah pun lupakan insiden tu.Tapi kita tak pernah sekali pun bercakap, even bertegur pun tak pernah. Ingat lagi waktu tu, dalam mesyurat antara squad leader,Jijah laa yang paling diam dan tak pernah langsung bercakap.Hanya tersenyum dan kadang-kadang angguk aje, tanda setuju dengan idea-idea orang lain.Waktu tu still malu-malu.Lepas dah famous ckit, baru laa Jijah start buang perasaan malu untuk bersuara.
Aiz, sepanjang 6 bulan percintaan kita nie, dah banyak sangat perkara yang kita dah lalui bersama.Waktu susah, senang, sedih, gembira..Terima kasih untuk segala-galanya, sayang.Aiz sentiasa ada untuk Jijah waktu Jijah sedih.Aiz pujuk Jijah dan ajar Jijah untuk jadi seorang gadis yang tabah dan kuat.Sebab Jijah kuat menangis.hehe...Terima kasih sangat-sangat untuk itu.Aiz sentiasa buat Jijah ketawa kalau Jijah takde mood.Aiz akan buat lawak, dengan cerita-cerita yang mengarut sampai laa Jijah ketawa.Aiz suka usik Jijah.kadang-kadang Aiz saje nak buat Jijah jelaous dengan cerita pasal kisah perempuan mane ntah, sampaila Jijah terdiam.Tiba-tiba Aiz gelakkan Jijah sebab Aiz dah berjaya buat Jijah cemburu.Aiz, memang Jijah cemburu sangat-sangat kalau cerita tu semua betul.Tapi Jijah percayakan Aiz, dan Jijah tau Aiz takkan buat benda-benda macam tu.Jijah sayang Aiz sangat-sangat.
Tapi Jijah jugak nak minta maaf dengan Aiz sebab Jijah sedar, Jijah nie banyak sangat kekurangan.Tak macam orang lain.Jijah selalu buat Aiz tertunggu-tunggu.Jijah pelupa.Jijah selalu buat Aiz geram, kadang-kadang sakit hati dengan perangai Jijah yang 'melampau'.Jijah selalu tertidur waktu Aiz call.hehe....Kesian Aiz kan..?Jijah minta maaf sangat-sangat sebab semua tu.Tapi Jijah sumpah, Jijah tak pernah pun menduakan aiz, even terniat pun tak pernah.Sebab Jijah sayang ,Jijah cinta Aiz.
Aiz, ingat kan..Aiz selalu tanya soalan macam-kenapa Jijah sayang Aiz?, macam mana Jijah boleh cinta Aiz?, Kenapa Jijah sanggup terima Aiz jadi kekasih?,..Dan banyak lagi..Mungkin sekarang Jijah masih belum boleh bagi jawapannya, tapi, Jijah janji, suatu hari nanti Aiz juga akan tahu jawapannya.Jawapannya ada, cuma tunggu masa aje.Tapi percayalah, takde maksud yang buruk pun.Ingat kan,Jijah selalu cakap pada Aiz, 'cinta tu anugerah Allah.' so, cinta tu takkan datang tanpa izin Allah.
Aiz, Jijah harap hubungan cinta nie akan kekal sampai bila-bila, InsyaAllah.Dan Jijah akan cuba untuk jadi yang terbaik walaupun Jijah tau, Jijah takkan boleh jadi sempurna.Bagi Jijah, Aiz lah yang terbaik, yang pernah Jijah miliki.Terima kasih sebab hadir dalam hidup Jijah, Terima kasih sebab sudi jadi BULAN Jijah..Jijah sayangkan aiz.Jijah cinta Aiz.Jijah harap, hubungan nie kekal....Sampai bila-bila..
thanks sebab bagi Jijah semangat.. |
thanks jugak sebab bagi Jijah cinta.. |
Hanya buatmu, Aizuddin bin Ali..
Sayang abg..
Assalamualaikum..
Yang Tulus Mencintaimu