Jom Follow ^_~

Tuesday, October 19, 2010

membakar cinta yang sebenar2 nya di DUNIA dan mendapat redha Allah & Rasul..-sempurnakan HIDUPMU!

Kalau korang rasa belum berkeinginan untuk berubah, tolong keluar segera dari pagi nie sebab nasihat nie hanya untuk yang benar-benar ingin menggapai cinta Allah di dunia...Dan sebarang komen, harap yang datang tulus dari hati korang.Aku hormat korang, so korang pun kena hormat aku kan..?And aku tak kisah sebarang komen sama ada pujian atau kutukan, Yang pasti aku tak mahu ada sebarang perselisihan faham atau makian walau menggunakan bahasa yang agak sarcastic..InsyaAllah....


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHEEM....
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.....

Inilah nasihat dari seorang INSAN ISTIMEWA...Yang mengasuhku sejak kecil,yang menjadi temanku ketika aku sunyi, yang menghiburkan aku ketika aku menangis dek terjatuh dalam menempuh arus hidup yang penuh liku2 ini.. Dia tidak pernah menagih apa2 dari anaknya ini sekalipun menagih kejayaan dari anak-anaknya namun dia sentiasa mendoakan YANG TERBAIK untuk anaknya-"Allah tahu yang terbaik untuk kita,"..Kerana itulah dia tidak pernah mengharap apa-apa balasan atau ganjaran daripada anaknya.

subhanallah..MAHA SUCI ALLAH!

Subuh pagi ini aku dan angah berjemaah bersama INSAN ISTIMEWA itu.Dia adalah permaisuri hatiku.Dia adalah segala-galanya dalam hidup kami-tidak melebihi ALLAH, kerana HANYA ALLAH cinta yang PALING AGUNG.
Setelah solat subuh, dia merenungku dalam-dalam sambilberkata,"kakak, dah baca 'QALBUN SALIM'..?"

QALBUN SALIM / OBOR KEHIDUPAN

Inilah senarai 'bahan' yang MEMBAKAR CINTA dalam JIWA di dunia.Baca dan hayati.Moga-moga menjadi pedoman untuk kita semua.

  • Untuk hubungan dengan Allah..... PELIHARALAH SOLAT! (bukan setakat pura2 baik dgn smua org)
  • Untuk hubungan dengan Rasulullah..... AMALKAN SUNNAH DAN BANYAKKAN SELAWAT! (bukan setakat tau bernasyid tapi tak menghayati)
  • Untuk hubungan sesama manusia..... JAGALAH LIDAH! (bukan rasuah)
  • Untuk mendapat keberkatan hidup..... BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPA! (bukan berbomoh)
  • Untuk mendapat hidayah dari Allah..... CARILAH PANDUAN AL-QURAN! (bukan pura2 alim)
  • Untuk mendapat kemuliaan hidup..... BINALAH AKHLAK YANG MULIA! (bukan publisiti murahan)
  • Untuk mendapat keceriaan wajah..... BANYAKKAN SENYUMAN! (bukan plastic surgery)
  • Untuk mendapat ketenangan jiwa..... BANYAKKAN ZIKRULLAH! (bukan layan lagu2 korea/rock/jiwang karat/melekakan)
  • Untuk terhindar dari keresahan..... JAUHILAH DOSA DAN MAKSIAT! (bukan resah menunggu bf/gf yang sekian lama tak kunjung tiba)
  • Untuk kehidupan yang damai..... JAUHILAH PERMUSUHAN! (bukan setakat tahu menderma utk "tabung keamanan" dunia)
  • Untuk mendapat keluasan rezeki..... BANYAKKAN BERSEDEKAH! (bukan buat 'ibu duit' or main "TOTO")
  • Untuk mendapat kejayaan..... JADILAH INSAN YANG BERTAQWA! (bukan blajar tinggi2 dan jadi bongkak)
  • Untuk dapat keampunan Allah..... BANYAKKAN TAUBAT!
  • Untuk mendapat kasih sayang..... SEBARKAN SALAM DAN KEBAIKAN! (bukan guna minyak pengasih)
  • Untuk mendapat anugerah syurga..... JADILAH HAMBA ALLAH YANG TAAT! (bukan sibuk cari publisiti utk 'anugerah bintang PALING popular'..!!)


Jadi kawan-kawanku, inilah dia QALBUN SALIM / OBOR KEHIDUPAN yang akan buatkan kesempurnaan kita hidup kat atas dunia nie makin bertambah-tambah.Amalkan selalu, semoga kita sama-sama jadi hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa menggapai cintaNya. InsyaAllah....

tiada yang lebih MULIA melainkan ALLAH...

No comments: