Jom Follow ^_~

Saturday, September 24, 2011

kita.

Ini adalah aku.


Ini pula kau.


AKU + KAU = KITA

Dan ini adalah kita.


segalanya jadi sempurna.
adanya KITA.
<3

Thursday, September 22, 2011

merempit kat facebook?ouh, please no!

''Buchurkk, bebiey chayunk gilerw at buchurkk. Muahxx~''
''Awuck, titerw winduw awuck shanad-shanad~ aww''
''Aq mung bengang ilew at brader sowunk nieyh. Asew cam nuck lewmpang jewh~''

Aku yakin dan teramat pasti yang kalian semua pernah ter baca atau TERtulis perkataan dan ayat-ayat macam yang display kat atas ni kan? Err. Satu je aku nak tanya.
''Korang/ Diorang ni tak rasa eeeuuww/geli/pfftt ke bila menulis ayat-ayat camtu? tak rasa bersalah ke bila dah merosakkan bahasa Melayu?''
Pada pendapat aku lah kan, orang-orang yang tulis macam ni bukannya gedik atau ape. aku faham, korang ni jenis nak bermanja-manjaan dengan boipren/gelpren korang tapi sekurang-kurang nya berpada-pada lah. Bak kata orang,''agak-agak ah broo''. Lebih kurang la. Dan SNAP, aku dah tangkap sorang hamba Allah yang guna perkataan agak rempit tengah malam tadi. haha. Dan dan je aku terus komen.
sangat tak boleh bla. kikiki ^O^
Nama dan gambar tuan punya status ni aku blank kan untuk tidak memalukan empunya badan. Kan berDOSA bila membuka aib orang laain. Kan? Hee. Jangan marah ea, kalau tuan punya status terbaca entry aku ni. Bila aku perhatikan, ramai sebenarnya blogger dan para pengguna facebook yang kesal dan agak kecewa dengan cara penulisan muda-mudi zaman sekarang. Acewahh. Berlagak tua padehal umur baru 19. Haha. Contohnyaa....
Siap nak invent kamus rempit lagi sebab pengguna bahasa rempit ni dah semakin menular di Malaysia. Takut-takut mereka guna bahasa rempit ni time menulis esei dalam exam. Haha. cayalah, kak Fenny ^_^
Nampak sangat dah semakin parah kan? Nasib baik lah blogger ni ber baik hati nak tolong invent kan kamus rewmphirt niew. Jadi, pihak DBP, sila ambil perhatian. i rasa you all kena buat sesuatu untuk elak bahasa rempit ni kian menular.
Nah, ni lagi satu blogger yang perihatin tentang kes rempit punya bahasa ni
diari Cikross *lovelove
Haiyyyarkk! Aku rasa nak lempang je bila nampak orang tulis menggedik bagai macam ni. Haha. Geram tahu takk. Cuba korang tulis gitu, lepas tu korang praktikkan cakap macam tu. Memang style der wa cakap lu. Haha. Dan vlogger pun tak kurang juga perihatin terhadap masalah yang kian berleluasa saban hari tak kita di kammpung juga di kota metropolitan kini. Cewahh.
Haha. Okey, siapa tak kenal encik yang hensem ni, sila tekan lambang pangkah kemudian shut down komputer, laptop serta segala alat peranti yang anda gunakan ketika membaca coretan ini dan tidur.SEmoga beliau masuk dalam mimpi anda. Ini Anwar Hadi lah. Siapa tak kenal baginda beliau? Hee.

Dan harapan saya, gunalah bahasa kebangsaan kita dengan sebaik mungkin. Kalau dah tak reti sangat eja betul-betul dalam bahasa melayu, kau speaking jelah. Chill ^_^

ps: jangan serbu aku lepas ni, lepas tu kutuk-kutuk aku pulak. tak moo, tak moo. hihi.

Wednesday, September 21, 2011

manusia cepat berubah.

Assalamualaikum.
Di sini saya ingin meluahkan.
Awak semakin banyak berubah. No. It's not me. Its you who changed a lot. Yes. A lot.
Satu je nak tanya.
Kenapa?

Monday, September 19, 2011

aku rasa kau dah berubah 360 darjah! :'(

tolonglah. okey sekarang aku sedang manaip entry ini dengan linangan airmata and I'm shaking BADLY like hell right now. Kenapa perlu kau berubah drastik macam ni? Adakah sebab kau rasa aku dah makin jauh? Kau dah tak perlukan aku dalam hidup kau lagi? maaf. Aku menggunakan perkataa AKU dan KAU kali ini. Lebih tepat lagi, dengan emosi aku yang sangat tidak stabil. Tolonglah. Kau kata, ''nak bermanja biar bertempat''. Jadi apa masalah kau sekarang nak cakap macam tu? its only when I rang you up to get you awaken, and i just called you four times, ''abang'' dengan nada yang manja agar kau bangaun, dan tiba-tiba kau meninggikan suara pada aku macam aku ni perempuan simpanan kau, yang kau simpan sekadar untuk dummy kau je? And after that kau terus letak telefon, biarkan aku terpaku macam orang bodoh? Yes, I understand that you are tired after doing night shift last night. Tapi sebelum2 ni pernah kau buat macam tu kat aku? Kalau kau yang nak bermanja dengan aku aku layan je kan? Maaf sekali lagi. Bukan aku nak mengungkit tapi itulah kenyataannya! Time kat koridor kelas kau call aku siap nak ber 'baby-ucuk' lagi, ade aku kisah? Ade aku marah2? Tak kan? Sebab aku ikhlas mencintai kau! Aku sayang kau lah! Dan kali ni aku cakap, ''kalau nak kekal lama''.??? What that's mean? Okey aku buat buat tak faham sebab aku tak nak fikir apa pun yang negatif tentang hubungan kita tapi tolonglah jangan berubah macam ni. At least, kalau kau ada orang lain, tolonglah jujur, mengaku dengan aku. Sumpah, kau LAIN sangat2 hari ni. Kenapa dengan kau?? Kenapa? Tolonglah jawab KENAPA! :'(

Thursday, September 15, 2011

semoga abadi :)

another video of me and him. enjoy :)
p/s: siap letak kat youtube. hehe. Jijah sayang Aiz sangat2!

Tuesday, September 13, 2011

second day. arghhh!

Hari nie malas nak tulis penat-penat sebab sepatutnya enrty ini di post semalam. Tapi takpelah, I'll just show you a few pictures that I've snapped with a lil bit of description.


Okay. Ini pemandangan dari atas fakulti aku. Yang bumbung biru tu tangga ala-ala Batu Caves FSPPP UiTM Shah Alam.


Alhamdulillah, at last aku dah tahu kat mana lokasi surau kat FSPPP ni. My classmate cakap, ada lagi satu kat blok C. Yang ni kat blok D.



Okey yang nie gedik nak amik gambar kaki. Time ni berdiri betul2 kat depan surau. Sementara tunggu kelas CSC bermula. *Last2 xde kelas. Haha. Pfftttt~


balik dari kelas CSC yang takde tu, berjalan di aras bawah Melati. Ceit! Washing machine kat aras BAWAH sekali??? Pe cer dohhh?! memang wadefakkk gila la kan. Sepatutnya each at every level. Nasib baik aku rajin basuh baju sendiri PAKAI TANGAN.


Ni kat pusat sukan. Bercadang nak main alat2 kat sini tapi bila naik je atas memang kecewa tahap gaban sebab APA PON TARAK. haihh. Kemana lahh pulak perginya barang-barang exercise kat sini??


Pemandangan padang 'MAWAR' *ke? dari atas pusat sukan. Mula2 ingat nak jogging kat padang tu. Tiba2 ada khemah pulak. haihh. So, tukar PLAN, jogging pusing UiTM je *actually berjalan je. Tapi memang berpeluh la. :)
Bye!

Monday, September 12, 2011

ok FINE. fakulti baru, MASALAH baru -lah sangat. hOhO~

Ni senyuman yang 'agak' ceria di awal pagi sebelum register classes and whatsoever. Early in the morning, dengan hati yang berbunga-bunga disertai dengan keyakinan yang hebat, aku pun menapak lah menuju ke Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam or as known as FSPPP or FASPS - Faculty of Administrative Science and Policy Studies.
Lepas snap trus MMS kat cik abang :)
Aduyaiii. And after that, senyuman aku bertambah MASIN setelah mengetahui lokasi sebenar-benar fakulti aku! Haha. Nun jauhhhh di puncak sana. *Puncak la sangat kan!
Tangga menuju fakulti FSPPP UiTM Shah Alam.
Dush Dush! Nah, hambik kau. Haha. Sedebuk kena atas perut. *takde kena mengena =.=''
Okey. Satu je nak cakap, Degree memang akan buat aku kurusssssssssss. Haha. Chill babe, hasilnya tak lama lagi. So, sila SOKONG aku! JYEAHH~

Sunday, September 11, 2011

well HELLO Shah Alam...again!

well hello there! Rasa cam dah lama kan aku tak posting entry from my blog nie dari Shah Alam since my first entry in this blog is made in Shah Alam last year, right? Hee. Takdelah, actually rasa macam tak percaya la pulak kan sekarang ni aku dah bergelar student degree. Umur baru 19 kott. Haha. *Tak hairanlah kalau ade akak2 yang terasaaa benor diri mereka dah lanjut usia - well, I'm from foundation kan,so cepat habis and cepat pulak la dapat further degree. Alhamdulillah for that :)
Nak bagitahu ni. Aku tengah bersahur sekarang! Hee. sementara tunggu azan Subuh, better aku taip kejap entry nie. hOhO. malas nak tido- takut terlajak!
Gambar ni aku baru snap okay! bukan curi dari Google! :)
So pagi semalam, bersamaan dengan 11 September 2011, aku dah pun selamat menapak juga mendaftar di UiTM Shah Alam, and this time, I'm staying in Melati College (nama hostel) . A lil bit okay la compared to Mawar College yang baaaaaanyakkkkk gila protokol yang disifatkan sebagai *tahpape. Okay, buat ahli Mawar jangan marah ea, sebab aku tau, makcik-makcik dan pakcik-pakcik Mawar is veeerrrrryyyyy the CEREWET. Haha.

AND malam tadi berlakulah jejak kasih antara kami- the BITTERSWEET plus Abg Nezam Crew *_* wink wink!
Dan lepas kami memenuhkan perut kat Restoran Ayam Dara kat Seksyen 7, apelagi, gerak balik la bro! Haha. Wadehell nak tunggu lama-lama memanaskan bontot je kat tempat tu? Just imagine around 8.30 pm we arrived there and make orders and whatsoever, aroun 9.30 pm makanan baru, and ALMOST lengkap. Haihh. Gila lamaaa punya tunggu sehh~
 Kejap! Dan satu lagi yang aku baru perasan pagi semalam is, WEHHHH, SEKSYEN 7 DAH ADA JEJANTASSS!!!! haha. takdela nak menggadaikan nyawa bagai bila melintas jalan kat Seksyen 7 tu noohh. Kalau tak, aku lah akan jadi stuntgirl kawan-kawan aku-teringat time foundation dulu. Dush Dush! Nah, gambar dia~ Haha. Sempat lagi snap!
well hello Seksyen 7!! -snap using my phone, okay~
Okey orang dah nak azan agaknya! So, this is it! Shah Alam. Heee~

p/s: doakan aku belajar rajin-rajin, doakan aku berjaya, okay! Wee. Dah azan pun :)

selamat datang ke hati saya, kakak :)

well hello peeps! haha. GILA lamaaaaaaaaaa kan aku tak update blog? Ehem. Maklumlah sejak aku jadi orang berkerjaya ni kan. Kerjaya lah sangat ye kawan-kawan, walaupun CASHIER kat Carrefour Kuantan tu jea. Heyy, I tell you lah kan, gaji masyuuukkk derrr. RM5 sejam. Tapi dalam sehari tu kau kena kerja maksimum nya 12 jam ke atas (bayangkan berapa kau boleh dapat sebulan! Beriban wa cakap lu!!) sampai meleleh segala jenis air dalam badan kau tu, termasuk air Hidung, juga air teeeetttt*. HAHA. OK tu gurau. Okay aku nak cepat-cepat habiskan taip entry ni sebab perut aku dah memulas bagai dah macam hape dah ni.

Tiba-tiba teringat pulak kisah aku tiba-tiba touching gila dengan Kak Jenn *supervisor kitorang, merangkap salah seorang dari Team Leader dalam Cashier Team, Carrefour Kuantan :)

Malam raya kedua tak silap aku. Time tu semua dalam mood raya lagi lah kan. Mana tak nya, since raya pertama, semua staff diarahkan pakai baju raya sampailah raya ke tiga. HEHE. Aku pon ape lagi, semua fesyen shawl aku ter keluarlah. As all of you wanna know, aku ni manja a.k.a agak rapat lah jugak dengan Kak Jenn nie since aku lah jadi orang yang paaaaaaaaaaaaaalingggg setia lah sangat melilit tudung ke kepalanya.. HIHI.

As aku dah habis kira duit dalam cashier room tu, aku pun keluarlah, nak cucimate* and nak tengok tengok barang ape yang aku nak *melantak (haha. KASAU bahase kau nokss!) . Then, bila aku sampai kat kaunter bayar, kaunter Kak Gebu, aku tengook Kak Jenn ade kat situ. So aku wat taktau jelah. Nak pi bayar, kan... As she (Kak Jenn) move and saw me standing behind her, tiba-tiba dia sound aku, ''Heh, jangan nak menggedik kat sini boleh takk??!'' dengan wajahnya yang bengis sangat2, and time tu aku dah bergenang airmata dengan hati yang berdebar-debar sebab dia tak pernahh kott jerkah kat aku camtu. Then, dengan sekali jerkah lagi dia cam sergah kat aku ,''HAHH!!'' kak Gebu yang dok jaga kaunter tu trus cakap,'' heyy, ade gak nangis anok orang  ni karag, Jenn.''
Aku taktau ape yang dah rasuk aku time tu, trus aku nangis tersedu-sedu macam baby. Memang tak boleh berhenti wa cakap lu. Tiba-tiba hati aku sentap, hiba n etc. Haha. tak boleh nak describe. Nak dekat half and hour jugak la aku menangis. kak Jenn pun dah cuak, dah. Taktau nak pujuk aku camner. Once, dia pergi kat aku and cakap, ''tolong berhenti boleh tak? kak Jenn tak suka la tengok orang nangis2 ni.'' And dia buat aku maaaakin KUAT menangis. Haha.

ESOKNYA.
Dia tanya aku kenapa menangis. Aku pun explain la panjang berjela bagai... Well, aku ni anak sulung so, memang wajib lah aku yang PALING manja. PALING cengeng, PALING kuat emosional. haha. Anddddd of course sebab aku takde kakak and abang kandung. Tu yang nak manja dengan orang lain tu terutamanya dengan cik abang sayang teddy musyukk aku tu la. HIHI.
On dat time la bermula nya kisahhhhh. Al Kisahhhhh~ ^_^
 Bla Bla Bla.....

Berakhir dengan, ''saya saaayang Kak Jenn tau!'' hee. on dat time aku pelok dy n kasi kiss on her cheek. untunglah. kau ade? HAHA.

and yes, 'saya sayang kakak!'