Jom Follow ^_~

Thursday, September 22, 2011

merempit kat facebook?ouh, please no!

''Buchurkk, bebiey chayunk gilerw at buchurkk. Muahxx~''
''Awuck, titerw winduw awuck shanad-shanad~ aww''
''Aq mung bengang ilew at brader sowunk nieyh. Asew cam nuck lewmpang jewh~''

Aku yakin dan teramat pasti yang kalian semua pernah ter baca atau TERtulis perkataan dan ayat-ayat macam yang display kat atas ni kan? Err. Satu je aku nak tanya.
''Korang/ Diorang ni tak rasa eeeuuww/geli/pfftt ke bila menulis ayat-ayat camtu? tak rasa bersalah ke bila dah merosakkan bahasa Melayu?''
Pada pendapat aku lah kan, orang-orang yang tulis macam ni bukannya gedik atau ape. aku faham, korang ni jenis nak bermanja-manjaan dengan boipren/gelpren korang tapi sekurang-kurang nya berpada-pada lah. Bak kata orang,''agak-agak ah broo''. Lebih kurang la. Dan SNAP, aku dah tangkap sorang hamba Allah yang guna perkataan agak rempit tengah malam tadi. haha. Dan dan je aku terus komen.
sangat tak boleh bla. kikiki ^O^
Nama dan gambar tuan punya status ni aku blank kan untuk tidak memalukan empunya badan. Kan berDOSA bila membuka aib orang laain. Kan? Hee. Jangan marah ea, kalau tuan punya status terbaca entry aku ni. Bila aku perhatikan, ramai sebenarnya blogger dan para pengguna facebook yang kesal dan agak kecewa dengan cara penulisan muda-mudi zaman sekarang. Acewahh. Berlagak tua padehal umur baru 19. Haha. Contohnyaa....
Siap nak invent kamus rempit lagi sebab pengguna bahasa rempit ni dah semakin menular di Malaysia. Takut-takut mereka guna bahasa rempit ni time menulis esei dalam exam. Haha. cayalah, kak Fenny ^_^
Nampak sangat dah semakin parah kan? Nasib baik lah blogger ni ber baik hati nak tolong invent kan kamus rewmphirt niew. Jadi, pihak DBP, sila ambil perhatian. i rasa you all kena buat sesuatu untuk elak bahasa rempit ni kian menular.
Nah, ni lagi satu blogger yang perihatin tentang kes rempit punya bahasa ni
diari Cikross *lovelove
Haiyyyarkk! Aku rasa nak lempang je bila nampak orang tulis menggedik bagai macam ni. Haha. Geram tahu takk. Cuba korang tulis gitu, lepas tu korang praktikkan cakap macam tu. Memang style der wa cakap lu. Haha. Dan vlogger pun tak kurang juga perihatin terhadap masalah yang kian berleluasa saban hari tak kita di kammpung juga di kota metropolitan kini. Cewahh.
Haha. Okey, siapa tak kenal encik yang hensem ni, sila tekan lambang pangkah kemudian shut down komputer, laptop serta segala alat peranti yang anda gunakan ketika membaca coretan ini dan tidur.SEmoga beliau masuk dalam mimpi anda. Ini Anwar Hadi lah. Siapa tak kenal baginda beliau? Hee.

Dan harapan saya, gunalah bahasa kebangsaan kita dengan sebaik mungkin. Kalau dah tak reti sangat eja betul-betul dalam bahasa melayu, kau speaking jelah. Chill ^_^

ps: jangan serbu aku lepas ni, lepas tu kutuk-kutuk aku pulak. tak moo, tak moo. hihi.

No comments: