Jom Follow ^_~

Monday, May 21, 2012

Kelebihan Bulan Rejab :)

And for the second time I use this PANTUN,
Anak dara ada halqum,
Assalamu'alaikum~
http://www.emocutez.com

Hai readers dan followers yang comel dan hensem! Apa? Kalau tak hensem cemana? Takpe, jangan risau sebab semua yang baca blog saya ni, dah dikira hensem dan comel. Kita semua sama je pada pandangan Allah. Allah tu menilai dalaman, bukan luaran. SO, jangan risau. Anda semua juga comel dan hensem dimata saya :)

Buat pembaca budiman. Hari ini 1 Rejab 1433 hijrah bersaman 22 Mei,2012 masihi. Kita selalu ingat hari ini berapa haribulan masihi, tapi berapa tarikh Islam? Kita selalu lupa. Nasib baiklah semalam aku
(aik? tukat KGD dah? hehe~) teringat, ''ohh, besok satu Rejab! boleh la puasa ni". haa, camtu la lebih kurang citer dia. Kepada yang berpuasa harinie, tahniah diucapkan! Anda semua gagah dimata saya :)





Jangan lupa baca doa kat atas nie tau tau tau! Alhamdulillah, masih diberikan peluang kita untuk berjumpa Rejab, berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pula. InsyaAllah. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. 


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrahDibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.



.: Kelebihan lain bulan Rejab :.


  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


.: Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab :.

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


.: Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab :.
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.



Jangan asyik nak happy, enjoy dan leka je dengan urusan dunia tapi akhirat pulak sebaliknya. Na'udzubillah. Mintak dijauhkan semua tu. Kita sebagai manusia hendaklah memperbaiki diri. Memang betul semua orang ada flaws, tapi kita semua boleh berubah, kan? Aku ingin berubah, dan aku percaya, korang semua pun camtu jugak. Kan?  http://www.emocutez.com


Jangan tunggu tua untuk berubah, kerana mati itu bukan tunggu kita tua. The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. -Hlovate. Seorang lelaki yang membuat keputusan untk berubah pada pukul 12 meninggal pada jam 11. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Saturday, May 12, 2012

i am delighted to be in this brotherhood

awal mula pertama mula, didahului dengan salam.

Anak dara ada halqum,
Assalamualaikum :)

Without further argue, i would like to start our ....arghh! Hahaha. Kau hingat ini presentation kat kelas ke? Hallo, mak jemah pun takde syok sendiri macam kau. Euuwww~ Pelis lahh *tangan ke bahu kepala mendongak langit sambil mata buat2 juling~


Semakin lama aku dalam brotherhood ni, semakin gembira dan ceria aku jadinya. Semakin melupakan masalah-masalah dan hal remeh-temeh yang membebenkan kepala otak aku like problem dengan BF ke etc etc. camtu. Seriously, bila dah jadi macam ni, i mean rapat macam ni, perasaan sayang tu makin kuat hinggakan nak kemana2 pun mesti bersama2. Macam main sama2 - in context of sports la- , then bertugas sama2 and even nak keluar makan pun sama2, siap ajak lagi and offer lagi sesiapa yang nak pergi.
dengar ceramah sama-sama :)

main pun sama-sama :)

 But then bila ada yang taknak pergi, refuse to follow etc. etc, semua dah jadi macam tak berapa nak bersemangat. Haha. Comel je kan? Yelah, sebab masing2 dah macam adik beradik, saling memerlukan. Even benda kecik pun boleh jadi gaduh. But then berbaik semula, macam takde apa2 yang berlaku. And even semakin rapat and kuat bonding antara kami semua. Seriously this is the first time aku rasa yang diri aku sangat-sangat dihargai, maksudnya semua orang saling memerlukan, tak kiralah dari segi apa pun. Even cuti mid sem pun dah rasa macam tak nak balik dah sekarang sebab nak stay sama-sama dengan diorang ni. Walaupun most of them ni ada yang perangai cam sengal-sengal ubi camtu kan. Hahaha. Sorry guys, i just love all of you. Jangan amik hati :)  http://www.emocutez.com

Diorang ni memang macam-macam kerenah. Kadang-kadang sampai tak kering gusi dibuatnya. Even ayat tak kering gusi tu nampak sangat macam menipu kan. Yelah, gusi kan duk dalam mulut, mestilah selalu dibasahi dengan air liur. But then ada pulak peribahasa cakap 'tak kering gusi', memang failed la kan. Haha. Menangis mak jemah bila aku merapu macam ni. Muntah biru agaknya dia.  http://www.emocutez.com

Ha, mula2 siap berebut buai lagi, last2 berkepit gak atas buat kat pejabat! Comel je korang :)

Yang ni snap2 je, aku nampak gigi je. Yang lain tak kelihatan. Haha~
 BTW, kau dah macam maharani dah Khaty oi! :D
Bila salah sorang dah buat gila, semua pun jadi gila nyelah pun adoi kan. Then gelak ramai2. Frankly speaking, i am delighted to be in thie brotherhood :)

PENGSAN...Akibat makan yang terlalu banyak.
 Mee bandung dah tibai, pastu tibai KFC pulak. Memang ahh~ HAHA

TEKUN...Norhidayu Rasidi tekun menghabiskan air milo
 dan berjaya mencatat rekod, 3 minit segelas. Hahaha~

Wednesday, May 9, 2012

antara B A R B I E dan T E D D Y




B A R B I E .
Jadi kegilaan budak2 perempuan. Tak kira kecil atau besar. Yang kecil sangat suka BARBIE sebab BARBIE sangat cantik and boleh tukar2 baju dia. Baju princess, baju fairy. Rambut panjang. Hitam ada, blonde pun ada.  BARBIE mahal. Susah sangatt2 nak dapat. Kalau perempuan yang dah besar sangat adore BARBIE. Sangat adore bodyshape BARBIE yang sangat flawless. BARBIE is flawless. Sangat cantik dan kurus. Tanpa ada benjolan lemak di mana2 bahagian tubuhnya. Sebab itulah BARBIE jadi kegilaan ramai orang.



T E D D Y  B E A R
Disukai oleh budak2. Orang dewasa pun suka jugak. Ada yang comel, ada yang tak berapa nak comel. Ada yang lembut dan fluffy sangat2, ada yang sedap dipeluk. Ada yang warna coklat, ada yang warna hitam. Pink, biru, kuning pun ada. Various colour. Tapi ada sesuatu yang aneh. Teddy bear ni ada satu spirit yang sangat misteri. Ececeh. Dah jadi macam kisah entiti lah pulak ye. Tapi bukan. Ini kisah Teddy Bear. Teddy Bear vs. Barbie Doll.

K E N A P A ?
Hati aku tergerak untuk berbicara tentang perkara ni. Perkara yang ada hubung kait dengan hidup dan mati. Wahh, sangat exaggerate di situ. Takdelah. Mungkin mostly akan anggap apa yang aku nak bicarakan kat sini adalah biased tapi itulah hakikatnya. Eh, bukan hakikat. Cuma pendapat.

Bila aku tanya kawan2 aku which one do they prefer kalau diberi pilihan antara B A R B I E dan T E D D Y, jawapan yang aku terima almost 50%-50%. Tapi kalau tanya aku, of course aku akan pilih teddy bear. Kenapa teddy bear? Sebab dia lembut? Sebab sedap peluk? Sebab 'mewah' kalau dapat teddy bear besar? Tak. Aku takde teddy bear. Aku pernah ada teddy bear rabbit. Warna putih. Comel sangat. Time tu kecik lagi. tapi kazen aku dah curik bawak balik rumah dia. Sampai hancing dan hitam warna dia. Sedih, pedih. Like seriously. Kecewa tu masih berbekas sampai sekarang. Menyesal sebab tak jaga elok-elok.


http://www.emocutez.com


Aku pernah dapat teddy bear yang sangat kecil saiznya - besar dua penumbuk- dari ex buaya-prend aku time form three. Advance kan aku? Mesti tak sangka dengan bodyshape yang takde gaya B A R B I E yang perfect tu, aku boleh dapat buaya-prend. Alah, tengok je entry aku yang lama2, ada je cerita pasal dia. Dia tu pun buaya2 jugak, tapi bodyshape dia lagi best dari aku. Kalah Sean Kingston. Ini kisah benar.

Bila bercakap pasal teddy bear, aku jadi sebak. Manalah mungkin teddy bear boleh kalahkan ke'beautiful'an barbie yang flawless lagi cantik tu kan. Dah lah CUN, KURUS pulak tu. Kalau korang, korang prefer yang macam mana? Yang tembam dan berbonjol sana sini atau yang kurus dan badan berlekuk-lekuk? Hah, tak payah jawab pun aku dah tahu. Jawapannya , "eh, mestilah yang kurus. takkan yang tembam kot. eeeuwww." dengan bangganya, tanpa sedar walau sekelumit rasa kat hati tu, yang diri tu takdelah sesempurna mana jika nak dibandingkan dengan si kurus tadi.

http://www.emocutez.com


Then, bila semua asyik pilih si kurus je, yang tembam takde orang nak lah? Macam tu? Itu SILAP BESAR. Okay, malam ni aku taknak lari topik. Penulisan ini biarlah cool cool dan bersahaja.

Kenapa pilih teddy bear sedangkan barbie lagi cantik? Kenapa pilih barbie sedangkan teddy bear lagi comel? Nampak tak perbezaan penggunaan perkataan CANTIK dan COMEL disitu? Abaikan yang itu.

Bagi aku, teddy bear ni 'makhluk' yang sangat memahami. berbanding barbie. teddy bear selalu jadi peneman seseorang bila ada masalah. Bila menangis je, cari teddy bear buat peluk. Seolah2 semua masalah tu diceritakan pada teddy bear. Seolah2 teddy bear tu dengar masalah kita. Seriously, teddy bear adalah pendengar yang sangat baik dan 'a place to cry' yang sangat baik juga. Bila sejuk, cari teddy bear buat peluk. Teddy bear boleh bagi haba pada kita. Teddy bear takde masalah. Teddy bear sanggup. Bagi aku, teddy bear penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang yang kita dapat rasa sebenarnya. Cuba, kalau kita sayang akan seseorang tu, sayang sangat2, macam parents, adik, and kawan rapat / BFF. Mesti rasa kasih sayang tu dengan pelukan. Kan? Macam tu jugak teddy bear. Full of love. And cares too.



Alhamdulillah, tangisan aku semakin reda.Sebelum menaip entry ini sebenarnya aku menangis bila merenung teddy bear yang aku dah download gambar2 mereka. Renungan teddy bear penuh makna yang tersirat. Penuh dengan ajakan manja, penuh dengan kasih sayang. Innocent face. tak macam barbie yang wajahnya sering tersenyum. Sering mengukir senyuman manis buat semua. Tak kiralah, pada pemiliknya atau bukan. Namun senyuman itu kaku, dan langsung tak memberi apa2 makna bagi aku. Bagi aku lah. Kepada pencinta barbie, jangan marah aku. Ini cuma pendapat aku sahaja.

http://www.emocutez.com

#Barbie sering dapat tempat dihati para peminatnya. Barbie sangat famous. Sampai boleh berlakon jadi princess, fairy, mermaid, etc. etc.
Teddy bear? seingat aku, teddy bear pernah berlakon dalam Toy Story. Tapi sangat sayang sebab beliau bukan watak utama. Yang lebih menyayat hati, teddy bear tu akhirnya dibuang sebab dah buruk. Sadis dan menyedihkan.

Tuesday, May 8, 2012

Pendam -Shahir AF




Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Aku yang mengejar bayang cinta.....


Sumber : liriklagumuzika.com



Sunday, May 6, 2012

cinta itu tidak semestinya memiliki

Walaupun sesuatu yg engkau sukai dalam gengamanmu, kadang ia bisa terlepas juga. Seperti orang yg kita cintai seberapa kuat engkau mencintai, kalau memang tak jodoh ia akan lepas juga.




Sungguh malu rasanya, dengan Rabb..Sang Pemilik Hati ini.
Sungguh malu rasanya, bagaimana menyembunyikan rasa Dari-NYA.
Sungguh malu rasanya, bagaimana menerima cinta yang belum halal untuk hati ini.

Dan jika memang Cinta itu tak bisa memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam dalam hati biarlah ia berkembang dengan INDAH sesuai kehendak-NYA...

Kerana dalam diam tersimpan kekuatan dan harapan ...Hingga mungkin saja ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cinta itu INDAH pada akhirnya.



Ya Allah, Kau jagalah setiap pandangan kami.

Bukankah ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tak akan pernah memutuskan harapan hamba yg berharap pada-Nya??

Jika dia memang bukan milikmu, ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA melalui waktu akan menghapus cinta dalam hatimu, itu dengan memberi rasa yg lebih INDAH dan orang yg tepat ...

Biarkan Cinta itu menjadi memori tersendiri dari sudut hatimu menjadi rahsia antara engkau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...karena tiada yg tahu rencana Rabb...mungkin saja rasa ini ujian yg akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah
untuk dibolak-balikan...

Serahkankan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

Tebarlah cintamu untuknya dan jangan mengharapkan pamrih berupa kebersamaan fisik dengannya.INGATLAH orang yang mencintai kerana ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA itu, jika ia tak bisa bersama dan akhirnya harus melihat ia bersama yg lain, kemudian engkau masih bisa tersenyum padanya dan mengucapkan selamat barakallah kepadanya maka pada dasarnnya engkau telah menang dengan rasa cintamu.


Engkau telah mencintainya dengan sepenuh rasa, ikhlas kerana Allah dan itulah cintasebenar-benarnya cinta.
kerana ...

SEBENAR_BENAR CINTA ADALAH
MANAKALA KITA BAHAGIA MELIHAT
DIA BAHAGIA WALAU KITA TAK BISA
MEMILIKI FISIKNYA DISISI KITA. NAMUN CUKUPLAH CINTANYA TELAH KITA MILIKI DAN KITA BERDO’A SAJA SEMOGA CINTANYA TAK LUNTUR UNTUK KITA.MASIH MAU MENYAMBUNG TALI SILATURAHIM DAN MASIH MAU MENDO’AKAN KITA..insyaAllah..



edited from : facebook
#aku dah mula suka kat kau. thanks ;)  http://www.emocutez.com

Pertama Kali

Pertama kali ku bertemu denganmu,
Hatiku terpaut melihat senyumanmu,
Aku berharap engkau menerimaku,
Kerna aku bersedia menyintai muuuuuu~~

Akanku renang lautan yang berapi,
Membuktikan kehebatannya cinta ini,
Tetapi jika engkau meninggalkan aku,
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini, menangis tak berlaguuuuuuu~

lalalalalala~ http://www.emocutez.com

hihihi. tomey tak? tomey tak?

ok fineee merajukkk dengan korang. ye mamng aku tahu aku tembam dan comel. tapi janganla tipu cakap aku tak comel. sentap hati ai nanti tau tau tau! merajukla camni. setahun tanak update blog. haaaaa. time tu mule la nak meleh airliur cari aku 'ohh jijah yang tembam lagi tomel, tolongla hupdate belog awak tu.kite rindula nak bace belog awak'. http://www.emocutez.com

 haa time tu aku dah malas dah. kalau nak belog, pergi Giant Section 7 beli Cool Blog. laaagi sedap. eh? haha. gewdix nyew titew. lol.

Alaaahai sedapnye lah kalau dapat!
Haaa. Meleleh tak aiyaq liyoq? Hahaha. Slrupppppp~ Haip, haip! Jangan meleleh nanti kena lappy korang nak salahkan aku pulak! Kalau terliyoqq sila pergi cool blog yang berdekatan dan order, dan bayar, dan ambil, dan minum! Sedap tautauatauuuu~

Ceit. Niat nak post entry lain, dah merapu meraban tulis benda lain. Apa yang PERTAMA KALI sebenarnya?

PERTAMA KALI
Sebenarnya nak cerita and kongsi je dengan korang-korang yang aku sayang, cinta dan kasihi sekalian. Hee. baiklah, korang2 yang comel dan kacak, jom mulakan perkongsian ini!

Sebenarnya...ehem. Okay, harinie first time aku bertugas sebagai seorang petugas yang ditugaskan untuk menjalankan tugas sebagai orang yang diberi amanah untuk menjalankan tugas dari orang yang menyuruh aku menjalankan tugas. Aku bertugas untuk jaga 'kaunter' / bilik jubah di DATC. SiSPA ada 9 orang tadi termasuk sorang pegawai. Fuhhh memang penat tak terkata bila tugasan tu dijalankan sambil berdiri dan berurusan dengan ratusan orang. Hermmm. Tak, tak. Aku rasa ribuan orang kot. Orang sangat ramai dan keadaan kat situ panas. Nasib baik aku tak sesak nafas. Dengan uniform nombor 4 tu lagi.

Tapi like seriously memang seronok. Aku mula2 blurr je. Tapi bila lama2 jadi dah terbiasa. Macam penyambut tetamu pun ada gak. Datang je graduan2 yang nak amik jubah aku akan cakap 'jalan terus, masuk pintu sebelah kiri ye'. Haa, entah berapa ratus kali aku ulang dan ulang dan ulang perkataan yang sama pun aku tak tahu. Sampaikan aku rasa macam nak letak je patung aku yang tengah tersenyum kat situ, dengan tangan menunjuk kearah pintu. Hahaha. Kreatif gila kan? Sempat lagi berangan time tu.

Walaupun penat tapi pengalaman jaga 'bilik jubah' ni sangat berharga. And i hope pengalaman sebegini akan disusululi dengan banyak lagi pengalaman2 manis yang lain! :)

#ehem, lirik lagu kat atas tu nampak benor menipunye. 'akanku renang lautan yang berapi membuktikan kehebatannya cinta ini'. mustahil kau nak berenang laut berapi. aku tau. hahahaha. sapa setuju sila angkat daguuuuu :3
http://www.emocutez.com

Saturday, May 5, 2012

The Beauty Of Marching :)

Semalam latihan kawad sampai jam 6 petang. Serious sangat penat. Kitorang dibahagikan ikut group. Group aku dapat dengan Tuan Lan. Beliau ajar dari basic, sampailah cara berjalan dengan sharp, swing tangan baekk punya and paras. Penat tapi aku rasa waktu yang diluangkan semalam adalah sangat berharga. Bukan senang nak dapat group dengan Tuan Lan. Orang2 yang terpilih je kot. So aku rasa sangat beruntung. Walaupun kitorang dah tahu basic kawad tu macam mana, tapi takde salahnya kitorang belajar dari mula2 sedia, senang diri, rehatkan diri, and etc tu semua. Tak rugi pun.

Punyalah sorang2 semangat berkawad. Aku yang mengantuk tu sampai hilang mengantuk. Haha. Magic kan? That's it. Bak kata Tuan Lan, 'The Beauty of Marching' tu kita akan nampak bila istilah KAWAD tu sendiri kita apply kan betul2 dalam kawad yang kita buat. Eh? Betul ke tak ayat aku. Malu je dengan student APB. Hahaha. APTB~ (apa pon tak bolehh)

Punyelah semangat kawad semalam sampai lebam kot tangan aku. Mana tak nye, dah syok sangat swing tangan sampai 'ter' tumbuk orang sebelah. hahaha. Biru kot tangan aku. Tangan Wanie pun dah kemerahan semalam. Pergh. 'kemerahan' tu. Ayat nak gempak je.

#semalam tengok 'dia' kawad. lawak plus comel sangatttt. hahahaha. taktau kenapa tapi cam tak kena je. hihi aku gelak dari jauh je tengok dia. :'D

Tuesday, May 1, 2012

Aku Jatuh Cinta :')

Banyak yang kami dah lalui sebenarnya sepanjang Kursus Kepimpinan Dan Pentadbiran tempoh hari. Kalau nak cerita semua, agaknya memang sebulan pun tak habis aku menaip entry ni. Berjela-jela jadinya. Hmm, kalau dah berjela-jela sangat nanti aku mudah hangat2 tahi ayam. Pastu tak post pun apa2 kat blog. So humiliating T_T

Jatuh cinta. Ya, aku jatuh cinta lagi kali ni. Bukan dengan haiwan. Bukan dengan apa2 objek. Bukan juga dengan ‘crush’ baru. Bukan dengan ‘klon’ Aizuddin Ali. Bukan. Jatuh cinta ni perasaan dia sangat sangat aneh. Aku tak pernah rasa perasaan yang sangat hebat ni meskipun aku ada pengalaman bercintun. Cehhh~

Aku mula rasakan perasaan tu bersarang dalam jiwa aku pada satu tengahari. Panas sangat2 hari tu. Aku pun tak tahu kenapa. Dengan baju no. 4 yang tebal tu. Pergh. Membara2 panasnya. Pada tengahari yang panas tu lah jugak aku menangis teresak2. Puas Yaya pujuk aku, tapi aku tak boleh berhenti menangis. Aku menangis BUKAN sebab cuaca yang terlalu panas. BUKAN sebab hari tu aku terlalu penat. BUKAN sebab... err, aku rasa cam nak ter ulang je ayat kat atas tu -_____-
Cinta mula berputik. Sayang mula terasa pada mereka-mereka yang berada di sekeliling aku. Sayang yang sangat lain. Sayang yang tak pernah aku rasa sebelum ni.


Malam tu betul-betul menguji kitorang termasuk aku. Dan malam tu jugak aku benar-benar terhutang budi dengan sorang hamba Allah ni. Like seriously. Tanpa dia, aku akan jadi orang yang hilang arah tuju, orang yang hilang pedoman. (eh, Takdelah sampai hilang pedoman. Exaggerate je lebih aku ni =_________= )
Macam-macam kes timbul time ro-call malam tu. Penghulu dan penghuluwati dipanggil. Tiba2 tanya pasal telur. Barang amanah kitorang. Ya Allah, telur kat atas! Ramai yang tinggal telur tu kat atas. Tuan Hazwan beri masa 2 minit je untuk lari amik telur. Bayangkanlah. Tingkat 5 kot. mustahil dalam masa 2 minit kami semua boleh barlari dan panjat tangga,buka bilik, bukan beg amik telur. Aku berlari tanpa fikir apa2. bilik aku still 3 orang yang ada telur. Room mate aku 2 orang naik atas. Aku pesan kat diorang, turunkan beg aku. Sangatlah tak larat kalau aku nak panjat tangga. Memang pengsan agaknya kalau aku yang panjat T_T
Tengoklah, betapa lemahnya penghuluwati korang. Adoiyai. Kan dah kantoi T_T

Aku ambil telur aku dalam beg. Beg aku yang berisi purse dan macam2 lagi barang berharga tu aku tinggalkan je kat tempat kitorang selalu berkumpul. Mudah-mudahan tak hilang. Allah ada untuk jaga beg aku. Tawakkal jelah time tu. Insiden sedih bila telur aku dipijak oleh sorang pegawai. Aku dah tak berapa pasti siapa. Mental kitorang benar2 diuji. Diuji dengan kisah uniform yang berkait dengan telur dan amanah. Terselit kasih sayang malam itu. Kasih sayang yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasih sayang yang digambarkan dengan tangisan. Tangisan aku yang tak henti-henti. Aku menangis bukan sebab takut. Bukan sebab kasihan. Bukan sebab marah. Tapi sebab sayang. Sangat sayang pada organisasi ini. Sangat sayang pada mereka semua. Tak kiralah, mereka pernah sakitkan hati aku ke, apa ke. Rasa sakit hati tu dah takde. Ynag ada cuma rasa sayang  pada mereka semua. Ya Allah, hebatnya perasaan ini. Tangisan aku makin kuat bila dua daripada kami sanggup dihukum  kerana kesalahan yang kami semua lakukan. 500 pumping terlalu banyak. 'Ya Allah, banyaknyaaaaaaaa...' aku merintih sambil menangis. Yang lain semua berbisik untuk tenangkan aku. Tapi tangisan ni tak berhenti. Apap pun yang terjadi, kami semua kena bersama-sama hadapi.

Malam tu, kami pumping bersama-sama. Yang dua orang tu dah lemah sangat-sangat. Ya Allah. Sakitnya mereka. Aku dapat rasakan kesakitan yang mereka tanggung. Sungguh. Humanity aku tersentuh. Sebagai seorang manusia, sahabat dan leader pada hari itu.

Ujian itu amat menguji aku, amat menguji kami. Malam tu, aku benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta dengan mereka semua. Ya. Tidak ada bezanya mereka semua di mata aku. Mereka adalah sahabat yang paling sejati. Brotherhood, sisterhood mula dirasai. Keringat, darah dan airmata ini berbaloi untuk itu semua. Aku sayang mereka. Aku sayang SiSPA. Aku jatuh cinta :)

aku sayang korang semua :')