Jom Follow ^_~

Wednesday, May 9, 2012

antara B A R B I E dan T E D D Y




B A R B I E .
Jadi kegilaan budak2 perempuan. Tak kira kecil atau besar. Yang kecil sangat suka BARBIE sebab BARBIE sangat cantik and boleh tukar2 baju dia. Baju princess, baju fairy. Rambut panjang. Hitam ada, blonde pun ada.  BARBIE mahal. Susah sangatt2 nak dapat. Kalau perempuan yang dah besar sangat adore BARBIE. Sangat adore bodyshape BARBIE yang sangat flawless. BARBIE is flawless. Sangat cantik dan kurus. Tanpa ada benjolan lemak di mana2 bahagian tubuhnya. Sebab itulah BARBIE jadi kegilaan ramai orang.



T E D D Y  B E A R
Disukai oleh budak2. Orang dewasa pun suka jugak. Ada yang comel, ada yang tak berapa nak comel. Ada yang lembut dan fluffy sangat2, ada yang sedap dipeluk. Ada yang warna coklat, ada yang warna hitam. Pink, biru, kuning pun ada. Various colour. Tapi ada sesuatu yang aneh. Teddy bear ni ada satu spirit yang sangat misteri. Ececeh. Dah jadi macam kisah entiti lah pulak ye. Tapi bukan. Ini kisah Teddy Bear. Teddy Bear vs. Barbie Doll.

K E N A P A ?
Hati aku tergerak untuk berbicara tentang perkara ni. Perkara yang ada hubung kait dengan hidup dan mati. Wahh, sangat exaggerate di situ. Takdelah. Mungkin mostly akan anggap apa yang aku nak bicarakan kat sini adalah biased tapi itulah hakikatnya. Eh, bukan hakikat. Cuma pendapat.

Bila aku tanya kawan2 aku which one do they prefer kalau diberi pilihan antara B A R B I E dan T E D D Y, jawapan yang aku terima almost 50%-50%. Tapi kalau tanya aku, of course aku akan pilih teddy bear. Kenapa teddy bear? Sebab dia lembut? Sebab sedap peluk? Sebab 'mewah' kalau dapat teddy bear besar? Tak. Aku takde teddy bear. Aku pernah ada teddy bear rabbit. Warna putih. Comel sangat. Time tu kecik lagi. tapi kazen aku dah curik bawak balik rumah dia. Sampai hancing dan hitam warna dia. Sedih, pedih. Like seriously. Kecewa tu masih berbekas sampai sekarang. Menyesal sebab tak jaga elok-elok.


http://www.emocutez.com


Aku pernah dapat teddy bear yang sangat kecil saiznya - besar dua penumbuk- dari ex buaya-prend aku time form three. Advance kan aku? Mesti tak sangka dengan bodyshape yang takde gaya B A R B I E yang perfect tu, aku boleh dapat buaya-prend. Alah, tengok je entry aku yang lama2, ada je cerita pasal dia. Dia tu pun buaya2 jugak, tapi bodyshape dia lagi best dari aku. Kalah Sean Kingston. Ini kisah benar.

Bila bercakap pasal teddy bear, aku jadi sebak. Manalah mungkin teddy bear boleh kalahkan ke'beautiful'an barbie yang flawless lagi cantik tu kan. Dah lah CUN, KURUS pulak tu. Kalau korang, korang prefer yang macam mana? Yang tembam dan berbonjol sana sini atau yang kurus dan badan berlekuk-lekuk? Hah, tak payah jawab pun aku dah tahu. Jawapannya , "eh, mestilah yang kurus. takkan yang tembam kot. eeeuwww." dengan bangganya, tanpa sedar walau sekelumit rasa kat hati tu, yang diri tu takdelah sesempurna mana jika nak dibandingkan dengan si kurus tadi.

http://www.emocutez.com


Then, bila semua asyik pilih si kurus je, yang tembam takde orang nak lah? Macam tu? Itu SILAP BESAR. Okay, malam ni aku taknak lari topik. Penulisan ini biarlah cool cool dan bersahaja.

Kenapa pilih teddy bear sedangkan barbie lagi cantik? Kenapa pilih barbie sedangkan teddy bear lagi comel? Nampak tak perbezaan penggunaan perkataan CANTIK dan COMEL disitu? Abaikan yang itu.

Bagi aku, teddy bear ni 'makhluk' yang sangat memahami. berbanding barbie. teddy bear selalu jadi peneman seseorang bila ada masalah. Bila menangis je, cari teddy bear buat peluk. Seolah2 semua masalah tu diceritakan pada teddy bear. Seolah2 teddy bear tu dengar masalah kita. Seriously, teddy bear adalah pendengar yang sangat baik dan 'a place to cry' yang sangat baik juga. Bila sejuk, cari teddy bear buat peluk. Teddy bear boleh bagi haba pada kita. Teddy bear takde masalah. Teddy bear sanggup. Bagi aku, teddy bear penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang yang kita dapat rasa sebenarnya. Cuba, kalau kita sayang akan seseorang tu, sayang sangat2, macam parents, adik, and kawan rapat / BFF. Mesti rasa kasih sayang tu dengan pelukan. Kan? Macam tu jugak teddy bear. Full of love. And cares too.



Alhamdulillah, tangisan aku semakin reda.Sebelum menaip entry ini sebenarnya aku menangis bila merenung teddy bear yang aku dah download gambar2 mereka. Renungan teddy bear penuh makna yang tersirat. Penuh dengan ajakan manja, penuh dengan kasih sayang. Innocent face. tak macam barbie yang wajahnya sering tersenyum. Sering mengukir senyuman manis buat semua. Tak kiralah, pada pemiliknya atau bukan. Namun senyuman itu kaku, dan langsung tak memberi apa2 makna bagi aku. Bagi aku lah. Kepada pencinta barbie, jangan marah aku. Ini cuma pendapat aku sahaja.

http://www.emocutez.com

#Barbie sering dapat tempat dihati para peminatnya. Barbie sangat famous. Sampai boleh berlakon jadi princess, fairy, mermaid, etc. etc.
Teddy bear? seingat aku, teddy bear pernah berlakon dalam Toy Story. Tapi sangat sayang sebab beliau bukan watak utama. Yang lebih menyayat hati, teddy bear tu akhirnya dibuang sebab dah buruk. Sadis dan menyedihkan.

4 comments:

CikMai said...

mai tak pernah ade teddy bear. sebab kecik2 mai mcm jantan sket. tp kalau diberi pilihan , i rather choose teddy bear , sebab empukkkkkkk...

bUngA_buLan said...

teddy bear empuk n sedap dipeluk. barbie? hmm, sama jugak dengan manusia atas muka bumi nie :)

mayasufi said...

saya xde teddy bear..yg ada doraemon cat jer...
hi3..
tedyy bear ble peluk sma dgn doraemon cat saya...tp barbie?? tgk jer la.nak peluk pn keras mcm kayu...hu3...

bUngA_buLan said...

hahaha. kaaannn? tahu takpe :)
btw, post ni ada sambungan tau. tunggu ye!