Jom Follow ^_~

Tuesday, May 1, 2012

Aku Jatuh Cinta :')

Banyak yang kami dah lalui sebenarnya sepanjang Kursus Kepimpinan Dan Pentadbiran tempoh hari. Kalau nak cerita semua, agaknya memang sebulan pun tak habis aku menaip entry ni. Berjela-jela jadinya. Hmm, kalau dah berjela-jela sangat nanti aku mudah hangat2 tahi ayam. Pastu tak post pun apa2 kat blog. So humiliating T_T

Jatuh cinta. Ya, aku jatuh cinta lagi kali ni. Bukan dengan haiwan. Bukan dengan apa2 objek. Bukan juga dengan ‘crush’ baru. Bukan dengan ‘klon’ Aizuddin Ali. Bukan. Jatuh cinta ni perasaan dia sangat sangat aneh. Aku tak pernah rasa perasaan yang sangat hebat ni meskipun aku ada pengalaman bercintun. Cehhh~

Aku mula rasakan perasaan tu bersarang dalam jiwa aku pada satu tengahari. Panas sangat2 hari tu. Aku pun tak tahu kenapa. Dengan baju no. 4 yang tebal tu. Pergh. Membara2 panasnya. Pada tengahari yang panas tu lah jugak aku menangis teresak2. Puas Yaya pujuk aku, tapi aku tak boleh berhenti menangis. Aku menangis BUKAN sebab cuaca yang terlalu panas. BUKAN sebab hari tu aku terlalu penat. BUKAN sebab... err, aku rasa cam nak ter ulang je ayat kat atas tu -_____-
Cinta mula berputik. Sayang mula terasa pada mereka-mereka yang berada di sekeliling aku. Sayang yang sangat lain. Sayang yang tak pernah aku rasa sebelum ni.


Malam tu betul-betul menguji kitorang termasuk aku. Dan malam tu jugak aku benar-benar terhutang budi dengan sorang hamba Allah ni. Like seriously. Tanpa dia, aku akan jadi orang yang hilang arah tuju, orang yang hilang pedoman. (eh, Takdelah sampai hilang pedoman. Exaggerate je lebih aku ni =_________= )
Macam-macam kes timbul time ro-call malam tu. Penghulu dan penghuluwati dipanggil. Tiba2 tanya pasal telur. Barang amanah kitorang. Ya Allah, telur kat atas! Ramai yang tinggal telur tu kat atas. Tuan Hazwan beri masa 2 minit je untuk lari amik telur. Bayangkanlah. Tingkat 5 kot. mustahil dalam masa 2 minit kami semua boleh barlari dan panjat tangga,buka bilik, bukan beg amik telur. Aku berlari tanpa fikir apa2. bilik aku still 3 orang yang ada telur. Room mate aku 2 orang naik atas. Aku pesan kat diorang, turunkan beg aku. Sangatlah tak larat kalau aku nak panjat tangga. Memang pengsan agaknya kalau aku yang panjat T_T
Tengoklah, betapa lemahnya penghuluwati korang. Adoiyai. Kan dah kantoi T_T

Aku ambil telur aku dalam beg. Beg aku yang berisi purse dan macam2 lagi barang berharga tu aku tinggalkan je kat tempat kitorang selalu berkumpul. Mudah-mudahan tak hilang. Allah ada untuk jaga beg aku. Tawakkal jelah time tu. Insiden sedih bila telur aku dipijak oleh sorang pegawai. Aku dah tak berapa pasti siapa. Mental kitorang benar2 diuji. Diuji dengan kisah uniform yang berkait dengan telur dan amanah. Terselit kasih sayang malam itu. Kasih sayang yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasih sayang yang digambarkan dengan tangisan. Tangisan aku yang tak henti-henti. Aku menangis bukan sebab takut. Bukan sebab kasihan. Bukan sebab marah. Tapi sebab sayang. Sangat sayang pada organisasi ini. Sangat sayang pada mereka semua. Tak kiralah, mereka pernah sakitkan hati aku ke, apa ke. Rasa sakit hati tu dah takde. Ynag ada cuma rasa sayang  pada mereka semua. Ya Allah, hebatnya perasaan ini. Tangisan aku makin kuat bila dua daripada kami sanggup dihukum  kerana kesalahan yang kami semua lakukan. 500 pumping terlalu banyak. 'Ya Allah, banyaknyaaaaaaaa...' aku merintih sambil menangis. Yang lain semua berbisik untuk tenangkan aku. Tapi tangisan ni tak berhenti. Apap pun yang terjadi, kami semua kena bersama-sama hadapi.

Malam tu, kami pumping bersama-sama. Yang dua orang tu dah lemah sangat-sangat. Ya Allah. Sakitnya mereka. Aku dapat rasakan kesakitan yang mereka tanggung. Sungguh. Humanity aku tersentuh. Sebagai seorang manusia, sahabat dan leader pada hari itu.

Ujian itu amat menguji aku, amat menguji kami. Malam tu, aku benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta dengan mereka semua. Ya. Tidak ada bezanya mereka semua di mata aku. Mereka adalah sahabat yang paling sejati. Brotherhood, sisterhood mula dirasai. Keringat, darah dan airmata ini berbaloi untuk itu semua. Aku sayang mereka. Aku sayang SiSPA. Aku jatuh cinta :)

aku sayang korang semua :')

No comments: