Jom Follow ^_~

Saturday, December 24, 2011

agak agak lah, Bro -.-'

Sejuk benar aku duduk di seat nombor 5 bas Sani Express ni. Tapi tiba2 terasa panas pulak bila ter tengok aksi orang meraba raba kat sebelah aku ni. Couple. Errr. GELI. Tu je nak cakap. BYE.

lol.

Sunday, December 11, 2011

wish you were here :)

I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all

There's a girl
That gives a shit
Behind this wall
You just walk through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is
And the truth, is that I really mi-i-iss

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

[Bridge:]
No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(Let go let go let go let go)

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(Let go let go let go let go let go let go let go)

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here (I wish you were)
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.


@TengkuSophia is fake.

berjalan jalan di news feed Facebook., aku terbaca satu cerita hot. Hot la jugak sampai boleh menggelegak darah aku ni. Aku percaya bukan setakat aku je, tapi dah menaikkan darah umat islam terutamanya rakyat Malaysia sebabnya, dia kutuk kutuk islam, dan juga Malaysia.

 Kes ni dah menarik perhatian aku, dan aku pun apalagi. CSI Kuantanggg terus lah. Dan secara logiknya, kalau dilihat semula pada profile budak perempuan ni, dia ni seolah olah fake je. Sebabnya? Banyak sebab yang dah aku kumpul sepanjang pemerhatian dan CSI Kuantanggg aku dekat status update dia dan reply comments dia.

Yang jelasnya, watak dia ni baru lagi dicipta dan cuba teka? Dia ada seorang kawan, yang bernama @larasatinab di twitter. Dan budak perempuan ni punya oldest post was on 16th November. 
*punya rajin aku scroll wall dia sampai ke oldest post. CSI punya pasal.


kenapa aku cakap si @TengkuSophia itu fake? ini hanyalah pendapat aku sahaja tapi kalau korang semua fikirkan secara logik, benda ni ada benarnya.

#yang pertama, (okay hash tag ni aku sengaja buat. aku tahu dekat blog hash tag tak boleh bertukar warna atau berfungsi. tapi ni blog aku kan? haha. suka hati akulah.)-sambung. okay yang pertama, sebab nama dia TENGKU Sophia. Well hello peeps! Ada ke orang indonesia yang bernama TENGKU? My bad kalau aku tak tahu sekiranya ada dalam kalangan mereka yang bernama TENGKU. tapi setahu aku, takde kan?

#yang kedua, dia guna perkataan-perkataan yang tidak mungkin digunakan oleh orang Indonesia seperti snip di bawah ini.

 -jamban..?
-kau..?
-tak boleh..? (bukanke orang indon cakap 'gak bisa'. 'tak boleh' tu orang Malaysia je yang guna woi.)
-'you muka buruk'..? (mungkin dia tak tahu nak cakap benda ni dalam bahasa indon, so dia mixed it up jadi macam ni. tapi, ada ke indon guna 'you muka buruk'? aku rasa instead of that dia boleh je guna 'wajah loe hodoh banget')

#yang ketiga. Still about those words yang dia gunakan. Jom perhatikan.


- nampak sesat ****** nii..? (ayat yang biasa digunakan oleh rakyat malaysia selepas kemunculan filem Hantu kak Limah Balik Rumah- ''nampak benor menipu nye''. kan? wahahaha. kantoi.)
-muka kau patut jadi BIBIK..?(lagi lah #soMalaysian. haha. wei, orang indon tak guna la ayat macam tu. dan lagi satu BIBIK? wadefak? hanya orang malaysia je yang anggap BIBIK tu adalah orang gaji/pembantu rumah. bagi orang indonesia, BIBIK itu kan bermaksud Makcik?)
-kau DAH tutup usia LA..? (what the hell are 'DAH' and 'LA'? penyamaran kau tak mendia. sila bertaubat.)

#yang ke empat. NEXT.


-masih study at school..?(kau dah hilang idea ye nak gubah ayat tu jadi more indonesian? kasian deh sama loe)

#seterusnya, perkataan ini. perhatikan.


-ye kee..? (hahaha. sumpah lawak. masalahnya ade ke orang indon gune perkataan 'ye ke'. kan? dan ade ke orang indon yang gune huruf 'E' bagi perkataan yang mati dengan huruf A di hujung? you are pathetic.

#yang ke enam. still, menunjukkan ciri ciri kewarganegaraan yang sangat tidak betul. Mengapa? lets check all these out!


-Jesus..? (bukanke orang Indon sebut 'YESUS', bukan Jesus? kan kan kan?
-...ja...ke?....amboi..? (hahaha. ada ke orang indon guna bahasa macam ni? such a loser dohh. go get a teacher la yang boleh kau belajar cakap indon wei)
-..hmm.korang baca la yang aku highlight kan tu.


-ambik..? (yang ni sumpah lawak. ada ke orang indon guna perkataan 'ambik'? )
-bangang..?(seumur hidup aku tak pernah lagi dengar indon cakap 'bangang'. kalau bangsat or goblok tu aku pernah la dengar. kan kan kan?)


-tahu lah aku weyyyy..? (weyyyyyyy ni aku rasa orang malaysia je yang guna weh. memang confirm kau ni faker. -.-' )
-puki..?? (orang indon sebut ke puki? aku rasa paling paling nak mencarut pun dia sebut 'pantat')


ini, kepalsuan semakin nyataaaa:

-perut buncit..? (bukanke kalau dekat indon dia panggil 'gendut'? hahaha. loser.)
-pantas lah rakyat kau sial doh..? (dohh? orang indon guna perkataan doh la wei! waaa. sumpah kau dah maju gila gila gila kan doh? terharu aku doh. fake.)
-biaselah aku kan artis kat fb..? (FB doh. dia guna FB. wuhuhuhu lahahuhuhuu. pandai nya si faker ni cakap indon ye. bahasa bahasa semuanya up to date.)
-kau rambut karat..? (haihh. penat aku nak terangkan. yang pasti orang indon guna ke perkataan tu? -.-' )


-perfume..? (bukanke indon sebut 'parfum' ? )
-sebab itu rakyat kamu pergi school di university indonesia...? (pergi school? university? aku rasa indon tak guna univertity. indon guna UNIVERSITAS.)
-menyampah gila.. ? (HAHAHA. LOL ROTFL. ada pulak orang indon guna ayat 'menyampah gila' pulakkk kan? haha. pleaseee lah wei. cerdik nya kau. agak agak lah nak menipu pun)
-stop curi DRAMA kami, jangan TAYANGKAN drama kami. Bodoh kau sial..? (uffhh. indon tak reti lah wei bercakap macam ni. indon tak cakap Drama, indon cakap 'SINETRON'. ayat lain tu dah boleh detect sendiri kott weh. )

*still updating the newest, latest. keep updating my blog.
Islam agamaku. Allah tuhanku. Malaysia negaraku.

Saturday, December 10, 2011

ada orang muka samaaaa!

hey peeps.
hari nie aku nak luahkan apa yang dah aku alami sebenarnya.
benda ni dah lama aku sedar dan perasan, cuma tak nak bagi tahu je sebab .. entah. haha. time tu macam 'belum tiba masanya lagi' kot. So harini aku nak reveal one thing, yang agak besar tu takdelah besar mana kan,

Kes nya, ada sorang mamat ni, dia satu BATCH PKS (Pegawai Kadet SiSPA) dengan aku and mula dia saling tak tumpah dengan muka Teddy Bear kesayangan aku. HOHO.
Dah lah rindu,kan. So dapatlah aku cuci cuci mata sikit melepaskan kerinduan yang terbuku di dada. HAHA.

Till we met soon, bye!

you melts me, love :)
Dannnnnn teddy bear saya makin tembam bam bam! Haha. Ni gambar yang baru dia mms petang tadi.
tadaaa! see? TEMBAM kan? haha
Sekarang dah fair and square. Saya tembam, awak pun tembam. Haha. I love youuuu!

Tuesday, December 6, 2011

pantun pagi malam.

awek cun ada halqum,
Assalamu'alaikum.

anak dara tak ada gigi,
selamat pagi.

jantan macho kencing tilam,
selamat malam ^_^

Tuesday, November 29, 2011

wordless wednesday.


:'( i miss you.

mengidam lain, dapatnye lain -.-'

i supposedly craving for this HEAVEN KFC Egg Tart after Nisa taught me eating that little monster!

One bite, and I AM HOOKED!
please try it just ONCE. Just One bite. And you'll be addicted. Just like me. Fucking seriously.
And yesterday, we went to Jusco Bukit Raja to watch Twilight Breaking Dawn. It was super duper amazingly awesome! I love youuuu Jacob. OMG he's sooo HOTTTT okay. I've fallin' love with him anyway. Haha. After the movie I decided to find the Egg Tart at KFC but unfortunately it was not available there and I feel so frustrated. But finally I decided to find the egg tart at The Baker's Cottage bakery which available with egg tart. So I bought 4 pieces of egg tart. Not as amazing as the KFC's Egg Tart but it tastes good anyway.


still craving for KFC Egg Tart! T_T wuwuwuwuwuwuuuuuuuu :(

Monday, November 28, 2011

who-do-you-think-you-are? :'(

No, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time


And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live half alive
And now you want me one more time


And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, It took so long just to feel all right
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all


And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Thursday, November 24, 2011

tutorial pashmina

Assalamualaikum. Tiba tiba rasa macam nak buat tutorial pashmina. Ehhh, tak tak tak. Bukan aku nak copycat orang ke, apa ke. Cuma nak mencuba. By the way, tutorial ni adalah untuk messy style pashmina yang selalu aku pakai dan gayakan. Ada lah jugak kawan kawan juga kenalan aku yang tanya macam mana nak pakai pashmina messy style macam yang aku pakai. Tapi kalau aku pergi bilik ke bilik, memang kuruslah aku jawabnya. Haha. Dan, lunyai la pashmina aku jawabnya. Jenis material pashmina yang aku gunakan adalah seperti yang di bawah ini. 
#001
#002
#003
Pashmina #001 & 3 tu yang aunty Zahara bagi time aku pergi Sarawak dengan makcik aku. Aunty Zahara ni sepupu mak aku. Baik sangat sangat! Rindu aunty. Rindu Sarawak! Hee. Cantik kan pashmina tu? Thanks aunty. Tapi yang makcik aku punya lagi cantik. Jealous kejap.

Pashmina yang #002 tu aku beli sendiri dekat PKNS. Mula mula orang jual tu letak RM18. MAHAL. Aku beli 2 sekali dengan shawl satin ala ala leopard print warna purple jadi dapatlah dua RM30. Tetap MAHAL. Ralat. Nasib baik dua dua cun.

InshaAllah, kalau dah ada inner neck aku akan buat pashmina tutorial. Tak pun pinjam jelah yang sesiapa punya. Maybe in these two or three days. Till then, bbye :)

tunggu sekejap

assalamualaikum... - dalam nada buat buat muka comel sambil tersipu sipu malu plus mata terkelip kelip laju laju. ehh kejap kejap! sepatutnya yang jawab salam la yang tersipu sipu malu ye dak? hahaha. statement koya nak mapuh.

Tunggu sekejap. Apa yang aku melalut pagi pagi buta ni? Haih. Tajuk post tak berpadanan dengan post-post aku yang merapu-rapu entah ape-ape. Tapi petang semalam aku cam terkesima kejap bila salah sorang groupmate aku cakap dia terjah blog aku beramai-ramai. Haha. Sumpah malu dohh! Dengan mula yang ala-ala wolverine, dia cakap 'kitorang stalk blog kau malam tadi'. HOHO. Dah macam ape dah aku ni haaa. Plus dia baca pulak kisah INI. Lagi lah aku malu sial. Haha. But by the way thanks la sebab sudi nak jenguk blog aku yang memang Triple XL ni pun kan.  :)



Tunggu sekejap. Haaah, memang aku minat la kann lagu tu. Yang versi Jaclyn Victor tu. Tak mudohh awokk. Haha. Okey terkeluor cakak Pahang koi. Itu je persembahan dia? Ceit! Baik kawan blah dari sini. Buang karan kawan je bace blog aok neh. Takde isi langsung.

Ehhh, tunggu sekejap. Aok idok bace lagi cerita ni. Ni koi baru ndak mengarang nye ni. Pasal orang yang tak boleh langsung nak terima pendapat orang. Sorry lah, wei. Bukan niat aku nak memalukan dhia, tapi cerita ni pengajaran buat semua. Supaya tak terikut-ikut sifat bodoh sombung dhia tu.

BODOH SOMBONG.






1. Kau dah pakai fesyen yang sangat pelik lepas tu kau tanya pendapat sorang kawan ni, ''YOUU, okay tak kalau I pakai macam ni?''. Then bila kawan kau tu cakap, ''Hmm, I rasa baju YOU tu macam tak sesuai lah.''
Lepas tu kau boleh pulak cakap, ''Tapi YOUU, I nak pakai macam ni jugakk.'' then bila kawan kau dah blah, kau buat muka, cakap kat kawan kau yang lagi sorang,''Ehh, suka hati akula nak pakai macam mana pun'' Eii pompuan, BODOH nye kauu, dah tanya pendapat orang tu, terima aje lah, tak payah nak condemn bagai, main cakap2 belakang. Nak sangat tanya, lepas tu pendapat orang tak nak terima. BUSUK!

2. Kau pakai fesyen pelik (sekali lagi) lepas tu kau pun jalan dengan sorang kawan yang dah tegur kau pasal fesyen pelik kau tu, tapi kau remehkan pendapat dia. Tiba-tiba kat satu kawasan tu, majoriti orang (bukan semua ye) pandang ke arah kau tanpa berkelip. Dunia bagaikan terhenti seketika, langkah kaki kau menjadi semakin perlahan. Ada efek angin meniup-niup shawl kau yang tak berapa nak kemas, muka dah tersenyum-senyum ala-ala maria ozawa model baru nak up. Lepas tu kau buat senyum kambing sambil bisik dekat kawan kau tu ''Ehh, diorang semua pandang akula. HEHEHEHEHE (gelak keji)'' Kawan kau dalam hati punye lah gelak dah macam syaiton sebab orang orang kat crowd tu pandang kau BUKAN sebab kau tu nampak cantik, tapi kau tu nampak PELIK. Pathetic.

3. Kau dah tak siap homework. Lepas tu kawan kau si A ni punya lah baik hati nak bagi kau tiru kerja dia. Kau dengan muka selamba nye mintak kerja si B, cakap taknak tiru kawan kau si A, takut salah tapi hakikatnya kawan kau si A tu pun tiru kawan yang lagi sorang si B tu jugak. Sama je pun. Tiba-tiba kau macam tak percaya kat kawan kau yang dah siapkan kerja berbanding diri kau yang langsung tak siap kerja. Kau pahal dohh?

4. Kawan kau puji baju kau lawa. Kau pun cakap, ''masheh..'' Tiba-tiba kawan kau ni komen la pasal dua tiga baju yang kau pernah pakai sebelum ni. Komennya ialah, baju itu tak sesuai dipakai oleh kau sebab ianya akan membuatkan kau kelihatan seperti orang asli yang baru mengenal erti hidup di KELUMPO or KOLOLUMPO or KEY HELL. Ha, lebih kurang macam tu lah. Niat kawan kau tu cuma nak memperbetulkan cara pemakaian kau agar tidak ditertawakan oleh orang dan agar orang lain tak cakap belakang pasal kau, tapi kau tiba-tiba buat muka dan cakap,''selama ni aku tak pernah komen cara kau dressing kan? SO kau jangan nak memandai nak nasihat aku''. dan kau terus berlalu pergi, sambil buat muka tenuk. Ingat lawa buat muka macam tu? Ohh, comel ye? Ni aku nak tunjuk sikit muka tenuk.

ini tenuk, bukan BABI.
Hello, orang dah nasihat, BERI peringatan tu dah cukup BAGUS kau tahu tak? Lepas tu bila kawan kau pujuk kau dengan ayat ,'' Kawan yang baik adalah kawan yang menasihati berbanding kawan yang banyak memuji'', kau buat muka sambil cakap,''ape ape jelah''. Ehh satu je aku nak cakap. PUI la kau.

5. Kawan kau ni perhatikan yang kau ni TAK PERNAH SOLAT. Readers, jangan terkejut sebab memang ramai pun yang macam ni. Tapi TIDAK termasuk aku, ye! Na'uzubillah. Lepas tu bila dia tanya kau dah solat ke belum, kau buat-buat tak dengar sambil buat assignment kat atas katil kau. Bila dua orang kawan kau bercerita bab-bab solat, kau cakap slow-slow bajet kitorang dengar tak dengar, ''itu hal sendiri lah, masing-masing''. HELLO, kalau itu HAL masing-masing wa cakap lu, nanti kau mampus kau pergi gali kubur kau sendiri la wei. Lepastu kau kafankan diri kau sendiri, sembahyangkan jenazah kau sendiri. Ops. Lupa. kau kan tak pernah solat. Eii. Readers, bagi cadangan macam mana nak sedarkan orang macam ni?

#Aku pernah ada sorang kawan, tak berapa nak rapat, dia cerita family dia tak berapa nak kuat agama. Tak pernah solat. Time dia cerita tu aku buat buat muka tak terkejut punn, cakk! padahal dalam hati aku ni ber istighfar Allah je yang tahu. Story punya story sampai lah dia ni masuk MRSM. Form 4 waktu tu kalau aku tak salah. Biasalah, dah nama pun MRSM, wajib lah solat berjemaah. yang dia ni, takkan lah nak bagi alasan period hari-hari. Vagina kau pecah ke apa nak berdarah hari-hari woi? Then waktu nak berwudhuk , ni waktu yang aku rasa NAK MENANGIS dengar. Dia toleh kiri dan kanan, macam lagu senario tu. Sebab? dia LUPA cara cara nak berwudhuk. Astaghfirullah. Saat itu aku terus bersyukur pada Allah SWT sebab kurniakan aku mak dan bapak yang sangat sangat concern pasal bab bab agama especially solat. Aku form 5 pun, kalau lambat bangun subuh memang dah sah sah kena piapp dengan rotan. Tak pun kena sedas tapak tangan berbisa atas punggung. Haha. Bingkas bangun terus wudhuk. Dia mak yang TERBAIK. Mereka ibu bapa yang ter HEBAT ;')
Alhamdulillah!
kasi MUAHH baaanyakkkk! hee ^_^

Monday, November 21, 2011

adakah CRUSH dianggap CURANG?

Firstly aku nak ucapkan..OOPS. Assalamualaikum. HOLO people! -ehh ni nak tiru style Fatin Fadzil ni. tukar2. okay actually dah lama gila aku tak update blog aku pasal aku busy yang teramat dengan schedule koko, kelas dan tak lupa juga schedule jamming yang memang hectic gila sampaikan aku tak sempat kemas katil aku sendiri plussss basuh baju sendiri. Orang lain boleh je buat tapi aku ni je memang jenis yang pemalas bebenor nak ngemasnye. Wait wait wait! Adakah aku taip 'jamming' di situ? Hahaha. Baiklah, kali ini aku bukan bermimpi. memang jamming pun, okay. Bukan perkataan lain tu. Seriously aku sendiri rasa benda ni macam mimpi jadi kenyataan sebab sejak aku kecik lagi aku teringinnnnnn sesangat ndak menyanyi dengan LIVE BAND dan akhirnya di fakulti aku ni, I managed to do that. -Okay sangat bangge diri -..-

epic failed! haha.

LOL!
okay la wei back to the topic. Anddddd for those yang tak tahu aku nyanyi dengan live band untuk apa, nanti aku update cerita tu dengan bidio sekali, yek!

ADAKAH CRUSH DIANGGAP CURANG?

Bila kau dah crush dengan sorang mamat/awek ni, pastu kau dah start nak ignore kau punya BF/GF, itu memang dianggap curang. Tapi kalau korang setakat crush kat sorang mamat/awek ni dari jauh-ala ala kau syok kat Maria Ozawa awek/abam hot kat fakulti korang, ha lebih kurang macam tu laaa kan, itu rasanya bukan dianggap curang, kan. Yelah, rupa dah takde, pastu nak crush dekat awek/abam hot kat fac, memang tak laa kan kena layan. So, minat dari jauh jela pastu bila dia tegur korang sekali macam sebut, 'hai', korang dah macam 'ohh my GODDD dia tegur akuu! Awww aww' pastu gelak ramai ramai dengan geng geng gedik kau tu kan. Haha. Pathetic, weyh.

okay yang ni comel -.-'
ok aku dah takde idea nak tulis apa dah. dengan sakit seakan-akan period pain yang melanda diri aku sekarang, memang marvelous la kan wa cakap lu, Plus kakak kakak, abang abang kat bawah nu yang dok hon hon motor kereta, jerit jerit dah macam kena histeria pluss bunga api meraikan kejayaan Malaysia dalam perlawanan bolasepak MAS vs INDO di sukan Sea Indonesia malam ni. TAHNIAHHH HARIMAU MUDA! muah sikit!

Tuesday, October 11, 2011

lagu DEWI. tetiba teringat ex aku yang BANGANG. haha.

haihh. apesal bila keluar je lagu DEWI, aku terus tergelak sorang-sorang?
PERGH! TerbaEKK wa cakap LU! HAHAHAHHAHA!!

tiba-tiba je teringatkan kebodohan aku zaman jahiliyah dulu. Lawak gila lah kan bila teringat zaman aku waktu form three dulu. Ber'cinte' dengan Sean Kingston versi MALAYSIA. seriously, SEBIJIK Sean Kingston, and kalau korang cakap Bob AF tu dah macam Sean Kingston, aku bagi pengecualian la kat dia sebab dia cerah dan 'agak' comel la. Hey! Aku cakap 'AGAK' commel. Itu BOB AF. Ok Habis. haha. sumpah lawak and takleh blahh wei! Harap je Sean Kingston, tapi perangai, Na'uzubillah. kalah casanova! Seriously, wa cakap luuu. Memang takleh bla laa kan. Haihh. Mulut MANIS , baekk punya.. entah-entah silap haribulan, Lisa Surihani pon boleh terpikat dengan dia. Cukuplah aku and ade sorang kakak tu pernah jadi mangsa dia. haihh. Kesian kita kan, kakak! Ade lagi girl lain pernah jadi mangsa dia tu tapi diorang-diorang tu aku tak pernah kenal dan memang tak kenal. hAhA!!

Second!
Banyak sampah harini bang? Haha~

Aku pernah couple dengan TUKANG KUTIP SAMPAH! Alam Flora mali maaaa. Haha. Okey, yang ini nampak sangat TERDESAK kan? Yes, memang TERDESAKKK. Haha. Takdela, aku tengok orang lain syok bercinta aku pon nak jugak. dah beberapa tahun hidup meNYINGLE. Haha. time ni aku baru habis SPM. Lantak la. Asalkan ade. Tapi aku takdela tangkap cintun dengan mamat ni. 2 bulan je. Habis duit aku kau kikis, JANTAN! Mak bapak aku jadi mangsa fitnah kau, JANTAN! tak padan dengan yatim piatu. Haihh. Hilang sudah rasa kesian aku kat kau disebabkan perangai kau yang dah macam syaiton tu. *tapi Sean Kingston lagi SYAITONIRROJIM la wa cakap lu! walawehhhh! Dia ni beza sikit dari Sean Kingston tuh! tapi perut ngan tetek dia, AllahuRobbi! haha. Kalau keluar sama-sama ngan sepupu aku, mesti dia akan dapat soalan, ''Pakai coli saiz berapa bang? Pakai tak coli harini bang? Seksi la bang, nampak puting!'' Haha. Sumpah, yang ni lagi lawak sial! Time keluar je, masti tunjuk purse dia yang sampai tahap keluar kupu-kupu. Siap demand ngan aku mintak belikan aku itu ini. Kau ingat bapak aku tu kerja cop duit? Hey, sejak bila pulak dah bapak aku kerja BANK? Bapak aku kerja bawak teksi okey! Last last kami putus tima aku dapat tawaran PLKN. Kat PLKN barulah aku jumpa CINTA aku yang betul-betul CINTA. Korang faham kan?
Till then, bbye!
Dua dua TERlebih bulat waktu ni. HAHA.
p/s: gambar ni gambar hari first kami berbual, bercakap, beramah mesra. tapi time ni takde apa2 relation lagi. no fon
pun xde lagi time ni. iLOVEyouSOmuchSAYANG :)

Saturday, September 24, 2011

kita.

Ini adalah aku.


Ini pula kau.


AKU + KAU = KITA

Dan ini adalah kita.


segalanya jadi sempurna.
adanya KITA.
<3

Thursday, September 22, 2011

merempit kat facebook?ouh, please no!

''Buchurkk, bebiey chayunk gilerw at buchurkk. Muahxx~''
''Awuck, titerw winduw awuck shanad-shanad~ aww''
''Aq mung bengang ilew at brader sowunk nieyh. Asew cam nuck lewmpang jewh~''

Aku yakin dan teramat pasti yang kalian semua pernah ter baca atau TERtulis perkataan dan ayat-ayat macam yang display kat atas ni kan? Err. Satu je aku nak tanya.
''Korang/ Diorang ni tak rasa eeeuuww/geli/pfftt ke bila menulis ayat-ayat camtu? tak rasa bersalah ke bila dah merosakkan bahasa Melayu?''
Pada pendapat aku lah kan, orang-orang yang tulis macam ni bukannya gedik atau ape. aku faham, korang ni jenis nak bermanja-manjaan dengan boipren/gelpren korang tapi sekurang-kurang nya berpada-pada lah. Bak kata orang,''agak-agak ah broo''. Lebih kurang la. Dan SNAP, aku dah tangkap sorang hamba Allah yang guna perkataan agak rempit tengah malam tadi. haha. Dan dan je aku terus komen.
sangat tak boleh bla. kikiki ^O^
Nama dan gambar tuan punya status ni aku blank kan untuk tidak memalukan empunya badan. Kan berDOSA bila membuka aib orang laain. Kan? Hee. Jangan marah ea, kalau tuan punya status terbaca entry aku ni. Bila aku perhatikan, ramai sebenarnya blogger dan para pengguna facebook yang kesal dan agak kecewa dengan cara penulisan muda-mudi zaman sekarang. Acewahh. Berlagak tua padehal umur baru 19. Haha. Contohnyaa....
Siap nak invent kamus rempit lagi sebab pengguna bahasa rempit ni dah semakin menular di Malaysia. Takut-takut mereka guna bahasa rempit ni time menulis esei dalam exam. Haha. cayalah, kak Fenny ^_^
Nampak sangat dah semakin parah kan? Nasib baik lah blogger ni ber baik hati nak tolong invent kan kamus rewmphirt niew. Jadi, pihak DBP, sila ambil perhatian. i rasa you all kena buat sesuatu untuk elak bahasa rempit ni kian menular.
Nah, ni lagi satu blogger yang perihatin tentang kes rempit punya bahasa ni
diari Cikross *lovelove
Haiyyyarkk! Aku rasa nak lempang je bila nampak orang tulis menggedik bagai macam ni. Haha. Geram tahu takk. Cuba korang tulis gitu, lepas tu korang praktikkan cakap macam tu. Memang style der wa cakap lu. Haha. Dan vlogger pun tak kurang juga perihatin terhadap masalah yang kian berleluasa saban hari tak kita di kammpung juga di kota metropolitan kini. Cewahh.
Haha. Okey, siapa tak kenal encik yang hensem ni, sila tekan lambang pangkah kemudian shut down komputer, laptop serta segala alat peranti yang anda gunakan ketika membaca coretan ini dan tidur.SEmoga beliau masuk dalam mimpi anda. Ini Anwar Hadi lah. Siapa tak kenal baginda beliau? Hee.

Dan harapan saya, gunalah bahasa kebangsaan kita dengan sebaik mungkin. Kalau dah tak reti sangat eja betul-betul dalam bahasa melayu, kau speaking jelah. Chill ^_^

ps: jangan serbu aku lepas ni, lepas tu kutuk-kutuk aku pulak. tak moo, tak moo. hihi.

Wednesday, September 21, 2011

manusia cepat berubah.

Assalamualaikum.
Di sini saya ingin meluahkan.
Awak semakin banyak berubah. No. It's not me. Its you who changed a lot. Yes. A lot.
Satu je nak tanya.
Kenapa?

Monday, September 19, 2011

aku rasa kau dah berubah 360 darjah! :'(

tolonglah. okey sekarang aku sedang manaip entry ini dengan linangan airmata and I'm shaking BADLY like hell right now. Kenapa perlu kau berubah drastik macam ni? Adakah sebab kau rasa aku dah makin jauh? Kau dah tak perlukan aku dalam hidup kau lagi? maaf. Aku menggunakan perkataa AKU dan KAU kali ini. Lebih tepat lagi, dengan emosi aku yang sangat tidak stabil. Tolonglah. Kau kata, ''nak bermanja biar bertempat''. Jadi apa masalah kau sekarang nak cakap macam tu? its only when I rang you up to get you awaken, and i just called you four times, ''abang'' dengan nada yang manja agar kau bangaun, dan tiba-tiba kau meninggikan suara pada aku macam aku ni perempuan simpanan kau, yang kau simpan sekadar untuk dummy kau je? And after that kau terus letak telefon, biarkan aku terpaku macam orang bodoh? Yes, I understand that you are tired after doing night shift last night. Tapi sebelum2 ni pernah kau buat macam tu kat aku? Kalau kau yang nak bermanja dengan aku aku layan je kan? Maaf sekali lagi. Bukan aku nak mengungkit tapi itulah kenyataannya! Time kat koridor kelas kau call aku siap nak ber 'baby-ucuk' lagi, ade aku kisah? Ade aku marah2? Tak kan? Sebab aku ikhlas mencintai kau! Aku sayang kau lah! Dan kali ni aku cakap, ''kalau nak kekal lama''.??? What that's mean? Okey aku buat buat tak faham sebab aku tak nak fikir apa pun yang negatif tentang hubungan kita tapi tolonglah jangan berubah macam ni. At least, kalau kau ada orang lain, tolonglah jujur, mengaku dengan aku. Sumpah, kau LAIN sangat2 hari ni. Kenapa dengan kau?? Kenapa? Tolonglah jawab KENAPA! :'(

Thursday, September 15, 2011

semoga abadi :)

another video of me and him. enjoy :)
p/s: siap letak kat youtube. hehe. Jijah sayang Aiz sangat2!

Tuesday, September 13, 2011

second day. arghhh!

Hari nie malas nak tulis penat-penat sebab sepatutnya enrty ini di post semalam. Tapi takpelah, I'll just show you a few pictures that I've snapped with a lil bit of description.


Okay. Ini pemandangan dari atas fakulti aku. Yang bumbung biru tu tangga ala-ala Batu Caves FSPPP UiTM Shah Alam.


Alhamdulillah, at last aku dah tahu kat mana lokasi surau kat FSPPP ni. My classmate cakap, ada lagi satu kat blok C. Yang ni kat blok D.



Okey yang nie gedik nak amik gambar kaki. Time ni berdiri betul2 kat depan surau. Sementara tunggu kelas CSC bermula. *Last2 xde kelas. Haha. Pfftttt~


balik dari kelas CSC yang takde tu, berjalan di aras bawah Melati. Ceit! Washing machine kat aras BAWAH sekali??? Pe cer dohhh?! memang wadefakkk gila la kan. Sepatutnya each at every level. Nasib baik aku rajin basuh baju sendiri PAKAI TANGAN.


Ni kat pusat sukan. Bercadang nak main alat2 kat sini tapi bila naik je atas memang kecewa tahap gaban sebab APA PON TARAK. haihh. Kemana lahh pulak perginya barang-barang exercise kat sini??


Pemandangan padang 'MAWAR' *ke? dari atas pusat sukan. Mula2 ingat nak jogging kat padang tu. Tiba2 ada khemah pulak. haihh. So, tukar PLAN, jogging pusing UiTM je *actually berjalan je. Tapi memang berpeluh la. :)
Bye!

Monday, September 12, 2011

ok FINE. fakulti baru, MASALAH baru -lah sangat. hOhO~

Ni senyuman yang 'agak' ceria di awal pagi sebelum register classes and whatsoever. Early in the morning, dengan hati yang berbunga-bunga disertai dengan keyakinan yang hebat, aku pun menapak lah menuju ke Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam or as known as FSPPP or FASPS - Faculty of Administrative Science and Policy Studies.
Lepas snap trus MMS kat cik abang :)
Aduyaiii. And after that, senyuman aku bertambah MASIN setelah mengetahui lokasi sebenar-benar fakulti aku! Haha. Nun jauhhhh di puncak sana. *Puncak la sangat kan!
Tangga menuju fakulti FSPPP UiTM Shah Alam.
Dush Dush! Nah, hambik kau. Haha. Sedebuk kena atas perut. *takde kena mengena =.=''
Okey. Satu je nak cakap, Degree memang akan buat aku kurusssssssssss. Haha. Chill babe, hasilnya tak lama lagi. So, sila SOKONG aku! JYEAHH~

Sunday, September 11, 2011

well HELLO Shah Alam...again!

well hello there! Rasa cam dah lama kan aku tak posting entry from my blog nie dari Shah Alam since my first entry in this blog is made in Shah Alam last year, right? Hee. Takdelah, actually rasa macam tak percaya la pulak kan sekarang ni aku dah bergelar student degree. Umur baru 19 kott. Haha. *Tak hairanlah kalau ade akak2 yang terasaaa benor diri mereka dah lanjut usia - well, I'm from foundation kan,so cepat habis and cepat pulak la dapat further degree. Alhamdulillah for that :)
Nak bagitahu ni. Aku tengah bersahur sekarang! Hee. sementara tunggu azan Subuh, better aku taip kejap entry nie. hOhO. malas nak tido- takut terlajak!
Gambar ni aku baru snap okay! bukan curi dari Google! :)
So pagi semalam, bersamaan dengan 11 September 2011, aku dah pun selamat menapak juga mendaftar di UiTM Shah Alam, and this time, I'm staying in Melati College (nama hostel) . A lil bit okay la compared to Mawar College yang baaaaaanyakkkkk gila protokol yang disifatkan sebagai *tahpape. Okay, buat ahli Mawar jangan marah ea, sebab aku tau, makcik-makcik dan pakcik-pakcik Mawar is veeerrrrryyyyy the CEREWET. Haha.

AND malam tadi berlakulah jejak kasih antara kami- the BITTERSWEET plus Abg Nezam Crew *_* wink wink!
Dan lepas kami memenuhkan perut kat Restoran Ayam Dara kat Seksyen 7, apelagi, gerak balik la bro! Haha. Wadehell nak tunggu lama-lama memanaskan bontot je kat tempat tu? Just imagine around 8.30 pm we arrived there and make orders and whatsoever, aroun 9.30 pm makanan baru, and ALMOST lengkap. Haihh. Gila lamaaa punya tunggu sehh~
 Kejap! Dan satu lagi yang aku baru perasan pagi semalam is, WEHHHH, SEKSYEN 7 DAH ADA JEJANTASSS!!!! haha. takdela nak menggadaikan nyawa bagai bila melintas jalan kat Seksyen 7 tu noohh. Kalau tak, aku lah akan jadi stuntgirl kawan-kawan aku-teringat time foundation dulu. Dush Dush! Nah, gambar dia~ Haha. Sempat lagi snap!
well hello Seksyen 7!! -snap using my phone, okay~
Okey orang dah nak azan agaknya! So, this is it! Shah Alam. Heee~

p/s: doakan aku belajar rajin-rajin, doakan aku berjaya, okay! Wee. Dah azan pun :)

selamat datang ke hati saya, kakak :)

well hello peeps! haha. GILA lamaaaaaaaaaa kan aku tak update blog? Ehem. Maklumlah sejak aku jadi orang berkerjaya ni kan. Kerjaya lah sangat ye kawan-kawan, walaupun CASHIER kat Carrefour Kuantan tu jea. Heyy, I tell you lah kan, gaji masyuuukkk derrr. RM5 sejam. Tapi dalam sehari tu kau kena kerja maksimum nya 12 jam ke atas (bayangkan berapa kau boleh dapat sebulan! Beriban wa cakap lu!!) sampai meleleh segala jenis air dalam badan kau tu, termasuk air Hidung, juga air teeeetttt*. HAHA. OK tu gurau. Okay aku nak cepat-cepat habiskan taip entry ni sebab perut aku dah memulas bagai dah macam hape dah ni.

Tiba-tiba teringat pulak kisah aku tiba-tiba touching gila dengan Kak Jenn *supervisor kitorang, merangkap salah seorang dari Team Leader dalam Cashier Team, Carrefour Kuantan :)

Malam raya kedua tak silap aku. Time tu semua dalam mood raya lagi lah kan. Mana tak nya, since raya pertama, semua staff diarahkan pakai baju raya sampailah raya ke tiga. HEHE. Aku pon ape lagi, semua fesyen shawl aku ter keluarlah. As all of you wanna know, aku ni manja a.k.a agak rapat lah jugak dengan Kak Jenn nie since aku lah jadi orang yang paaaaaaaaaaaaaalingggg setia lah sangat melilit tudung ke kepalanya.. HIHI.

As aku dah habis kira duit dalam cashier room tu, aku pun keluarlah, nak cucimate* and nak tengok tengok barang ape yang aku nak *melantak (haha. KASAU bahase kau nokss!) . Then, bila aku sampai kat kaunter bayar, kaunter Kak Gebu, aku tengook Kak Jenn ade kat situ. So aku wat taktau jelah. Nak pi bayar, kan... As she (Kak Jenn) move and saw me standing behind her, tiba-tiba dia sound aku, ''Heh, jangan nak menggedik kat sini boleh takk??!'' dengan wajahnya yang bengis sangat2, and time tu aku dah bergenang airmata dengan hati yang berdebar-debar sebab dia tak pernahh kott jerkah kat aku camtu. Then, dengan sekali jerkah lagi dia cam sergah kat aku ,''HAHH!!'' kak Gebu yang dok jaga kaunter tu trus cakap,'' heyy, ade gak nangis anok orang  ni karag, Jenn.''
Aku taktau ape yang dah rasuk aku time tu, trus aku nangis tersedu-sedu macam baby. Memang tak boleh berhenti wa cakap lu. Tiba-tiba hati aku sentap, hiba n etc. Haha. tak boleh nak describe. Nak dekat half and hour jugak la aku menangis. kak Jenn pun dah cuak, dah. Taktau nak pujuk aku camner. Once, dia pergi kat aku and cakap, ''tolong berhenti boleh tak? kak Jenn tak suka la tengok orang nangis2 ni.'' And dia buat aku maaaakin KUAT menangis. Haha.

ESOKNYA.
Dia tanya aku kenapa menangis. Aku pun explain la panjang berjela bagai... Well, aku ni anak sulung so, memang wajib lah aku yang PALING manja. PALING cengeng, PALING kuat emosional. haha. Anddddd of course sebab aku takde kakak and abang kandung. Tu yang nak manja dengan orang lain tu terutamanya dengan cik abang sayang teddy musyukk aku tu la. HIHI.
On dat time la bermula nya kisahhhhh. Al Kisahhhhh~ ^_^
 Bla Bla Bla.....

Berakhir dengan, ''saya saaayang Kak Jenn tau!'' hee. on dat time aku pelok dy n kasi kiss on her cheek. untunglah. kau ade? HAHA.

and yes, 'saya sayang kakak!'

Friday, August 19, 2011

impian jadi nyata. seronok sekarang? atau masih belum puas?


apa ni? hOhO. sengaja lah kan aku nak cerita. takpe, takpe. Memang aku sengaja post ni nak bagi korang baca. So, silakan lah baca.

Satu je yang aku nak tanya. Apa makna semua ni? Perlu ke sampai nak menganjing bagai? Teruk sangat ke aku buat kat kawan korang sampai korang nak mengutuk2 aku bagai? Yes, I know la aku tak se baik korang, tak se ALIM korang. (yang lagi sorang tu tak tau la alim ke tak.Ehem!)

Peeps, nak tahu tak kenapa aku cakap menganjing? Well, berdasarkan post aku yang sejurus sebelum post aku yang ni, aku ade cerita pasal sorang gadis tu kan? Aku tak marah, cuma hot dan sedikit sakit hati la bila di tuduh buat benda-benda yang aku tak buat. And as a NORMAL person, aku ni pantang dicabar. So, please lah jangan cabar aku buat benda yang aku tak suka tanpa kerelaan hari aku. By the way, thanks jugak kepada si gadis sebab dah berjaya beri aku idea untuk isi sedikit ruang korong dalam blog aku ni (setelah sekian lama aku menyepi-lah sangat~)
  Dengan keadaan memaksa inilah yang menyebabkan aku bertindak di luar jangkaan aku and maybe yes, kawan-kawan yang kenal siapa aku takkan sangka aku buat benda ni.

TOLONG BUAT HAL SENDIRI, OK?

Sebab bengang aku bertambah adalah kerana gambar yang paling atas tadi. (sila klik untuk tumbesaran sihat). Aku good good je, takde nak menganjing atau dalam BI nya SARCASM  pun dengan korang, takde being SARCASTIC langsung pun dengan korang. Kenapa lah sakit hati sangat dengan aku? Sampaikan Hidup aku, life aku pun nak dijadikan isu? I mean, aku tahu girl n boy yang kau maksudkan dalam post kau tu adalah aku dan tunang aku kan?
Tengok sini.
Just bandingkan dengan gambar yang mula-mula tadi. Bukan ke menganjing aku ke nama nya? Okay, aku boleh sabar, Tapi belum tentu aku boleh maafkan, juga melupakan. Yes I know kau orang ALIM, Phea . At least nasihat la cara elok, bukan menganjing bagai macam orang takde akal. Mak aku pun orang alim agama. Its not that aku ni kurang didkan , cuma cara aku yang berbeza. So, please jangan nak kata aku ni bagai-bagai sebab kau tak kenal aku. Hanya yang betul-betul kenal aku akan faham aku ni siapa dan bagaimana aku ni sebenarnya.

Penat aku menulis. Thanks, Phea sebab jadi model aku kali ni. Thanks jugak F dan S sebab buat aku pening tengah2 kerja. bbye exROOMMATES!

Nah, HAMBIK kau. Nak sangat, kan?


Haihh. Apa yang kaw nak lagi ni sebenarnya hah? Aduuuuu. Hey gadis,  perlu ke kau nak cerita bagai-bagai kat BESTFRIEND FOREVER kau tu pasal aku ade bukak cerita pasal kau kat belog aku ni hah? Heyy. Memang bikin gua HOT la kan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Haihh. Followers aku yang tak berapa setia nak rak ni pon dah tau dah berapa lama aku tak update blog aku ni hah. Yang kau tu dengar cerita sekali je dah nak kecoh apasal? Yang lagi sorang pon sama. Aku betol tak paham la manusia jaman sekarang ni. Buat baik,orang kata tak ikhlas lah, bagai. Kalau buat jahat, lagi lah nye puwn. Langsung orang tak percaya sampai mampus!

apa yang kau cuba buat sebenar nya ni??
So gadis, apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya ni? Memang aku tak paham la kan. Okay kau cakap aku ada tulis pasal kau kat belog aku kan? MANA?? WHERE IS IT?? Errgghh. Well hello there! (tiru ayat Anwar Hadi jap) Aku memang have NO POINTS la nak tulis pasal kau kat blog aku nih. Sorry sikit yek. Sekarang kau yang nak sangat kan aku tulis pasal kau? NAHH hambik ni. AS YOU WISH.